• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Buasir Otak
  • Aksiz
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Yeah! Perodua Axia...

Walaupun kami amat menyukai Proton IRiz namun, sebagai rakyat marhaen, kami juga menyokong kereta jenama Perodua. Semalam, Perodua Axia telah dilancarkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pelancaran Perodua Axia - HairanBlog

Didatangkan dengan 4 jenis variasi dengan harga yang ditawarkan adalah diantara RM24,600 sehingga RM 42,530. Not bad la...

Harga dan Spesifikasi Perodua Axia - HairanBlog

Harga dan Spesifikasi Perodua Axia - HairanBlog

Menurut laporan penuh dari laman blog paultan,  terdapat 4 variasi yang ditawarkan oleh perodua Axia; Standard E, Standard G, SE, dan Advance.

Harga dan Spesifikasi Perodua Axia

Perodua Axia 1.0 E

Perodua Axia 1.0 E - HairanBlog

Jenis Axia 1.0 E gred didatangkan dengan jenis manual transmission (tiada auto transmission). Spesifikasi bagi E gred adalah yang paling basic (dah agak dah).

Spesifikasi
  • 14-inch steel wheels
  • LED rear combination lamps
  • Body coloured bumpers
  • Painted door handles
  • Vanity mirror for driver
  • Fabric seats
  • Power windows
  • ECO Drive indicator (fuel efficiency coach)
  • Power steering
  • Dual airbags (driver and passenger)
  • Immobiliser
Harga
  • 1.0 E Manual – RM24,600 (solid)
  • 1.0 E Manual – RM25,000 (metallic)

Perodua Axia 1.0 G

Perodua Axia 1.0 G - HairanBlog

Ok, bagi Perodua Axia 1.0 G ini, level equipment dier up sikit lah. Didatangkan dengan auto transmission tetapi juga terdapat pilihan manual. Bagi G gred, terdapat reverse sensor, audio player dan juga remote control entry dan alarm.

Spesifikasi
  • 14-inch alloy wheels
  • Remote control entry and alarm
  • Reverse sensors
  • Electronically-controlled side mirrors (retractable)
  • Rear wiper and defogger
  • CD player with four speakers
  • Driver’s side seat height adjuster
  • Anti-snatch hook (for handbags) in between the front seats
  • Seat hook on the back of the front passenger seat
  • Package tray
  • Tissue compartment for the rear seats
  • Coin box / multipurpose container
  • Isofix mounts for child seat
  • Seat belt warning buzzer
Harga
  • 1.0 G Manual – RM29,800 (solid)
  • 1.0 G Manual – RM30,200 (metallic)
  • 1.0 G Automatic – RM32,800 (solid)
  • 1.0 G Automatic – RM33,200 (metallic)

Perodua Axia 1.0 SE

Perodua Axia 1.0 SE - HairanBlog

Hah! kalau dah SE memang upgrade sikit la dari E dan G gred.

Spesifikasi
  • Projector headlamps
  • SE bodykit with aero bumpers, side skirting and rear spoiler
  • Fog lamps
  • Front parking sensors
  • Chrome front grille
  • Audio head unit with CD, MP3 and Bluetooth support
  • Painted door armrest
  • Fabric door trim
  • Semi-bucket seats
  • Silver and chrome interior finish
  • Separated rear headrest
  • Shift lever knob with ‘ornament’
  • Handbrake lever with ‘ornament’
  • ABS, EBD and brake assist
  • Security tint film
Harga
  • 1.0 SE Manual – RM36,800 (solid)
  • 1.0 SE Manual – RM37,200 (metallic)
  • 1.0 SE Automatic – RM39,800 (solid)
  • 1.0 SE Automatic – RM40,200 (metallic)

Perodua Axia 1.0 Advance

Perodua Axia 1.0 Advance - HairanBlog

Inilah model yang selalu korang tengok dalam teaser Perodua. Untuk jenis Advance ini, ianya didatang dengan automatic gearbox sahaja. Lebih kurang macam SE juga dengan sedikit penambahan.

