• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Apakah perasaan suami ketika menjamin isterinya yang curang? Bincangkan. TQ


Kejadian ini berlaku di Melaka. Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain terkejut selepas suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), lapor Sinar Harian.

Wanita berkenaan yang berusia 23 tahun yang berasal daripada selatan tanah air itu telah ditahan oleh penguatkuasa Jaim bersama seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan ini telah ditahan kira-kira jam 2.45 pagi semalam dan pada mulanya lelaki berkenaan menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Rahimin memberitahu, wanita tersebut terkejut selepas keluarganya yang datang sebagai penjamin membawa suaminya sekali bersama.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Dalam operasi yang bermula bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya

HairanBlog - Kalau angin takdak, masakan pokok bergoyang. (Kecuali ada monyet!)
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Bagus la kalau macam tu. Boleh jadi role model kepada Mat Sajat. TQ

 

Mungkin anda pernah mendengar nama Safiey Illias, seorang usahawan muda yang sangat berjaya di dalam bisnes sehingga menjadi jutawan di usia muda.

Namun ramai juga yang tidak tahu, dia sebenarnya seorang 'Mak Nyah'.


Tapi semua itu dulu. Kini Safiey Illias sudah kembali ke pangkal jalan dan ingin berubah menjadi normal semula.

Kisah pertukaran itu dikongsi oleh Facebook Ali Russia, seorang pendakwah.

Menerusi kisah Ali Russia, difahamkan, Safiey Illias mengikuti penulisan Ali Russia di Facebook dan menghubungi pendakwah itu untuk mengambil nasihat untuk berubah ke jalan yang benar; menjadi seorang lelaki semula.

Memetik dari perkongsian tersebut. Ali Russia berkata  dia bersungguh-sungguh mahu menolong
adalah kerana satu kenyataan yang dibuat oleh usahawan itu.
"Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliau telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah....", katanya.
Ikuti perkongsian penuh dari Ali Russia :

Alhamdulillah - Jutawan Jelita membuang Payudara kerana Allah dan Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum kalian terus membaca aku ingin maklumkan bahawa aku telah mendapat keizinan dan juga amanat dari tuan punya badan untuk aku membuat nukilan tentang ceritanya dan katanya cerita ini hanya lah untuk satu tujuan iaitu memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka mereka yang senasib dengannya.

Barakallah...hari ke 2 aku keluar Tabligh ke Tawau untuk cillah 40 hari ...dan aku bercadang untuk tidak menulis melalui medium muka buku ini sehinggalah aku tamat 40 hari, walaubagaimana pun hari ini aku terpaksa menulis atas dua tujuan...

Pertamanya kerana ia berkait terus dengan agama dan ke dua kerana atas hajat seorang hamba Allah yang ingin bertaubat...

Allah...Allah...tiada kata kata yang dapat aku lakarkan sebaik mungkin tentang hidayah yang menerpa umat Muhammad saw...dan tiada nada gembira yang dapat aku luahkan bila mendapat khabar dari beliau...hanya sujud syukur yang dapat aku buat.

Beliu terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan...

Sedari usia remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di tingkatan 4 beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga lah di usia 19 tahun beliau telah menjadi jutawan muda...memiliki duit jutaan ringgit, kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi serta rumah sendiri...tetapi...

Cerita

Safiey Illias...seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya..

Aku tidak mengenali beliau sehingga lah pada beberapa bulan yang lepas aku di beritahu oleh ahlia ku Ayunie Russ tentang perniagaannya...ahlia ku juga merupakan follower di facebooknya...

Kata ahlia ku pada suatu hari..."Abang...cuba abang baca status status di facebook Safiey Ilias...beliau muda tapi pandai berniaga...menjadi jutawan dalam usia 19 tahun.." aku di tunjuki facebook Safiey Ilias.

Masyallah...masyallah...cepat cepat aku baca DOA jauhi fitnah bila melihat perempuan cantik...
Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan...

Dan selepas itu aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan wanita cantik bernama Safiey Ilias...

Masa berlalu hari demi hari...aku sibuk dan bussy dengan Dakwah dan keperluan Sushi sehingga lah hari hari terakhir aku keluar dari rumah untuk berada di Jalan Allah...bertabligh selama 40 hari bersama anak lelaki dan seorang anak saudara...

