TERKINI KOT - NUTP Selar Tindakan Guru Aibkan Kesalahan Pelajar Di Media Sosial


Kadang - kadang kesalahan diorg lawak & innocent

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan sesetengah guru yang menyebarkan kertas jawapan soalan murid sekolah rendah untuk dijadikan bahan jenaka sehingga menjadi viral di media sosial.


Tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah kesan dari tindakan itu menyebabkan pelajar semakin hilang rasa hormat terhadap guru berkenaan setelah murid yang menjadi 'mangsa' mengetahui tindakan guru terbabit.

Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi 'viral' melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.

Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit." kata Presidennya, Hashim Adnan

Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia, katanya.

Sumber - Harian Metro

You May Also Like

1 Comments

  1. Betul, kadang2 apa yg murid -murid tulis lawak dan innocent, cuma tak perlu la sampai mengaibkan pelajar...

    ReplyDelete