#PRAYFORMH17
Semalam, kita telah dikejutkan dengan satu lagi tragedi yang menyayat hati melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang telah jatuh terhempas di Ukraine.
Berikut adalah beberapa info awal mengenai nahas MAS MH 17:
Pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang berlepas daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah jatuh terhempas di timur Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.
Pada awalnya, pesawat itu telah hilang daripada radar apabila melalui wilayah bergolak tersebut dan beberapa pihak mempercayai ia telah ditembak oleh kumpulan pemberontak bersenjata pro- Rusia.
Mengenai Penerbangan MH17
- Membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.
- Jenis pesawat Boeing 777-2000ER (Model yang sama seperti MH370).
- Berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Schipol, Amsterdam pada jam 6.15 petang waktu Malaysia, dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi hari ini.
- 45 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 warga Australia, 12 dari Indonesia, 9 dari United Kingdom, 3 warga Filipina, 4 dari Belgium dan Jerman serta 1 dari Kanada.
Pesawat penerbangan MH17 ini didaftar dengan nombor pendaftaran 9M-MRD. Ia adalah pesawat Boeing 777 yang ke 84 yang dikeluarkan oleh syarikat itu. Pesawat itu terhempas genap 17 tahun selepas memulakan penerbangannya yang pertama pada 17 Julai 1997. Pesawat itu diserahkan kepada MAS pada 29 Julai 1997.