Sebagai seorang penulis atau Street Dakwah Writer, kebiasaan di masa masa infiradi takala ahli jemaah yang lain beristirehat dan tidur aku akan melayari internet membaca blog blog kegemaran tentang ehwal semasa dan Dakwah...dan secara tidak serius aku telah membuat reposting atau posting ulangan tentang kisah satu artikel mengenai Jemaah Khunsa atau Jemaah Mak Nyah yang keluar Dakwah dari tanah seberang...

Tidak di sangka sangka seorang wanita cantik jelita telah menulis di ruangan komentar aku dengan kata kata lebih kurang...

"Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah.."

Allah...Allah...hati aku mengigil panik dan tidak tahu apa yang harus aku balas...dan setelah itu aku melihat puluhan komentar komentar balas telah di tulis oleh mereka mereka yang tidak aku kenali dan dengan secara tidak berfikir panjang aku terus menulis..."Allahu...manusia di cipta indah oleh Allah...walaupun tidak cantik tetapi tetap indah...Safiey Ilias...lets meetup and have a cup of coffee.."

Keesokannya semasa aku nusrah jemaah kasih sayang dr. Sam Rasputin aku telah menerima meseg melalui wassap dari Safiey Ilias..katanya

"Tuan...saya Safiey Ilias yang komen di facebook tuan...saya PONDAN......."

Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami...isi perbualan hanya berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara fizikal dan mental...Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki...

Allahu...airmata menitik mendengar luahan hati dan perasaannya...rupa rupanya "wanita cantik" yang di khabarkan oleh ahlia ku itu adalah seorang lelaki...namanya Safiuddin bin Ilias...

Beliu menceritakan yang beliau kini mau kembali kepada fitrah asalnya...mau kembali menjadi seorang lelaki, ceritanya lagi seusianya remaja beliau begitu keliru dan tidak keruan perasaannya...zahirnya di lahirkan lelaki tetapi batinnya perempuan...

Jiwa dan perasaan keperempuanannya seoalah olah terpenjara di batang tubuh seorang lelaki, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengubah zahirnya menjadi perempuan...beliau menjadi perempuan dan wanita sehinggalah menjalani operasi untuk memiliki payudara...

Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan dan wanita, berpakaian dan perhiasan...semuanya seperti wanita.

Dengan jutaan wang ringgit yang di milikinya beliau membeli apa sahaja yang berjenama...pakaian wanita, beg tangan ribuan ringgit juga alatan makeup yang up to date..

Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa....Allah mengasihi makhluk ciptaan NYA..

Barakallah...fitrah manusia, siapa sahaja...lambat laun pasti akan kembali kepada asal kejadian yang telah di jadikan oleh Tuhannya...

Dalam diam beliau membaca cerita cerita Dakwah dari facebook ku dan akhirnya beliu memberanikan diri untuk menyapa ku dan menceritakan segala galanya...

Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliu telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah....


Allahu...

Masa tidak mengizinkan aku dan saudara Safiuddin bin Ilias aka Safiey Ilias bertemu muka kerana aku telah bersiap siap untuk keluar Dakwah 40 hari di Tawau...pun begitu saban hari kami menghubungi satu sama lain...berbual dan bertanya khabar...beliau meluahkan isi hatinya dan aku menasihatinya...

Tanggal 15 hari bulan aku berangkat dan terbang ka Tawau dan pada tarikh yang sama Safiey Ilias memasuki Dewan Pembedahan intuk menggeluarkan implan payudara palsunya...

Semuga Allah memberikan afiat dan kesembuhan yang baik dan cepat kepadanya supaya aku dapat membawanya keluar di Jalan Allah...

Hari ini hari ke 2 aku di Jalan Allah...Safiey Ilias menghubungi aku dan katanya beliau selamat menjalani pembedahan membuang payudaranya...

Sebelumnya aku ada bertanya bagaimana beliau boleh menghubungi aku...jawabnya..."Beberapa kali lintasan wajah ku di hadapannya dan setelah membuat solat istikharah baru beliu yakin dan lalu menghubunggi ku.."....Allahuakhbar.

Kami berjanji untuk bertemu bila aku balik dari ber Tabligh 40 hari nanti...insyallah
Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali menjadi lelaki sejati....

Amin ya Allah...

