• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Apakah perasaan suami ketika menjamin isterinya yang curang? Bincangkan. TQ


Kejadian ini berlaku di Melaka. Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain terkejut selepas suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), lapor Sinar Harian.

Wanita berkenaan yang berusia 23 tahun yang berasal daripada selatan tanah air itu telah ditahan oleh penguatkuasa Jaim bersama seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan ini telah ditahan kira-kira jam 2.45 pagi semalam dan pada mulanya lelaki berkenaan menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Rahimin memberitahu, wanita tersebut terkejut selepas keluarganya yang datang sebagai penjamin membawa suaminya sekali bersama.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Dalam operasi yang bermula bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya

HairanBlog - Kalau angin takdak, masakan pokok bergoyang. (Kecuali ada monyet!)
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Bila senior bajet matang. TQ


Kami difahamkan melalui Harian Metro, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah berasrama penuh disini terpaksa menerima 9 jahitan apabila mulutnya koyak akibat dipijak dengan but bola sepak oleh pelajar senior tingkatan empat dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12 tengah malam itu, mangsa didatangi oleh empat pelajar tingkatan empat sebelum dia dibelasah di bahagian muka.

Sumber Harian Metro melaporkan, remaja itu dibelasah kerana meminta rakannya supaya tidak mengikut arahan pelajar 'senior' di asrama sekolah terbabit.

"Ada pelajar ‘junior’ dibuli dengan dipaksa mencuci pakaian dan membeli makanan menyebabkan mangsa menasihati rakannya yang dibuli itu supaya tidak tunduk dengan arahan pelajar tingkatan empat berkenaan.

"Bagaimanapun, pelajar ‘senior’ itu mengetahui perkara berkenaan dan mereka membelasah remaja tingkatan 2 itu. Seorang daripada mereka memijak mulut mangsa dengan but bola sepak, manakala yang lain memukul dengan tangan di muka," katanya.

Menurut sumber itu juga, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima jahitan di mulut.

Ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dengan sengaja.

HairanBlog - Sepatutnya senior bimbing junior. Tapi budaya sampah macam ini masih berleluasa.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Syukur duit BR1M makin naik...

BR1M 2016 - Pemberian BR1M Lebih Tinggi Mulai Tahun Depan

IPOH - Kerajaan masih berupaya untuk membuat pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun ini, malah akan menambah nilai bantuan bermula tahun hadapan untuk semua peringkat penerima berpandukan kepada kedudukan kewangan semasa negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan menambah jumlah bantuan itu bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya ;-
Pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi, tetapi memadai bagi kerajaan menggunakannya untuk mentadbir dan perbelanjaan pembangunan negara.

Kita akan beri tumpuan kepada perbelanjaan yang lebih utama dan ini termasuklah BR1M, katanya ditemui selepas Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, hari ini.
Husni berkata, golongan berpendapatan paling rendah akan menerima penambahan bayaran paling tinggi bagi membantu mereka menghadapi bebanan berikutan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2016 pada 23 Oktober ini, katanya.

Sumber : Berita Harian

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Adakah ini satu ujian buat kita? Fikirkan..

Tampar Imam - Inikah Punca Kenapa Lelaki Ini Menampar Imam Semasa Solat Jumaat?

Kecoh semalam apabila seorang lelaki (dipercayai kaum India Kashmir) bertindak menampar Imam Masjid Negara ketika solat Jumaat hari ini kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika rakaat pertama solat berkenaan yang dipimpin oleh Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39.

Lihat video penuh cctv disini - VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

Lelaki warganegara India berusia 31 tahun itu datang dari arah belakang ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah, kata Zainol. Difahamkan lelaki berkenaan cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee namun gagal menyebabkan beliau berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba. Pengurusan masjid kemudiannya membawa lelaki berkenaan keluar serta-merta dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Zainol berkata, lelaki itu sudah ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. “Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai mengalami masalah mental dan sering bercakap seorang diri,” katanya. Zainol berkata, imam itu ditampar di sebelah pipi kanan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit kepala akibat kesan tamparan. Insiden itu berlaku selama kira-kira tiga minit sebelum Mohd Zuhairee kembali mengimamkan solat Jumaat dan meminta semua makmum solat semula.

