GOSSIP KOT - Hentikan Fitnah Terhadap Saya dan MIG - Mejar (K) David Teo


Kenapa drag lama sangat isu nih?

Sejak pernikahan rahsia dua pelakon dibawah naugan MIG Production iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbongkar, nampaknya hubungan dua artis ini dengan Mejar David Teo masih belum pulih. Bahkan, Wawa bertindak meninggalkan MIG biarpun masih lagi dalam kontrak.

Hentikan fitnah terhadap sayan dan MIG - Mejar (K) David Teo

Sebelum ini Aeril dan Wawa pernah menghebohkan isu kononnya kereta Suzuki Swiftnya diambil oleh seseorang dan bukannya dicuri. Namun, mereka berdua tidak pula mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan tersebut.

Namun, baru - baru ini nampak Aeril begitu lantang dan terbuka mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang ditujukan kepada David Teo dan MIG berkenaan isu kereta itu. Jika dibaca dengan teliti, perkataan yang ditulis oleh Aeril, jelas sekali individu yang bertanggungjawab kononya mengambil kereta Swift itu adalah David Teo.

Instagram Aeril Zafrel

Kami tertarik dengan kata - kata David Teo yang nampak begitu tenang menghadapi situasi ini. Katanya:
Saya rasa hairan & sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah 2 kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada TUHAN, bukan saya.

Malah, saya bersama beberapa staf MiG pernah bertanya kepada Wawa Zainal sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril Zafrel kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril Zafrel dinafikan sendiri oleh Wawa Zainal di hadapan kami.

Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal - HairanBlog

HairanBlog - Kalau asyik menyalak dekat sosial media macam mana perkara nak setel! Alee Utoo...

Sumber: BeautifulNara

You May Also Like

0 Comments