HairanBlog - Sementara nyawa masih dikandung badan, sama - samalah kita umat manusia bertaubat dan tunduk kepada Maha Pencipta.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Mohon bagi tips bagaimana hasilkan anak kembar. TQ

Kami terkejut dan teruja apabila mengetahui yang Eina Azman telah selamat melahirkan bayi kembarnya pada hari Jumaat yang lalu. Tambah excited apabila mengetahui yang bayi tersebut adalah sepasang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah. Murah rezeki Eina Azman dan suami. Terus dapat sepasang seperti yang diidamkan oleh kebanyakan ibu bapa.


Ramai juga yang terkejut apabila Eina Azman melahirkan kembar kerana tiada desas-desus berita gembira tersebut dikongsikan oleh pelakon tersebut. Menurut Eina, ada ahli keluarganya juga yang turut tidak tahu. Kata Eina:
Sebelum ini, bukan niat saya merahsiakan sedang hamil anak kembar. Saya dan suami sebenarnya mahu membuat kejutan kepada semua pihak. Pada peringkat itu, kami fikir tidak manis untuk menghebahkan perkara terbabit terlalu awal,
Yang penting anak-anak dan Eina Azman sihat sejahtera. Untuk makluman, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.05 petang, Jumaat lalu. Ini diikuti bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit kemudian. Tahniah sekali lagi buat Eina dan suami. Selamat berjaga malam menjaga anak.





HairanBlog - Semoga menjadi anak - anak yang soleh solehah

Sumber: Beautifulnara

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bila senior bajet matang. TQ


Kami difahamkan melalui Harian Metro, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah berasrama penuh disini terpaksa menerima 9 jahitan apabila mulutnya koyak akibat dipijak dengan but bola sepak oleh pelajar senior tingkatan empat dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12 tengah malam itu, mangsa didatangi oleh empat pelajar tingkatan empat sebelum dia dibelasah di bahagian muka.

Sumber Harian Metro melaporkan, remaja itu dibelasah kerana meminta rakannya supaya tidak mengikut arahan pelajar 'senior' di asrama sekolah terbabit.

"Ada pelajar ‘junior’ dibuli dengan dipaksa mencuci pakaian dan membeli makanan menyebabkan mangsa menasihati rakannya yang dibuli itu supaya tidak tunduk dengan arahan pelajar tingkatan empat berkenaan.

"Bagaimanapun, pelajar ‘senior’ itu mengetahui perkara berkenaan dan mereka membelasah remaja tingkatan 2 itu. Seorang daripada mereka memijak mulut mangsa dengan but bola sepak, manakala yang lain memukul dengan tangan di muka," katanya.

Menurut sumber itu juga, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima jahitan di mulut.

Ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dengan sengaja.

HairanBlog - Sepatutnya senior bimbing junior. Tapi budaya sampah macam ini masih berleluasa.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bila nak berubah? TQ

Baru-baru ini, aktres yang sedang popular dengan drama Isteri vs Tunang, Sharifah Sakinah berpeluang untuk menunaikan umrah bersama suami tercinta, Aliff Adha.


Mahu berkongsi perkembangan beliau disana, Sakinah telah memuat naik satu foto beliau sedang menjelirkan lidah ketika bergambar di tanah suci Mekah. Ternyata, foto berkenaan telah membuat peminat Sakinah bertelagah di bahagian komen.


Ada yang berpendapat Sakinah sepatutnya tidak bergambar seperti itu dan menjaga kelakuan ketika berada di Mekah.

Namun,ada juga peminat yang menganggap ia satu isu yang kecil dan ia tidak menentukan dosa atau pahala seseorang dengan berkelakuan seperti itu.


HairanBlog - "Kubur masing2.. Yang ko menyibuk sangat pehal? Buat hal sendiri dah lah!" Ayat tu tak lengkap sebenarnya. Sepatutnya kena tambah, "Kubur màsing2.. Yang hangus dan menggelegak dibakar api, aku. Yang robek mulut dan bibir, aku. Yang lunyai dibelasah malaikat, aku. Yang sesak dibelit ular besar, aku. Yang hancur kepala dihempap batu, aku. Yang ko menyibuk sangat pehal? Buat hal sendiri dah lah!" Barulah complete ayat tu, tak gitu? Ingat, orang tegur kita sbb dia sayang kita!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Perghhh! Terbaik. TQ

Seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pegajian peringkat PhD di University Of Glasgow, Scotland bersama pasukannya telah berjaya mengharumkan nama negara apabila beliau telah berjaya membuktikan teoti Alberts Einstein berhubung gelombang graviti.