Spesifikasi
  • Touchscreen multimedia audio system with DVD, Bluetooth and GPS
  • Leather seats
  • Leather-wrapped steering wheel with audio controls
Harga
  • 1.0 Advance Automatic – RM42,130 (solid)
  • 1.0 Advance Automatic – RM42,530 (metallic)

HairanBlog - Kepada die-hard-fans Perodua, Axia menjanjikan suatu kelainan dengan features yang lebih menarik dan moden. Jom layan iklan komersial bagi Perodua Axia



Sumber penuh - Paultan
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Oh yaka...

Kalau sebelum ini ramai peminat telah membuat kesimpulan bahawa Hanez telah mengadakan sesi penggambaran pra perkahwinannya bersama pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, ternyata telahan itu tersilap. Rupa-rupanya Hanez hanya menjayakan kempen untuk koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.

Hanez Suraya - HairanBlog

Kata Hanez:-
Terlebih dulu saya nak minta maaf kepada semua selama ini atas persoalan yang terus menjadi tanya. Tak pernah terlintas dari mulut yang saya akan bernikah dengan jejaka pilihan hati tak lama lagi. Mustahil saya berbuat begitu kerana selama ini benda yang baik pasti saya kongsi.

Dengan kontroversi yang melanda diri saya (termasuk dituduh sebagai perampas dan perosak kebahagiaan rumah tangga orang), saya mengambil pendekatan berdiam diri termasuk mengelak ditemubual kerana natijahnya jika bersuara sekalipun, saya pasti dihentam.

Pendek kata, diam atau bersuara, saya tetap kena carut. Jadi apa pilihan yang saya ada. Lagi diam, lagi menjadi-jadi pula mulut orang di luar sana.

Selama ini saya tak menjawab semua fitnah yang bertebaran kerana ingin melihat orang di luar saya yang gemar memfitnah tapi tiada sebarang bukti sahih. Termasuklah kisah saya nak kahwin. Saya agak kecewa dengan senario ini.

Saya bukannya sempurna tapi apa salahnya jadi orang yang berfikir dan bercakap dari sudut positif. Jangan tahu nak hentam saja
Apa - apa pun jom layan gambar Hanez Suraya semasa sesi fotoshot untuk koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.

Hanez Suraya - HairanBlog

Hanez Suraya - HairanBlog

HairanBlog - Kami berharap para peminat tidaklah membuat andaian liar terhadap Hanez Suraya. Kalau perkara ini benar, kita sama - sama raikan. Betul tak?

Sumber: Berita Harian.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wow! Bestnye...

Awal, Scha dan Lana Alana bercuti di Perth, Australian - HairanBlog

Setelah kelahiran seorang cahaya mata yang sulung, kami lihat makin terserlah kebahagiaan rumah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Sweet - sweet gitu. Hehe

Habis sahaja tempoh berpantang isterinya, kini mereka bercuti di Perth, Australia bersama anaknya dan pastinya percutian kali ini lebih bermakna dan meriah dengan kehadiran orang baru yang sangat comel.

Jom layan sepam dua gambar yang dikongsikan oleh pasangan Awal & Scha semasa percutian mereka di Perth Australia.

Awal, Scha dan Lana Alana bercuti di Perth, Australian - HairanBlog

Awal, Scha dan Lana Alana bercuti di Perth, Australian - HairanBlog

Awal, Scha dan Lana Alana bercuti di Perth, Australian - HairanBlog

Awal, Scha dan Lana Alana bercuti di Perth, Australian - HairanBlog

HairanBlog - Perasaan nak kahwin semakin membuak - buak. Sekian.

Sumber: BeautifulNara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tak setel lagi...

Walaupun Pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27 sudah sah bercerai dengan Rita Rudaini yang merupakan pelakon yang tidak asing lagi namun kes mereka belum lagi setelah Rita menuntut RM300,000 sebagai mutaah.

Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,00 - HairanBlog

Aidil bagaimanapun tidak setuju dengan nilai mutaah yang dituntut Rita itu. Menerusi peguamnya Rushdan Sujak Rafie, Aidil telah memfailkan pembelaan terhadapnya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pembelaan tersebut diatas alasan wang tuntutan itu melampau-lampau tinggi.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,” katanya memetik Sinar Harian.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.

Untuk pengetahuan anda Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013

HairanBlog - Apa itu Tuntutan Mutaah? Bukan ke Mutaah tu yang geng - geng Syiah duk buat, Nikah Mut'ah. Itu lain lah! ini tuntutan Mutaah bagi kes suami isteri bercerai. Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut. FAHAM?

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Hidup Tun Mahathir!...

Akhirnya Proton PCC, Iriz, pertama kalinya turun ke atas jalan tanpa sebarang 'bungkusan' di The Loaf, Pavillion.

Bagi yang belum tahu, Proton Iriz adalah kereta kompak pertama dari Proton yang sebelum ini tidak pernah dipandu di atas jalan raya secara terang-terangan. Ini adalah kali pertama ia dipandu di atas jalan tanpa ada sebarang sticker pembalut.

Yang lebih mengejutkan kami, kereta terbaru itu dibawa sendiri oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahatir Mohammad ke sana untuk bersarapan. Haha. Beliau dilihat bersama beberapa pegawai tertinggi Proton bersarapan bersama.

Tapi, kami rasa ini adalah satu kejutan yang menarik dan teknik marketing yang terbaik dari Proton sendiri, dengan memberi peluang kepada Bekas Perdana Menteri kita untuk membawa kereta berkenaan.

Tun Mahathir Orang Pertama Pandu Proton Iriz - HairanBlog

Tun Mahathir Orang Pertama Pandu Proton Iriz - HairanBlog

Tun Mahathir Orang Pertama Pandu Proton Iriz - HairanBlog

Tun Mahathir Orang Pertama Pandu Proton Iriz - HairanBlog

HairanBlog - Gigit jari la puak - puak MyVi. Hahahaha!

Sumber: Paultan

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Giliran Ayu Raudhah pula...


Semalam Zaquan dan Iqram dilihat saling berbalas komen di Twitter kerana isu lakonan antara Iqram dan Ayu Raudhah yang dianggap keterlaluan dalam filem Lagenda Budak Setan (LBS3).

Tak Tahu Ke? Baca nih -  GOSSIP KOT - Zaquan Adha Mengamuk, Ayu Raudhah Dipukul Iqram Dinzly?

Tup - tup, Farid Kamil pula ada update status yang mengatakan bahawa Ayu Raudhah memang ditendang betul-betul semasa di lokasi filem Lagenda Budak Setan 3. (Hang memang terbaik)


Mengakui agak trauma dengan watak yang dibawa dalam LBS 3, Ayu Raudhah ketika ditemubual oleh Berita Harian memberitahu bahawa dia tak menyangka suaminya, Zaquan akan memuat naik status ‘panas’ berkenaan di laman twitternya.
“Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya ‘dipukul’ dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.

Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok.”
Ayu Raudhah turut menceritakan bahawa babak yang membabitkan dirinya memang banyak mengandungi aksi pukul memukul antara suami isteri. Bagaimanapun, Iqram akan meminta maaf setiap kali penggambaran dilakukan.
“Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai

Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak. Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi.”

HairanBlog - Cisss kau Iqram Dinzly, kami die-hard-fans Ayu tak tak! Lu bikin wa panasssss..

Sumber: OhBulan
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Apa lagi, marilah kita sokong GST!

