TERKINI KOT - Azmin Ali Sah Menteri Besar Selangor, Angkat Sumpah Esok


Yeahh puas hati korang kan...

Kini Kemelut dan teka-teki mengenai siapakah yang akan dilantik dan bakal bergelar Menteri Besar Selangor sudahpun terjawab. Telahpun disahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok.

Azmin Ali Sah Menteri Besar Selangor, Angkat Sumpah Esok

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat pelantikan itu sudah diserahkan kepada Azmin hari ini.

Surat berkenaan menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu akan menjadi Menteri Besar Selangor berkuatkuasa esok.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta untuk hadir ke Istana Alam Shah Klang jam 10.30 pagi esok bagi menjalani Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Jawatan Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Pelantikan Datuk Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali Sah Menteri Besar Selangor, Angkat Sumpah Esok

Sebelum ini, PKR tidak berganjak daripada keputusannya yang menamakan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baru.

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan keputusan dan pendirian parti itu bagi menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar.

Pelantikan Azmin juga mengenepikan spekulasi dua lagi calon menteri besar iaitu ADUN Chempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Mengenai latar belakang Azmin Ali

Azmin dilahirkan di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dan Institut Teknikal, Jalan Cheras sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Minnesota, Amerika Syarikat dalam bidang Sains Matematik dan Ekonomi.

Beliau antara ahli politik yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional sebelum ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1998.

Azmin memenangi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum 2008 setelah mengalahkan calon Barisan Nasional Said Anuar Said Ahmad selain turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Selangor.

Selain menjawat Timbalan Presiden PKR, beliau adalah ahli jawatankuasa Selcat dan dilantik mengetuai PKR Selangor.

Azmin berkahwin dengan Shamshidar Taharin pada 1988 dan dikurniakan enam anak.

HairanBlog - Harap isu air dapat diselesaikan ye...

Sumber: myMetro

You May Also Like

1 Comments