GOSSIP KOT - Farhan Bawa Lari Duit Abby Abadi Sebanyak RM10,000?


Bawa lari duit isteri? Tak cool bro..

Kesian sungguh nasib yang menimpa Abby Abadi. Kami difahamkan rupa-rupanya bekas suaminya itu turut sama melarikan wang milik Abby yang berjumlah berpuluh ribu ringgit. Lagi sedih apabila usaha Abby untuk mendapatkan kembali wangnya tidak dilayan oleh Farhan sejak bulan puasa yang lalu. Pasti Abby kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya itu.


Tiada pilihan lain, Abby Abadi terpaksa membuat laporan polis agar wangnya itu dikembalikan oleh bekas suami. Kata Abby Abadi:-
Kalau ikutkan dari awal lagi saya tak nak kaitkan dia lagi dan besar-besarkan kes ini tapi usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik tidak dilayan. Dia gagal dihubungi dan langsung tak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.

Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan. Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri.

Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini

HairanBlog - Anggaplah ini sebagai ujian Allah untuk membentuk diri kita supaya menjadi lebih baik dan lebih kuat. Diharap Abby Abadi bersabar dan bertawakal.

Sumber: BeautifulNara

You May Also Like

0 Comments