Harga Kereta Selepas GST - HairanBlog

Kami difahamkan bahawa Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangka harga kereta secara purata turun antara satu hingga tiga peratus dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya M. Madani Sahari berkata berdasarkan simulasi MAI, sepatutnya ada sedikit penurunan harga kereta dengan GST, kemungkinan antara satu hingga dua peratus bagi kebanyakan model termasuk kereta import.
Sasaran kami bagi jualan keseluruhan kenderaan (TIV) tahun depan ialah 700,000 unit kerana harga kereta akan lebih kompetitif. Bagi tahun ini, kami mengunjurkan TIV 670,000 unit, katanya selepas Persidangan Teknologi Tahunan Altair 2014, di sini, Rabu.
Beliau berkata tidak ada gunanya menunggu membeli kereta selepas pelaksanaan GST, yang katanya, hanya memberi kesan minimum kepada harga kereta baharu.

Bagaimanapun, nilai kereta terpakai dijangka terus jatuh, purata antara lima hingga 10 peratus setahun, katanya.

HairanBlog - Nak tunggu GST ke tak nih?

Sumber: SuaraTV
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Well hello iPhone fags..

Penantian demi penantian akhirnya, Apple semalam secara rasmi memperkenalkan dua peranti terbaru mereka, iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus yang mana kedua duanya membawakan saiz skrin yang berbeza.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 bersama skrin 4.5″ dan iPhone 6 Plus datang bersama saiz skrin 5.5″. Cip pemproses A8 dalam peranti iPhone 6 baru ini mempunyai keupayaan 84 kali lebih pantas berbanding cip A7 dalam iPhone 5S.

Tidak memberikan angka tepat berapakah kapasiti bateri pada kedua dua peranti ini, namun Apple menunjukkan data yang merujuk kepada peningkataan keupayaan bateri dari segi masa bertahan untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. 24 jam masa bercakap dalam rangkaian 3G. Syabas!

Apple masih mengekalkan kamera 8MP pada iSight (kamera) iPhone 6 kerana menurut mereka saiz gambar 8MP telah memadai untuk sesebuah telefon pintar dan Apple lebih mementingkan sensor dan teknologi lain yang didatangkan bersama dan mampu memberikan hasil gambar yang jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain di pasaran. We will see.

Harga jualan bagi iPhone 6 di Malaysia berkemungkinan bermula dari RM2499 (16GB) manakala untuk iPhone 6 Plus pula bermula pada harga RM2999. Apa lagi, pakat - pakat kumpul duit la lepas nih!

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus - Hairan Blog

Maklumat lanjut boleh le korang ke www.apple.com

Sumber: Apple
Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Peh!

Ini satu lagi kes cemburu dengan lakonan pasangan dalam filem. Jika sebelum ini kita semua dengar akan kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.

Zaquan Adha Berang Ayu Raudhah Dipukul Iqram Dinzly - HairanBlog

Kali ini, kes Zaquan Adha pula yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah yang terlibat dengan filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah. Dalam filem tersebut, Ayu Raudhah digandingkan bersama Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau dipukul dengan teruk mengikut adegan dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.

Zaquan Adha megamuk didalam Twitter - HairanBlog

Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dengan membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak — merujuk kepada kerjaya Zaquan Adha. Siap cakap 'Be Professional'

Zaquan Adha Mengamuk, Ayu Raudhah Dipukul Iqram Dinzly? - HairanBlog

Zaquan Adha Mengamuk, Ayu Raudhah Dipukul Iqram Dinzly? - HairanBlog

HairanBlog - Kau berlakon ke apa ke, perempuan tu bini orang kot. Puiii!

Sumber: RotiKaya 
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Ini yang kami mahu!


Sudah bertahun lamanya Perodua Myvi menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sebagai kenderaan rasmi atau kereta pertama mereka namun semuanya akan berubah selepas pelancaran Proton PCC (atau Iriz) pada 25 September 2014 ini. Proton akan mula membuka tempahan bagi model kompak terbarunya bermula hujung minggu ini dan laporan Paul Tan menyebut harga bagi Proton Iriz ini akan bermula sekitar RM45,000.