Bilal bertugas Mohamed Shukri Che Yusoh, 23, berkata beliau tidak menyangka insiden itu boleh berlaku. “Sebelum ini tidak pernah berlaku perkara seperti ini di sini (Masjid Negara), saya agak terkejut dan syukur keadaan terkawal,” katanya.

Sumber: Bernama
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Wow...seriusly??

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 Masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.

Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?


Video rakaman cctv di dalam masjid. rupanya dia nak gantikan imam tu.patut dia tampar imam tu.kurang ajor
Posted by Oomedianetworks on Friday, September 18, 2015

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Bukti terbaru ditemui..

Anthony Kevin Morais

SUBANG JAYA - Kami difahamkan melalui Hairan Metro bahawa dikatakan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram.

Suspek kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chee Wen.

Mayat Morais akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik. Ketika ini mayat masih berada di lokasi kejadian, selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota Bomba.

Satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini.

Kevin Anthony Morais


Kevin Anthony Morais

Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais:

4 September - Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September -  Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September - Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September - Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian.

Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September - Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan.

Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September - 6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak.

8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.

8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

9.15 pagi - Petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

10.10 pagi - Polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

Berikut adalah petikan video ringkas mengenai laporan ditempat kejadian:


Sumber: HairanMetro
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Meleis memang suka benda - benda macam nih!!

Pemergian mereka bertemu Maha Pencipta di tempat yang menjadi impian setiap umat Islam adalah satu anugerah yang terhebat dariNya di mana pada petang Jumaat lalu dimana sebuah kren pembinaan telah terbalik yang menyebabkan sekuran-kurangnya 107 orang jemaah haji telah meninggal dunia di Masjidil Haram, Mekah termasuk lima orang rakyat Malaysia.

Disebalik ada yang kagum dan ada yang meratapi pemergian mereka ini, ada juga berita tidak sedap didengar apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita-berita palsu mengenai mereka di laman sosial.

Kami sendiri terjumpa sekeping gambar palsu berkenaan yang telah pun diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya menunjukkan gambar jenazah seorang jemaah haji Malaysia, Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli sedang tersenyum semasa dikapankan.

Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan

Gambar tersebut memaparkan gambar arwah Nuroshlizan yang betul dan sekeping gambar seorang wanita  yang kononnya adalah jenazah arwah yang sedang tersenyum.

Berdasarkan pemerhatian kami berita dan gambar palsu berkenaan telah dikongsi oleh ramai pengguna Facebook menyebabkan ianya telah tersebar dengan begitu cepat dan admin cuba mencari siapakah sebenarnya gambar jenazah tersenyum itu.

Namun, apa yang kami dapat berdasarkan carian Google, gambar itu sudah pun ada sejak dari tahun 2014 lagi sedangkan arwah baru meninggalkan kita beberapa hari yang lalu.

Kami cuba menghubungi adik lelaki arwah, Amalludin Zolkifli dan beliau mengesahkan apa yang disebarkan itu adalah berita palsu.

Beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan kerana walaupun apa yang disebarkan bukan memburukkan tetapi ia seolah-olah mempermainkan gambar dan pemergian arwah kerana perkara itu tidak berlaku.
Semasa ayah saya berada di hospital di Mekah, dia telah cuba mengambil gambar arwah kakak namun telah dihalang oleh kakitangan hospital inikan pula gambar arwah hendak dikebumikan kerana prosuder di tempat pengebumian lagi ketat dari hospital.

Saya rasa amat kecewa dan risau dengan penyiaran gambar-gambar ini kerana takut akan menimbulkan perlbagai masalah lain di masa depan, Katanya yang nyata terkilan dengan perkara ini.
Amalludin juga memberitahu selain gambar itu dia juga mendapat satu lagi gambar lain berita palsu mengenai arwah di laman sosial.

Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan

Selain gambar kononnya jenazah arwah kakak saya tersenyum itu ada lagi satu berita dan gambar palsu mengenai arwah iaitu tersebar gambar kononnya gambar arwah kakak saya semasa dijumpai ditempat kejadian di mana mayatnya sedang sujud.

Itu bukanlah kakak saya, saya sudah menghubungi pihak tabung haji untuk mengetahui tentang hal ini. Cerita beliau dengan nada kecewa.
Beliau meminta kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu ini kerana ia sama sekali tidak benar.

Jadi nasihat kami sendiri kepada sesiapa yang telah memuatnaik atau telah share gambar-gambar berkenaan, hentikan penyebaran berita - berita palsu ini, hormatlah kepada Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli dan keluarga. Arwah pergi dengan keadaan yang sungguh mulia, kenapa kita perlu untuk mengaibkan arwah.

Marilah bersama-sama kita mengirimkan doa kepada mereka yang terkorban ini semoga sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya dan mendoakan jemaah-jemaah haji yang cedera cepat sembuh supaya dapat menunaikan haji dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada semua jemaah-jemaah haji di sana dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur.

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Sama - samalah kita mendoakan keselamatan jemaah haji.


Lembaga Tabung Haji (TH) sebentar tadi telah mengesahkan bahawa jumlah jemaah haji daripada telah meningkat daripada enam kepada lapan orang berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku semalam.

Peningkatan jumlah jemaah yang hilang ini dikenalpasti selepas pihak TH telah melakukan semakan kali ke dua di maktab-maktab dan telah selesai pada jam 10.00 pagi waktu Saudi (3 petang waktu Malaysia).

Selepas selesai membuat semakan didapati dua orang lagi Jemaah gagal dikesan menjadikan jumlah keseluruhannya lapan orang jemaah iaitu tiga orang lelaki dan lima orang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada awal pagi tadi telah mengesahkan seramai enam jemaah Malaysia masih belum dapat dikesan selepas tragedi tersebut.

Berikut adalah nama-nama jemaah tersebut.

1. Abdul Habib Lahman (68 Tahun), Sik, Kedah

2. Shahidan Saad (52 Tahun), Kodiang, Kedah

3. Zainun Taha (69 Tahun), Ampang, Selangor

4. Rohana Ismail (54 Tahun), Kuala Krai, Kelantan

5. Munah Jusoh (73 Tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 Tahun), Tanah Merah, Kelantan

7. Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8. Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Bagaimanapun pasukan mencari dan menyelamat TH sedang bekerja keras dan menggiatkan usaha untuk menjejaki kesemua jemaah berkenaan di lokasi persekitaran Masjidil Haram serta klinik dan hospital sekitar Makkah.

Selain itu pihak TH juga memaklumkan sehingga jam 1.00 petang waktu Saudi( 6 petang waktu Malaysia) hari ini tiada penambahan bilangan jemaah baru yang cedera dilaporkan menjadikan jumlah jemaah yang cedera masih kekal dengan sepuluh orang.

Kesemua jemaah yang cedera ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz; Hospital Raja Faizal (1 orang); Hospital An Nur (1 orang), Pusat Rawatan Tabung Haji (6 orang) manakala seorang jemaah telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Orang ramai serta waris boleh menghubungi talian 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat.

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tahniah!


Kami difahamkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung pada Khamis (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.
Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital".

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.

#HairanBlog - Tahniah - Tahniah! Kami tujukan lagu Hazama Malaikat versi India untuk semua. Kita 1Malaysia!

Post by Ini Semua POYO.


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Teruskan usaha berdakwah DUKE, ini semua cobaan.


Kami difahamkan bahawa Pendakwah bebas terkenal Datuk Mohd. Kazim Elias seolah-olah sudah tidak bersemangat lagi untuk memberikan ceramah sejak kebelakangan ini apabila telah dibabitkan beberapa isu.

