GOSSIP KOT - Abby Abadi Tak Mahu Farhan Bayar Hutang Secara Ansuran?


Laa pulak...

Sebelum ini kami siarkan mengenai Abby Abadi membuat laporan polis berkenan kegagalan bekas suaminya membayar hutang. Kami kesian juga kat Farhan tapi nak buat macam mana. Si pemberi hutang ada hak untuk meminta hutangnya dibayar sekali gus. Nak tak nak selaku penghutang, Farhan kenalah berusaha untuk mengembalikan wang yang dipinjam.


Untuk makluman, Farhan pernah mahu memberikan RM5,000 terlebih dahulu kepada Abby Abadi, namun bekas isterinya itu menolak kerana mahu hutangnya dibayar sekaligus. Kata Farhan:-
Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu.

Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya.

Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad.
HairanBlog - Kami berharap agar mereka berdua dapat berbincang untuk menyelesaikan hal ini. Kesian juga kat Farhan. Masalah duit boleh diselesaikan. Lagipun sebelum ini kan pernah berkongsi hidup. Bincanglah elok-elok.

Sumber: BeautifulNara

You May Also Like

0 Comments