• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Semenjak Pokemon GO dilancarkan, dunia mengalami demam pokemon, dimana - mana saja pastinya akan berbual mengenai dunia pokemon.

Yang terbaru, monumen berupa Tugu Granit di bandar Yekaterinburg, Russia dicat menjadi seperti Pokeball. Menurut sumber, ini adalah salah satu bentuk vandalisme dari tangan-tangan mereka yang nakal.

Mungkin ini satu prilaku buruk di mata anda, tetapi tidak bagi pegawai bandaraya Yekaterinburg, dia hanya berkata ' Saya tidak melihat sebarang kesalahan tentang kejadian ini', Nampak? Sporting  habis pegawai bandar Yekaterinburg ini ya.




Biarlah mereka berkarya asalkan tidak merosakkan harta benda - HairanBlog

tags: pokemon go, pokeball, granite ball, demam pokemon, muat turun pokemon go
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apabila nafsu bagaikan syaitannn!


Kami ingin kongsikan satu kisah luahan hati seorang suami yang malang. Dengan perkongisan kisah ini, sama - samalah kita mengambil iktibar dan sentiasa menundukkan nafsu supaya tidak terjerumus ke lembah hina lagi kotor.

Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri, itulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila menyangka anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang bukanlah daripada darah dagingnya.

Apa yang lebih memeritkan anak berkenaan adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan selama empat tahun.

Semuanya terbukti selepas ujian DNA dilakukan yang dilakukan terhadap anak ketiganya itu berusia empat tahun menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya.Memetik laporan Sinar Harian, wartawan SARINAH MAT KASIM telah menemu bual Amirul di Seremban

Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.

Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya 'cakap-cakap orang' dan tidak mempedulikannya.Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.
“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya. Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu," katanya.
Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.
"Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak. Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.

Cerai kali kedua

Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika. Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.

Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.
“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol," katanya.
Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu. Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.

Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.
“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima. Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber'bin'kan nama saya,” katanya.
Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing. - Sinar Harian.

HairanBlog - Damm you lelaki syial yang kacau isteri orang! Damm you isteri yang tak jaga kemaluan!! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Perogol jahanam!


Kami difahamkan melalui artikel SiakapKeli, seorang gadis telah mengejutkan penduduk di kampung Koidupan di sini apabila muncul dengan keadaan lemah dan berdarah di bahagian muka.

Kejadian diceritakan oleh salah seorang penduduk kampung berkenaan di laman Facebook. Menurut individu terbabit, gadis asing itu muncul ketika penduduk sedang bermesyuarat Agung Tahunan PBS di Balairaya Kg Koidupan.

Tambah individu tersebut, gadis itu berkata dia menjadi mangsa ragut dan hampir menjadi mangsa rogol sebelum dicampak ke dalam parit apabila gadis tersebut berpura-pura mati.

Gadis berkenaan di hantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Setakat ini masih belum ada laporan rasmi tentang kejadian. Berikut adalah gambar - gambar sewaktu kejadian.





Sumber - SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
All Hail Doraemonnnn!

Kerana terjejas akibat berlaku kemarau teruk di daerah Nong Muang Khai, penduduk kampung telah mengambil inisiatif mengadakan upacara memanggil hujan menggunakan seekor kucing.

Tetapi apa yang pelikknya, kucing tersebut adalah patung kucing di dalam rancangan kanak-kanak popular Jepun iaitu Doraemon.


Mereka menggunakan watak patung robot itu menggantikan kucing hitam yang selalu digunakan kerana mengelak dituduh menganiaya dan mendera haiwan.

Upacara tersebut dilakukan oleh seorang pemilik ladang jagung di Wan Luang, dia meletakkan patung Doraemon tersebut di dalam sebuah sangkar kayu sebelum diarak mengelilingi kampun untuk meminta hujan turun.

Berdasarkan kepercayaan asal mereka, seekor kucing bewarna hitam sepatutnya digunakan di dalam ritual berkenaan sebagai korban untuk meminta hujan.

Tindakan menukar dengan patung Doraemon adalah kerana bimbang jika menggunakan kucing hidup mereka akan dikecam oleh orang ramai.
“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.
Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.
“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya
HairanBlog - Apasal tak guna saja poket doraemon tu?? Kan senang!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bila sel - sel otak tidak berhubung!


Ketahian apa ini? Terkejut kami melihat video ini di mana menunjukkan dua orang lelaki telah membelasah seorang pak cik tanpa belas kasihan.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Bako Kuching, Sarawak hanya kerana dipercayai pak cik tersebut telah melanggar motosikal salah seorang remaja tersebut.

Sungguh kejam dan kurang ajar tindakan dua remaja tersebut memukul pak cik tersebut kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik.

Kepada pembaca yang mungkin mengenali identiti kedua-dua remaja ini sila buat laporan di balai polis yang berdekatan. Harap pihak polis dapat ambil tindakan sewajarnya terhadap dua remaja tersebut.


#HairanBlog - Aku paling benci orang yang rakam video nie, SUMPAH!!!


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Isk, lain macam ja...