Beliau memberitahu perkara demikian di dalam program Ceramah Perdana Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kem Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini semalam.

"isu-isu yang dihadapi sejak menjadi pendakwah menyebabkan saya seolah-olah kehilangan sema­ngat untuk terus berceramah."

Difahamkan DUKE sudah mula menolak jemputan menjadi tetamu dari beberapa stesen televisyen.

Bagaimanapun beliau akan masih meneruskan mengadakan ceramah di luar demi menyiapkan pembinaan ba­ngunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi, dekat sini sehingga siap.

Pembinaan bangunan tambahan tersebut dikatakan menelan kos kira-kira RM500,000 jadi beliau masih mencari dana sehingga cukup melalui sumbangan dan duit gaji dari ceramahnya sendiri.

Ditanya sama ada beliau serius untuk berhenti daripada berce­ramah, Mohd. Kazim berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenainya.

“Apa-apa pun tunggu (pengumuman), Khamis ini,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Beliau menegaskan juga jika berhanti berceramah, Madrasah Barakah kelolaannya itu hanya akan mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun sahaja.

Ini kerana pusat yang menempat pelajar, orang tua-tua serta anak yatim memerlukan kos besar yang selama ini ditampung hasil daripada sagu hati beliau berceramah, penjualan buku dan sumbangan orang ramai.

“Bil elektrik untuk satu blok asrama sahaja RM10,000 sebulan. Jika saya berhenti berceramah, bagaimana saya nak tampung kos keseluruhan pusat ini yang memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini tiada tajaan daripada sesiapa. Jika ditutup bermakna hilanglah sekolah pondok yang berjaya menaikkan nama negeri Perak,” katanya.

#HairanBlog - Biarlah kutukan dan cemuhan menjadi pembakar semangat untuk Ustaz Kazim terus berdakwah, jangan kita menyesal dikemudian hari. Kami Sokong DUKE!


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Aik pakat tutup muka apehal? kata gangster! puiiii!

Akhirnya, hasil dari maklumat ramai, Polis berjaya menahan tiga lelaki awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes buli jalan raya di Jalan Demak di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Entusa Imam berkata, tiga lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Bako di sini, pada 2 pagi tadi.


Katanya, lelaki yang ditahan berusia 21, 26 dan 27 tahun. "Suspek direman selama empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

"Polis masih mengesan beberapa lelaki yang masih bebas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang semalam, seorang kontraktor berusia 46 tahun dibelasah dua lelaki menggunakan topi keledar.

Seorang daripada rakan suspek dipercayai merakam kejadian itu dan memuat naik video berdurasi 0.43 saat itu sehingga menjadi viral di Facebook.

#HairanBlog - Tunjuk sikit muka yang ambik video, geram aku!

Sumber - HarianMetro


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Bila sel - sel otak hanya berhubung di sekitar lutut!


Kami difahamkan melalui Harian Metro bahawa 2 remaja yang memukul orang tua di jalan raya rupa - rupanya sedang mabuk. Sudahlah mabuk, pukul orang pula. Itu kisah sebenar video dua lelaki memukul seorang lelaki dalam kejadian dikatakan berlaku di Jalan Bako, di sini, yang ‘viral’ di laman sosial sejak petang tadi.

Kejadian 3.30 petang itu sebenarnya berlaku di Jalan Demak, di sini, membabitkan mangsa berusia 46 tahun yang sudah membuat laporan polis selepas kejadian.

Berdasarkan laporan dibuat, pada mulanya mangsa bersama rakannya yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.

Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.

"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya

Menurut Entusa, siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
"Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

#HairanBlog - Aku perasan yang kereta depan tu siap reverse saja. Takde tindakan untuk leraikan pergaduhan. What the FCUK!! Si perakam video, ko boleh pegi mamposs!


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Perginya sebuah permata

Kami difahamkan bahawa pelawak serta pelakon yang berbakat besar, Harun Salim Bachik telah meninggal dunia sebentar tadi. Allahyarham dilaporkan menghembuskan nasa terakhir selepas terjathu dalam bilik air di RnR Gunung Semanggol kira - kira jam 5 petang tadi.