Sebelum itu, kami sajikan beberapa gambar terkini yang menunjukkan ruang dalaman model Proton terbaru ini dan reaksi awal dari para penggemar kereta menyambut baik rekabentuk yang ditonjolkan.





HairanBlog - Dengan harapan yang tinggi, kami berharap kereta model Iriz ini menjadi antara kereta yang laku selepas Proton Saga. Haters boleh pegi mampos! Lanjiooo

Sumber: Paultan
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Speechless...


Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya.

Seramai 239 orang tersebut merupakan ayah, ibu, abang, kakak, suami, isteri, kawan dan kepada seseorang dan hanya menyebut nama mereka sahaja boleh membawa memori yang indah kepada mereka.

Walau bagaimanapun, enam bulan sejak kehilangan MH370, hanya air mata yang berlinangan dan kekecewaan yang dirasai oleh keluarga penumpang yang ingin mempercayai bahawa orang kesayangan mereka akan pulang satu hari nanti.
Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya.
Inilah kata-kata sayu yang disuarakan Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, yang memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun ayahnya tidak pulang, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar.

Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya.

Mimpi pertama adalah  satu `kolaj gambar’ di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring.

Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang.

Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut,” jelas Maira.
Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.

MH370,  dengan 239 penumpang yang kebanyakannya warganegara China, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan.

Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

Walaupun terdapat banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj, baru-baru ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia merumuskan bahawa kemungkinan besar penumpang pesawat itu meninggal dunia akibat sesak nafas selepas pesawat itu terbang ke arah Lautan Hindi di selatan secara autopilot.

Walau apapun, Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang melawat Malaysia pada Sabtu, berikrar akan menolong pihak Malaysia untuk merungkai misteri kehilangan MH370.
Kami bertanggungjawab kepada keluarga mangsa, kami juga bertanggungjawab kepada negara yang bersedih atas kehilangan warganya, kami juga bertanggungjawab kepada orang ramai yang ingin tahu di seluruh dunia, untuk melakukan apa yang kami mampu, untuk merungkai misteri ini (kehilangan MH370).

Kami tidak akan berhenti sehingga ia diselesaikan...Australia-Malaysia akan menjadi rakan kongsi terkuat dalam tugas penting ini," kata Abbott.
Usaha pencarian baharu pesawat itu telah ditingkatkan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Australia bulan lepas.

HairanBlog - Tiada kata yang mampu kami ucap.

Sumber: Astro Awani
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kenapa drag lama sangat isu nih?

Sejak pernikahan rahsia dua pelakon dibawah naugan MIG Production iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbongkar, nampaknya hubungan dua artis ini dengan Mejar David Teo masih belum pulih. Bahkan, Wawa bertindak meninggalkan MIG biarpun masih lagi dalam kontrak.

Hentikan fitnah terhadap sayan dan MIG - Mejar (K) David Teo

Sebelum ini Aeril dan Wawa pernah menghebohkan isu kononnya kereta Suzuki Swiftnya diambil oleh seseorang dan bukannya dicuri. Namun, mereka berdua tidak pula mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan tersebut.

Namun, baru - baru ini nampak Aeril begitu lantang dan terbuka mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang ditujukan kepada David Teo dan MIG berkenaan isu kereta itu. Jika dibaca dengan teliti, perkataan yang ditulis oleh Aeril, jelas sekali individu yang bertanggungjawab kononya mengambil kereta Swift itu adalah David Teo.

Instagram Aeril Zafrel

Kami tertarik dengan kata - kata David Teo yang nampak begitu tenang menghadapi situasi ini. Katanya:
Saya rasa hairan & sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah 2 kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada TUHAN, bukan saya.

Malah, saya bersama beberapa staf MiG pernah bertanya kepada Wawa Zainal sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril Zafrel kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril Zafrel dinafikan sendiri oleh Wawa Zainal di hadapan kami.

Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal - HairanBlog

HairanBlog - Kalau asyik menyalak dekat sosial media macam mana perkara nak setel! Alee Utoo...