Ratusan peserta membanjiri Central Park, One Utama, bagi acara “I Want to Touch a Dog” yang bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka pada anjing.

Menurut sebuah blog, menerusi maklumat dari Facebook I Want To Touch A Dog, acara ini merupakan satu kejayaan yang besar apabila orang ramai tidak sabar-sabar menghantar gambar mereka, komen dan pengalaman di ketika berada di acara itu.

Ramai yang menyifatkan acara itu sebagai “benar-benar indah” dan amat berterima kasih kepada pihak penganjur.

Antara yang hadir ialah panel speaker Melayu dan seorang sarjana Islam yang berperanan menjawab semua keraguan dan pertanyaan daripada orang ramai.

Acara ini juga menyediakan tutorial menerangkan bagaimana untuk membersihkan diri setelah memegang anjing.




HairanBlog - Umat Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dgn tangan yg kering adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. Bukan pegang dan bela secara sengaja.

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.

Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Allahua'lam
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Ini mesti kaki metal nih...

Zdzislaw Beksinski (1929 - 2005) merupakan seorang pelukis seni dari Poland. Semua hasil lukisan beliau dikatakan adalah ilham selepas beliau mendengar musik. Jadi tertanya - tanya kami, musik apa yang dia dengar sial??












Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Dracula Untold...

Sebelum ini kami ada kongsikan dua artikel mengenai filem Dracula Untold yang memutarbelitkan sejarah dan juga kisah sebenar bagaimana orang Islam menentang Dracula (video),

Baca sini:-

  • TERKEJUT KOT - Filem Dracula Untold Memutar-Belitkan Sejarah Islam?
  • FAKTA KOT - (Video) Kisah Bagaimana Umat Islam Menentang Dracula Sebenar

Jadi kami tertarik dengan watak Vlad lakonan Luke Evans dalam filem Dracula Untold. Namun disebalik watak Vlad ini, terdapat sejarah mengenai Vlad The Impaler yang korang pun tak pernah tahu. Untuk itu kami ceritakan sedikit siapakan Vlad The Impaler.

Vlad The Impaler merupakan gelaran bagi seorang putera raja Wallachia yang juga dikenali sebagai Vlad III. Dia juga pernah menjadi “Voivode” (komander tentera dalam bahasa Slavonic kuno) sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1456 hingga 1462, setelah menang – tewas kepada Turki yang ketika itu menguasai wilayah tersebut. Selama tiga kali Vlad III memegang tampuk pemerintahan, seluruh rakyat Wallacia hidup penuh ketakutan dan penuh kesengsaraan. Dia dikatakan merupakan tunjang utama kepada cerita Pontianak Nosferatu, Count Dracula yang digarap Bram Stoker’s dalam novelnya “Dracula” pada tahun 1897.


Kegilaan Vlad The Impaler

Vlad mula menggila setelah kerajaan Turki menyerangnya berikutan keengganan Vlad membayar ufti tahunan. Dalam beberapa perang itu, Vlad telah membunuh ramai musuhnya dengan kejam iaitu menyiat kulit mereka, menyula mereka dan ada kalanya darah musuhnya diminum. Tekanan dari perang dan dendamnya sendiri, Vlad mula menggila. Bukan setakatmusuhnya sahaja dihukum sedemikian rupa malah rakyatnya turut diseksa. Sesiapa yang dirasakannya bersalah atas apa jua tuduhan sekalipun akan disula dan disiat.

Dalam satu kejadian, seorang pencuri yang ditangkap telah diseksa Vlad II dengan menyiat kulit kaki si pencuri itu, dilumurkan garam pada tapak kakinya kemudian mengambil seekor kambing untuk menjilat garam pada kaki pencuri tersebut.

Menurut sejarah, Vlad III bukan sahaja membunuh golongan bangsawan malah keluarga bangsawan yang dibunuhnya turut dipaksa menjadi buruh sehingga mati. Kegilaan Vlad untuk membunuh memuncak apabila dia mula menghukun sesiapa saja yang melanggar peraturannya dengan menyia, memanggang, membakar atau merebus ”pesalah” tanpa mengira umur, pangkat, lelaki atau perempuan. Malah daging – daging korbannya turut diberi makan kepada keluarga dan sahabat – sahabat mereka dan Vlad III sendiri dikatakan menggemari daging mangsanya.

Dalam beberapa manuskrip dan lukisan lama, di sekitar Jalan ke istananya dipenuhi tiang – tiang yang masih terlekat mangsa penyulaan Vlad.


HairanBlog - Vlad Tepes atau dikenali sebagai Vlad The Impaler dipercayai membunuh hampir 40,000 hingga 100,000 orang sepanjang pemerintahanya. Ganas, kejam dan mimpi ngeri!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
What the hell!!...

Korang pernah main game Cat Mario? Ini adalah versi game mario yang diolah oleh peminat sendiri dimana tahap kesukaran game ini agak tak logik dan mampu membuatkan korang buasir otak. Hahaha jom layan video salah seorang gamers yang stress dengan game ini.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Teh pun ada pantang larang?