Berita tersebut telah disampaikan sendiri oleh teman rapatnya Afdlin Shauki menerusi akaun Facebook miliknya yang menyifatkan arwah seorang insan yang berbakat dan mempunyai keperibadian yang baik. Sesungguhnya pemergian Harun Salim Bachik ini adalah satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.


Berita ini nyata mengejutkan ramai pihak kerana arwah sebelum ini tidak pernah dikhabarkan mempunyai sebarang penyakit serius. Walau bagaimanapun, ajal maut di tangan Allah, tiada siapa dapat menyangka ia akan berlaku bila dan dimana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
#SyukurMalaysiaMasihAman

Kami dimaklumkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke-14 bagi negara ekonomi paling sejahtera di dunia dalam ‘Indeks Kesengsaraan’ dengan markah lebih 6.5 peratus pada 2015 mengatasi Jerman yang berada di kedudukan ke-15.


Berdasarkan laporan kaji selidik ahli-ahli ekonomi yang dijalankan Bloomberg News mendapati, Thailand berada di kedudukan paling teratas diikuti Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Menurut laporan tersebut, pengangguran yang rendah di Thailand iaitu di bawah satu peratus, setakat ini gagal untuk merangsang inflasi.

“Bagaimanapun, Thailand yang pada masa ini masih di bawah undang-undang tentera selepas rampasan kuasa tahun lepas mempunyai perjalanan yang jauh untuk mencapai taraf hidup standard seperti di negara ekonomi membangun,” katanya.

Kaji selidik itu dijalankan ke atas 51 buah negara termasuk Eropah tahun ini mengambil kira pengiraan Bloomberg daripada apa yang dikenali sebagai ‘indeks kesengsaraan’. Dua faktor iaitu inflasi dan pengangguran yang menyebabkan pengguna tidak gembira, dilihat begitu rendah bagi negara terlibat.

Dalam pada itu, bagi negara seperti Switzerland yang mana hanya 3.3 peratus daripada penduduknya berkemungkinan menjadi penganggur tahun ini, penurunan harga kira-kira 0.9 peratus tahun ini akan membantu mengurangkan impak daripada lonjakan mata wang.

Bagaimanapun, keadaan itu sudah cukup baik bagi Switzerland, yang juga negara keempat terkaya di dunia untuk meletakkan penduduk-penduduknya dalam kalangan negara paling kurang indeks kesengsaraan. Sekarang kurang skor yang diperoleh, semakin baik kedudukan sesebuah negara dalam indeks tersebut.

Sementara itu, Jepun pula yang berdepan dengan deflasi sejak 1990-an akan menyaksikan kadar inflasi pada tahap sekurang-kurangnya satu peratus tahun ini.

“Malah, kadar pengangguran (di Jepun) juga dijangka berada pada paras 3.5 peratus berbanding 3,6 peratus tahun lalu,” kata laporan berkenaan.

#HairanBlog - Alhamdulilah sememangnya Malaysia Masih Aman. Peace No War!

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Pencerahan please!


Baru - baru ini heboh di laman sosial tentang gambar sepucuk surat rasmi yang ditandatangani oleh Mufti Perlis Prof Madya Dato Dr Asri Zainal Abidin yang dikatakan tidak bersetuju dengan pemilihan Ustaz Dato Kazim Elias sebagai ahli panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam kerana didakwa sering mengeluarkan riwayat-riwayat palsu.

Forum perdana tersebut akan diadakan sempena keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-72 dan juga sempena ulang tahun ke-69 RTM.


Berhubung dengan penyebaran tersebut Dr. Asri telah tampil menjelaskan perkara tersebut dan beliau tidak menafikan tentang kesahihan surat itu.


Menurut beliau ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.

Berikut penjelasannya.

1.Surat tersebut menyatakan pihak Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.

2. Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.

3. Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka, penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.

4. Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan. Gambar Bawah


Bagaimanpun jawapan dari Ustad Kazim masih belum diperolehi hanya sedikit maklum balas dari Sinar Harian apabila DUKE memberitahu bahawa ayat yang digunakan adalah kiasan dan bertujuan untuk menyenangkan penyampaian ceramah - ceramah beliau untuk orang - orang kampung.

#HairanBlog - Semoga isu ini dapat ditangani dengan baik tanpa sebarang perbalahan.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Dah ada pulak #sindiket minta upah doa masuk syurga dengan harga RM5,000

#mengarut #hairan #penipuan #tipuorang

FAKRUL (kanan) bersama rakannya dari Algeria menunjukkan laporan polis berhubung kegiatan suspek.

Kuala Lumpur – Dia memperkenalkan diri sebagai seorang sheikh dari Iraq yang berpangkat ulama, mempunyai pengetahuan agama tinggi serta begitu dihormati.

Namun pada masa sama, dia ligat memperdaya orang ramai kononnya mempunyai banyak akses orang kenamaan termasuk mengenali secara rapat ketua pengarah dan menteri yang boleh membantu memudahkan proses kerakyatan serta visa.

Bermodalkan beberapa gambar bersama orang kenamaan, dia selamba ‘menjual’ nama pemimpin negara dan ketua jabatan.

Lebih mengejutkan, kelibatnya banyak tampil di beberapa majlis rasmi negara dan peluang menyelit dalam program seumpama itu dipercayai turut dijadikan modal untuk mempengaruhi mangsa terutama yang baru dikenali.

Namun yang paling sukar diterima akal, apabila dia mendakwa mempunyai kelebihan mendoakan seseorang itu masuk syurga atau sebaliknya dengan bayaran RM5,000 bagi setiap doa yang dijamin makbul kerana tarafnya sebagai seorang ulama besar.

Sumber: myMetro Online


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Alhamdulilah...


Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.

Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.

Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut.

RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 Seliter
Diesel   - RM 2.23 seliter


HairanBlog - Sebenarnya RON97 lebih bagus dan efficient dalam penjimatan minyak. Walaupun mahal dalam lingkungan 20sen tetapi minyak RON97 lebih tahan dan mampu pergi jauh berbanding RON95. Kami sudah cuba dan memang rasa berbaloi.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Fitnah Akhir Zaman...


Kami difahamkan bahawa tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Menurut Sinar Harian semalam, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

HairanBlog - Dah belajar tinggi - tinggi, last - last jadi tahi buat fitnah sana - sini. Vangang Avavi.

Sumber: myNewsHub
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Keliru, rosak dan tersasar...

Baru - baru ini berlangsungnya sebuah program 'I Want to Touch a Dog' di Central Park, One Utama. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai cara untuk berhadapan dengan anjing dan bagaimana mengurangkan rasa takut terhadap anjing. Bagi kami, program ini ada baik dan buruknya. Namun berikut adalah pandangan Dr. Maza mengenai program tersebut.


Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Sumber: Dr.Maza
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Al Fatihah...


Kami difahamkan satu kemalangan tragis telah berlaku kira-kira jam 11.40 pagi tadi di kilometer 25 Lebuhraya Karak yang mana melibatkan tiga buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta.

Kemalangan ini berpunca daripada lori yang melintang di tengah jalan kerana tergelincir dari tow truck dan menyebabkan trafik menjadi perlahan dan sesak. Kemudiannya motosikal tersebut ditunggang laju bersama kumpulan Big Bike yang mana ketika turun bukit lalu melanggar sebuah kereta yang sedang berhenti. Selepas itu motosikal kedua datang dan melanggar kereta yang sama lalu terbakar. Sebuah lagi motosikal juga tidak sempat mengelak lalu terjatuh.

Kemalangan itu telah menyebabkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang terlibat terbakar dan penunggangnya rentung. Seorang lagi yang maut dipercayai kerana dilanggar manakala seorang lagi cedera parah.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyiarkan beberapa gambar kejadian itu.




Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!