Norhafizah Noor Isa yang berasal daripadan Machang, Kelantan adalah bekas penuntut di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) untuk ijazah Sarjana Muda (2006-2009) dan Peringkat Sarjana (2009-2012) di universiti yang sama dalam bidang Fizik Bahan.

Di University Of Glasgow, beliau merupakan ahli Institut Graviti Penyelidikan di universiti tersebut di mana beliau telah menyumbangkan kertas Saintifik 'Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger'.


Pertemuan beliau bersama pasukannya telah menjadi bualan banyak media antarabangsa sejak minggu lalu.

Pencapaian berkenaan turut telah meraih kepujian daripada ahli akademik Malaysia, termasuk profesor fizik Universiti Putra Malaysia (UPM), Hishamuddin Zainuddin yang telah berkongsi petikan daripada kertas saintifik itu dalam laman Facebooknya.

Terbaru, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris telah melahirkan ucapan tahniah kepada beliau dan pasukannya kerana berjaya membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas ini.


HairanBlog - Ini baru la kita bangga. Bukan macam Raver loser sampah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kehebatan pemimpin terdahulu memperjuangkan hak tanah Guthrie. TQ

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman yang tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir. 2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.


Mahathir Terus Menekan British

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

HairanBlog - Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa - rupanya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tgn Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan dawn raid project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya 
mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut K'jaan Britain pada masa itu.

Sumber: Jomjalan
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bagai pinang dibelah dua. TQ

Semalam, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mengadakan majlis resepsi terakhir perkahwinan mereka khas buat peminat dan rakan-rakan lain, bertempat di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam dengan tema Inggeris.


Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dan dihadiri lebih 8,000 tetamu. Sam dan Syatilla mula masuk ke dewan sekitar jam 3.05 petang semalam.

Kini majlis perkahwinan mereka sudah selesai dan Sam menerusi portal BH ONLINE berkata beliau ingin meluangkan masa dan memberikan lebih perhatian kepada Syatilla. Pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu di Pulau Maldives.



Sepanjang bercinta, kami jarang dapat melakukan aktiviti bersama seperti pasangan kekasih lain. Kami juga tidak pernah keluar berdua, walaupun hanya untuk menonton wayang. Selepas ini, saya akan cuba memenuhi dan melayani setiap permintaan Tilla.
Saya juga akan luangkan masa dengan berjalan-jalan di lokasi menarik untuk berbulan madu. Ketika ini, kami masih belum memutuskan lokasi kerana sibuk menguruskan majlis persandingan. Insya-Allah, jika tiada aral saya akan memenuhi hasrat isteri yang teringin untuk bercuti di Kepulauan Maldives.
Alhamdullilah segala perancangan perkahwinan Sam dan Syatilla berjalan lancar. Semoga kekal sehingga akhir hayat dan dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata.

Jom kita layan beberapa foto sekitar majlis resepsi terakhir mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.








HairanBlog - Semoga bahagia ke anak cucu!

Sumber: BeautifulNara
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Apabila nafsu bagaikan syaitannn!


Kami ingin kongsikan satu kisah luahan hati seorang suami yang malang. Dengan perkongisan kisah ini, sama - samalah kita mengambil iktibar dan sentiasa menundukkan nafsu supaya tidak terjerumus ke lembah hina lagi kotor.

Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri, itulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila menyangka anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang bukanlah daripada darah dagingnya.

Apa yang lebih memeritkan anak berkenaan adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan selama empat tahun.

Semuanya terbukti selepas ujian DNA dilakukan yang dilakukan terhadap anak ketiganya itu berusia empat tahun menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya.Memetik laporan Sinar Harian, wartawan SARINAH MAT KASIM telah menemu bual Amirul di Seremban

Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.

Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya 'cakap-cakap orang' dan tidak mempedulikannya.Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.
“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya. Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu," katanya.
Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.
"Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak. Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.

Cerai kali kedua

Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika. Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.

Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.
“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol," katanya.
Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu. Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.

Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.
“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima. Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber'bin'kan nama saya,” katanya.
Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing. - Sinar Harian.

HairanBlog - Damm you lelaki syial yang kacau isteri orang! Damm you isteri yang tak jaga kemaluan!! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Bapak seram siot!



Satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupanya?

Mungkin bagi yang pernah terlihat sekali dua, sukar untuk menjelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan makhluk itu.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang seringkali melihat makhluk-makhluk ini?

Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melakar rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.

Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut.

Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.

@amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen "Antara hantu mel selalu nampak"

Dia kemudiannya menceritakan mengenai lakaran satu makhluk berkepala botak dengan berkata : "Yang mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia."


Kemudian @amalinaahmd menyambung dengan menceritakan tentang satu makhluk yang menyerupai seorang kanak-kanak lelaki. Menurut @amalinaahmd, kanak-kanak itu selalu mengikutinya ketika dia mengambil peperiksaan akhir.

"Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. ".

"Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah  rindu lah tu", tulisnya.

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.

"This is cempaka look a like. "

"Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampak lah. Pakaian serba kuning"

Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

"Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where.

"Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai

"Besok tu demam", tulis @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

HairanBlog - Elehhhhh!! Kami jumpa hantu lagi seram..sangat seram sampai tak tercapai dek akal..Hantu ape? Hantu yang bertopengkan manusia!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Icon belia? Hmmm...
Tabiat menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape kini sudah menjadi satu trend terutamanya kepada perokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok yang menggunakan tembakau atau sekadar suka-suka.

Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia dikatakan dapat membantu menjimatkan duit berbanding menggunakan rokok tembakau selain baunya tidak busuk jika dihidsap ditempat awam.

Namun keburukan vape ini ialah apabila ada mereka yang tidak merokok menjadikanya sebagai satu tabiat baru dan apa yang lebih tidak manis ianya digunakan oleh golongan wanita dan remaja bawah umur.

Jika dari segi masalah moral, sama juga seperti merokok, etika perundangannya sama juga seperti rokok di mana ia tidak boleh digunakan oleh remaja berumur 18 tahun kebawah.

Tapi apapun yang sebaik-baiknya ialah tidak mengamalkan kedua-dua tabiat ini iaitu tidak merokok dan juga tidak menghisap vape.

Jadi, untuk menggalakkan hal ini perlulah ada kempen atau contoh ikutan daripada mana-mana tokoh atau orang yang diangkat sebagai ikon.

Tetapi yang sedikit panas ketika ini ialah seorang yang dianggkat sebagai 'Ikon Belia' yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat sebaliknya mempromosi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini.

Kerana tindakannya menghisap dan mempromosi vape ini di dalam laman Istagramnya, seorang pengguna laman sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurul Hidayah Ahmad Hamidi yang merupakan Ikon Belia Negara.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau,
Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.

Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.

Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Lagi kes dera di Taska...

BIADAP - Video Pekerja Taska Dera Kanak - Kanak di Ipoh Kini Viral?

Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul di sebuah taska yang didakwa berlaku di Ipoh, Perak mula menjadi viral.

Video berkenaan dipercayai dirakamkan oleh seorang bekas pekerja di taska berkenaan yang bertujuan mahu memberi nasihat kepada ibu bapa tentang layanan buruk yang diberikan terhadap anak-anak yang dihantar ke pusat berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis selepas dimarahi oleh seorang wanita, sambil memukul tangan dan pipi serta menekup mulut mangsa.

Berdasarkan kapsyen video berkenaan, penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan terjadi kononnya dia telah menggigit kanak-kanak lain.

Namun walau apa sekalipun alasannya, adalah tidak patut untuk mendera sehingga sebegitu rupa. Semoga tindakan pantas pihak berwajib dapat mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi.


Pemilik Taska Pukul Budak.!sy pernah bekerja di taska dulu..owner dia slalu pukul budak dan sy sempat rakam dia pukul...
Posted by Media Info Semasa on Sunday, September 20, 2015
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Perogol jahanam!


Kami difahamkan melalui artikel SiakapKeli, seorang gadis telah mengejutkan penduduk di kampung Koidupan di sini apabila muncul dengan keadaan lemah dan berdarah di bahagian muka.

Kejadian diceritakan oleh salah seorang penduduk kampung berkenaan di laman Facebook. Menurut individu terbabit, gadis asing itu muncul ketika penduduk sedang bermesyuarat Agung Tahunan PBS di Balairaya Kg Koidupan.

Tambah individu tersebut, gadis itu berkata dia menjadi mangsa ragut dan hampir menjadi mangsa rogol sebelum dicampak ke dalam parit apabila gadis tersebut berpura-pura mati.

Gadis berkenaan di hantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Setakat ini masih belum ada laporan rasmi tentang kejadian. Berikut adalah gambar - gambar sewaktu kejadian.





Sumber - SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!