GOSSIP KOT - Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,00


Tak setel lagi...

Walaupun Pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27 sudah sah bercerai dengan Rita Rudaini yang merupakan pelakon yang tidak asing lagi namun kes mereka belum lagi setelah Rita menuntut RM300,000 sebagai mutaah.

Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,00 - HairanBlog

Aidil bagaimanapun tidak setuju dengan nilai mutaah yang dituntut Rita itu. Menerusi peguamnya Rushdan Sujak Rafie, Aidil telah memfailkan pembelaan terhadapnya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pembelaan tersebut diatas alasan wang tuntutan itu melampau-lampau tinggi.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,” katanya memetik Sinar Harian.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.

Untuk pengetahuan anda Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013

HairanBlog - Apa itu Tuntutan Mutaah? Bukan ke Mutaah tu yang geng - geng Syiah duk buat, Nikah Mut'ah. Itu lain lah! ini tuntutan Mutaah bagi kes suami isteri bercerai. Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut. FAHAM?

Sumber: SiakapKeli

You May Also Like

0 Comments