Ini kerja Mastika la nih!
Mungkin orang Melayu dahulu kurang mengambil berat untuk mencatat sejarah atau sebarang peristiwa yang berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Sehinggakan timbulnya cerita pada 6 tahun dahulu dalam keluaran majalah Mastika yang mendakwa Hang Tuah adalah seorang perempuan. What? Perempuan pulak dah…Dari mana pulak mereka dapat bukti untuk menyokong dakwaan mereka itu? Kami Hairan dan sangatlah tidak setuju dengan teori begini.
Kalau korang baca semula keratan artikel dalam mastika bagi cerita ini, Pak Haji ini beriya-iya mengatakan Hang Tuah ini adalah seorang perempuan? Kalau diikutkan cerita berkenaan dengan Hang Tuah ini diambil secara terus daripada Buku Hikayat Hang Tuah. Tiada sumber lain selain daripada itu. Kalau daripada buku tersebut terang-terang mengatakan Hang Tuah merupakan seorang lelaki, elok paras rupanya, gagah susuk tubuhnya, memotong kayu di halaman rumah dengan tidak berbaju. Jadi? Mana pula timbulnya teori mengatakan Hang Tuah sebenarnya perempuan?
Itupun, nukilan daripada Hikayat Tuah dikumpulkan melalui maklumat-maklumat yang hanya didapati melalui secara lisan sahaja. Tup-tup keluar di Mastika suatu ketika dahulu, Hang Tuah jadi perempuan pula? Kalau nak diikutkan macam-macam versi yang berkisar mengenai cerita Hang Tuah :
1. ada yang kata Hang Tuah ni orangnya halus
2. ada orang kata Hang Tuah ni orang jawa
3. ada orang kata Hang Tuah ni berasal daripada negeri Kelantan
4. ada orang kata Hang Tuah ni dongeng
5. ada pulak yang mengaku Hang Tuah ni bangsa cina
6. sekarang ni paling mengejutkan Hang Tuah seorang perempuan
Kami tak puas hati dengan teori ini. Jadi kami mencari menggunakan bantuan PakCik Google. Kemudian kami terbaca pula lagi teori dan siap bagi bukti yang entah datang dari mana mengatakan Hang Tuah adalah Wanita. Berikut adalah bukti yang cuba dikaitan dengan teori Hang Tuah seorang perempuan oleh blog yang kami baca ini:
Bukti Pertama:
Terdapat sebuah perigi dinamakan "PERIGI HANG TUAH" di Melaka. Mengapa tidak terdapat perigi HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG KASTURI juga HANG LEKIU. Ini kerana adat melayu takkala berzaman lelaki dan wanita mempunyai tempat aktiviti dan berbeza dan lain-lain, semuanya secara berasingan. Contohnya bilek tidur, ruang rumah, tempat solat apa lagi bilik mandi. Maka sebab itulah dibina sebuah perigi khas buat HANG TUAH untuk mandi manda dan bersiap. Sebab itulah juga ia dinamakan "PERIGI HANG TUAH". Perigi ini hanya digunakan oleh HANG TUAH seorang sahaja. Ianya amat "EKSLUSIF".
Bukti Kedua:
Apabila dititah oleh Sultan Melaka untuk pergi dan membawa balik Tun Teja dari Pahang, HANG TUAH pergi dengan rela hati dan berjaya "memperdaya" Tun Teja untuk dibawa ke Melaka dan akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Pada masa itu memang telah tersohor akan kejelitaan dan kecantikan Tun Teja. Dalam menjalankan tugasnya HANG TUAH sudah sedia merasai akan perasaan Tun Teja telah jatuh hati dan tertarik kepadanya. Namun dia juga mengetahui dan menyedari bahawa itu adalah di luar tabie. Lalu menyorok di sebalik ketaatan kepada Sultan lalu beliau menolak "cinta" Tun Teja walaupun ketika itu Tun Teja amat kecewa dan terpaksa "diselamatkan" dengan "sepiak sireh jampi" barulah perasaan Tun Teja dapat dilumpuhkan. Jika HANG TUAH adalah seorang lelaki, adat kata agak susah dan betapa goyahnya berhadapan dengan seorang yang "amat jelita' seperti Tun Teja. Apalagi ketika itu dianya bukan bertepuk sebelah tangan.
Bukti Ketiga:
Hubungan yang rapat dan "terlalu akrab" dengan Hang Jebat menyebabkan hanya Hang Jebat seorang saja yang mengetahui "rahsia jantina" HANG TUAH. Sebab itulah dalam zaman "perguruan persilatan" dengan Adi Putra, Hang Jebat tak pernah "menang" dan selalu "mengalah" kepada HANG TUAH semasa berlatih. Sebab Hang Jebat adalah manusia yang mempunyai "semangat persahabatan" yang kukuh dan amat padu sekali. Hang Jebat mempunyai jatidiri yang tinggi. Dia takkan menganiayai wanita. Apa lagi mereka sudah berjanji sehidup semati sejak dari kecil lagi. Apabila mahaguru Adi Putra meramalkan kematian Hang Jebat adalah di tangan HANG TUAH sebenarnya Hang Jebat tak percaya kerana HANG TUAH hanyalah seorang wanita. Semasa pertarungan dengan HANG TUAH, Hang Jebat telah beberapa kali berpeluang untuk membunuh HANG TUAH apalagi keris "Taming Sari" berada di tangannya. Namun dia mengelak dari menikan dan membunuh HANG TUAH di atas prinsip tadi tak mahu menganiayai wanita dan tak sanggup membunuh wanita. Demi seorang pendekar. Hang Jebat mengorbankan dirinya sebagai "wira" tanpa menguburkan prinsipnya sebagai pendekar sejati. Biar mati "di tangan wanita" asal tidak menang "hanya dengan wanita".
