GOSSIP KOT - Ayu Raudhah Respon Isu Perang antara Zaquan Adha dan Iqram Dinzly


Giliran Ayu Raudhah pula...


Semalam Zaquan dan Iqram dilihat saling berbalas komen di Twitter kerana isu lakonan antara Iqram dan Ayu Raudhah yang dianggap keterlaluan dalam filem Lagenda Budak Setan (LBS3).

Tak Tahu Ke? Baca nih -  GOSSIP KOT - Zaquan Adha Mengamuk, Ayu Raudhah Dipukul Iqram Dinzly?

Tup - tup, Farid Kamil pula ada update status yang mengatakan bahawa Ayu Raudhah memang ditendang betul-betul semasa di lokasi filem Lagenda Budak Setan 3. (Hang memang terbaik)


Mengakui agak trauma dengan watak yang dibawa dalam LBS 3, Ayu Raudhah ketika ditemubual oleh Berita Harian memberitahu bahawa dia tak menyangka suaminya, Zaquan akan memuat naik status ‘panas’ berkenaan di laman twitternya.
“Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya ‘dipukul’ dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.

Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok.”
Ayu Raudhah turut menceritakan bahawa babak yang membabitkan dirinya memang banyak mengandungi aksi pukul memukul antara suami isteri. Bagaimanapun, Iqram akan meminta maaf setiap kali penggambaran dilakukan.
“Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai

Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak. Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi.”

HairanBlog - Cisss kau Iqram Dinzly, kami die-hard-fans Ayu tak tak! Lu bikin wa panasssss..

Sumber: OhBulan

You May Also Like

2 Comments

  1. Amran sedih...dimana keadilan?? takkan Amran saje nk bertindak. Mana pihak yg terlibat?? Arghhh ini semua Lanjiooooo!

    ReplyDelete