Sumber: BeautifulNara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Woi @muhd_akmal95 Ko dah kenapa!

Semakin melampau rasanya peminat di Instagram artis hari ini sehingga ada yang tidak rasa sikit pun bersalah meninggalkan ugutan berbaur lucah yang sebenarnya boleh menjadi isu serius jika dilaporkan ke pihak berkuasa. Pembulian siber (cyber bullying) bukan benda kecil.

Nora Danish Terima Ancaman Rogol

Terbaru, Nora Danish telah menerima ancaman rogol dari salah seorang pengikut beliau dengan nama @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Beramai - ramai


Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:
“I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch.”
Dan kemudiannya salah seorang pengguna laman sosial telah meninggalkan komen:
“Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best,” kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.
Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Laman mStar Online melaporkan hari ini yang Nora Danish telah disarankan oleh para peminatnya untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Komen jahat tersebut telah ditinggal di gambar menunjukkan Nora Danish sedang membonceng motorsikal bersama kekasihnya, Nedim Nazri pada Jumaat lalu.

Nora Danish bagamana pun dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.

HairanBlog - @muhd_akmal95 jenis batak, baik pegi mamposs. Lanjiooooo!

Sumber: mStar Online
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tudia..cool bak hang!

COOL KOT - Gambar Terbaru Proton Iriz, Harga dan Spesifikasi | Kami difahamkan Proton bakal mengumumkan kereta keluaran terbaru bagi kategori Compact Car yang dikenali sebagai Proton Iriz pada hujung tahun 2014.

Menurut sumber lagi, kereta ini bakal dijual dengan harga serendah RM28 ribu sehingga RM43 ribu mengikut tiga (3) jenis variasi yang disediakan iaitu Standard, Executive dan Premium.

Proton Iriz 2014 | HairanBlog

Spesifikasi Proton Iriz 2014

Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Proton Iriz 2014 | HairanBlog

HairanBlog - Reka bentuk Proton kali ini nampak lebih kemas, terperinci dan elegant . Sekali pandang rasa bangga pun ada. Tetapi adakah Proton Iriz ini mampu bersaing dengan keluaran Perodua terbaru, Perodua Axia? Namun apa yang penting, sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah support kereta buatan Malaysia, jangan asyik kondem saje..Lanjioooo

Sumber: Paultan
Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Kadang - kadang kesalahan diorg lawak & innocent

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan sesetengah guru yang menyebarkan kertas jawapan soalan murid sekolah rendah untuk dijadikan bahan jenaka sehingga menjadi viral di media sosial.


Tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah kesan dari tindakan itu menyebabkan pelajar semakin hilang rasa hormat terhadap guru berkenaan setelah murid yang menjadi 'mangsa' mengetahui tindakan guru terbabit.

Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi 'viral' melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.

Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit." kata Presidennya, Hashim Adnan

Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia, katanya.

Sumber - Harian Metro
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Kalau dah jodoh...

GOSSIP KOT - Abby Abadi Sudah Ada Kekasih Baru? | Walaupun gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini, Abby Abadi tidak berputus asa untuk mencari cinta baru. Lagipun Abby masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini?


Apa yang menariknya, komen daripada rakan Abby Abadi iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata. Daripada pengamatan kami, si jejaka tersebut juga merupakan seorang ustaz.


Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin ‘taste’ Abby memang sebegini rupa agaknya. Tetapi paras rupa bukan kayu ukur sesuatu hubungan, apa yang lebih penting adalah keikhlasan hati.


Kalau betul Abby sudah bertemu pengganti dan cintanya berbalas, harap kali ini biarlah betul-betul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jangan gagal di tengah jalan lagi. Semoga Abby bertemu cinta yang sejati akhirnya. Sama-samalah kita doakan.

HairanBlog - Perkara yang lepas jangan dikenang tapi janganlah kita ulang kesalahan yang sama. #PeringatanUntukDiriSendiri

Sumber: BeautifulNara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!