Bukti Keempat:
Hang Jebat begitu marah dan sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka walaupun telah sekian lama taat dan patuh juga berjasa kepada Sultan. Hang Jebat marah kerana sultan telah menuduh HANG TUAH telah "berkhendak dan bermukah" dengan dayang istana. Sebab Hang Jebat tahu yang HANG TUAH adalah wanita mana boleh melakukan perkara sumbang itu. Tuduhan itu telah menjatuhkan maruah HANG TUAH apatah lagi, demi persahabatan dan menjaga maruah kaum wanita, Hang Jebat telah bangun menuntut bela. Ada juga yang sifatkan perlakuan Hang Jebat itu sebagai derhaka. Namun itu terpulang atas prinsip dan tafsiran masing-masing.
Bukti Kelima: (Bukti TAK LOGIK!)
Walau dikira remeh tapi amat kukuh. Mendengar berita HANG TUAH dititah untuk dibunuh, dan Bendahara telah menjalankan titah tersebut, maka Hang Jebat mengamuk di seluruh Melaka dan sampai ke istana, semua pendekar di Melaka dikerah untuk menyekat dan membunuh Hang Jebat, namun gagal menyainginya begitu juga semua sahabat dan rakan perjuangnya juga gagal mengalahkan Hang Jebat. Namun bendahara mencadangkan HANG TUAH untuk menghapuskan Hang Jebat, walaupun pada masa itu, Bendahara terpaksa menyembahkan sembah derhaka kerana tidak membunuh HANG TUAH setelah dititahkan Sultan tempoh hari. Kembali kepada titah Sultan untuk membunuh HANG TUAH kepada Bendahara. Bendahara telah membawa HANG TUAH ke hutan belantara untuk dibunuh. Apabila Bendahara memohon untuk menikamnya, HANG TUAH dengan setia melutut dan membuka baju. Mungkin katanya "Jalankan perintah Tuanku....bunuhlah hamba...hamba redha..." Apabila mencabut keris dan mengangkat keris untuk menikam HANG TUAH, Bendahara terperanjat setelah melihat "buah dada" HANG TUAH dan mendapatinya seorang wanita. Bendahara tidak tergamak untuk membunuh seorang wanita walaupun itu adalah perintah Sultan. Bendahara juga pendekar macam Hang Jebat. Maka selamatlah HANG TUAH.
HairanBlog - Dengan bukti - bukti ini maka jelaslah bahawa Hang Tuah sebenarnya seorang yang complicated. Damn! Tolong jangan racuni sejarah. The past is the past. Kalau versi yang kita dengar Hang Tuah adalah orang yang setia, alim, pandai bersilat, taat maka jadikan ia sebagai panduan moral kepada kita. Biarlah Hang Tuah kekal sebagai seorang lelaki kerana itu adalah sejarah yang kita banggakan. Korang nak percaya terpulang tetapi bagi kami, teori ini cuma untuk menarik pembaca untuk membaca artikel mereka sahaja. Bagi kami, Hang Tuah adalah M Nasir! Buta sejarahkan kami?
17 Comments
kadang-kadang..ada perkara yg kebenarannya lebih baik tidak diketahui..apa pun m.nasir mmg macam hang tuah!!hoho
ReplyDelete@Cik Sakura betul2, biarlah ia tinggal sejarah..yg penting the present and the future..ewah loghat english plak dah..hehe
ReplyDeleteboo admin boo
Deleteinilah kisah paling merepek penah aku dengar hahaha
ReplyDelete@Unknown ko lagi merepek!
ReplyDeleteM Nasir sebenarnye jelmaan Hang Tuah! Tahyul kan aku?
ReplyDelete@Anonymousko dengan admin sama tahyul
ReplyDelete@Anonymous WOI!
ReplyDeletebyk la hg punya kot, cam sial ja
ReplyDeleteKlu nk tau aku lah hang tuah
ReplyDeletekau pondan!
DeleteArtikal sampah...aku rasa admin nie ada masalah mental kronik..Biol campur bangang
ReplyDeleteko tak rasa yang kau pun sampah ke??
DeleteAzman Ali pondan!
Deletekalo betul hang tuah perempuan cam ne pulak ...aduh makin pusing dibuatnya
ReplyDeleteCitor paling bangang yang ponah den dongar
ReplyDeleteCitor paling bangang yang ponah den dongar
ReplyDelete