WTF KOT - Hanya Anak Dara Yang Cantik Dibolehkan Mengutip Daun Teh? | Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, setelah dipetik dengan bibir , daun teh dari pergunungan yang subur di wilayah Gushi, pucuk teh ini dimasukkan ke dalam mulut. Baru kemudian diletakkan di bakul kecil yang terletak di celah dada mereka yang disebut Chaliuqing.

Proses memetik daun teh ini berdasarkan legenda yang masih dipercayai di China. Legenda menyebut , daun teh harus dipetik pelbagai cara dengan mulut mereka.

Untuk memelihara legenda ini, syarikat teh di China mengupah gadis - gadis cantik dengan bayaran  £ 50 per hari. Gadis - gadis pemetik teh harus memenuhi beberapa kriteria. Selain mempunyai saiz bra minimum C, mereka harus masih perawan dan tidak ada bekas luka di tubuhnya. Kriteria ini diyakini dapat meningkatkan kesegaran dan kesucian teh.


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Dafuq!!!

WTF KOT - Bahasa Alien Yang Bermastautin Di Malaysia? | Oh my bahasa! Rosak! Ini yang dapat kami ulaskan kerana dari starting baca sampai habis, sepatah haram kami tak faham. Malah kami terpaksa makan panadol bagi meredakan kesakitan kepala. This is Too Much!



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Extremeeeee!

WTF KOT - Lokasi Tandas Yang Sangat Extreme? | Menurut apa yang kami baca, tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia. Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut. Dikatakan pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh. Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas yang menakutkan ini dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu. Tandas berbahaya ini sudah digunakan sejak tahun 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Arghh! My Words!

WTF KOT - Wanita Ini Menpuyai Nama Yang Ridiculously Panjang?  | Kami di HairanBlog amat terkejut dengan nama wanita ini yang sangat panjang lebar. Wanita yang mempunyai nama panjang ini akhirnya berjaya memperoleh lesen memandu dan kad pengenalan baru dengan nama tersebut.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nauzubillah!

WTF KOT - Panggung Wayang Filem Lucah "Shama" di Pakistan? | Kami terkejut dengan penemuan ini. Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan. Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka. Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas. Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47. Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Arghh nafsu makan aku membuak!!

WTF KOT - Dinner Porn Yang Semakin Menjadi - Jadi Di Korea Selatan | 'Dinner Porn' adalah satu rakaman yang juga dipanggil 'Mok-Bang' di negara itu dan bermaksud gabungan 'makan malam' dan 'rakaman siaran langsung'. Dalam siaran langsung itu, korang akan lihat seseorang itu makan makanan yang begitu banyak dan mereka ini sanggup berbelanja sehingga RM 6,000 untuk sebulan bagi membeli makanan demi rakaman itu. Antara yang mula-mula menaikkan 'Dinner Porn' ini adalah The Diva. Beliau mampu unutk memakan 30 biji telur dan juga satu kotak besar kaki ketam dalam satu hidangan sahaja. Pada waktu siang, beliau bekerja di pejabat seperti orang lain tetapi pada waktu malam, beliau membuat rakaman siaran langsung 'Dinner Porn'. ianya menjadi trend dan kini ramai orang turut mencuba untuk mengikut langkah The Diva.


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Sedih dan bodoh!

WTF KOT - Wanita Ini Berkahwin Dengan Diri Sendiri? | Wanita Taiwan ini berumur 30 tahun yang bernama Chen Wei-Yih ini telah berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan tidak menjumpai pasangan yang sesuai untuk dirinya. Beliau kemudiannya mengupah wedding planner dan menyewa dewan untuk menyambut majlis perkahwinan itu bersama 30 rakan yang terdekat. Perkahwinan yang berkoskan $5,675 itu menjadi berita hangat di Taiwan. Adakah beliau tiada jodoh, forever alone atau jenis yang sangat memilih??


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Walaupun patung, tapi memang kejam!

WTF KOT - Karya Miniature Yang Mengambarkan Sifat Manusia Yang Kejam? | Karya miniature dibawah merupakan gambaran sebenar kekejaman manusia sesama sendiri. Kami tidak tahu dari mana karya ini dicipta namun mesej patung ini jelas menunjukkan manusia lebih kejam dari binatang.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ini baru rare!

WTF KOT - Perkahwinan Bertemakan Filem Shrek | Di kala setiap pasangan pengantin memilih tema yang mewah dan exclusive bagi meraikan hari istimewa mereka, namun bagi pasangan Nathan (Shrek) dan Amanda Gibbs (Princess Fiona) di Kingswinford, West Midlands memilih filem Shrek sebagai tema perkahwinan mereka. Pasangan ini  juga menyarankan para jemputan untuk memakai pakaian yang bertemakan Fairy Tale. Hmmm..asalkan bahagia.


Share
Tweet
Pin
Share
5 Comments
What the...

WTF KOT - Baju Untuk Wanita Bagi Mengelak Diraba Dalam LRT? | Kami tidak tahu dari mana manufacture produk ini tetapi rasanya di China, aktiviti rabaan mungkin menjadi semakin tidak terkawal. Oleh yang demikian, baju ini direka khas untuk keselamatan para wanita. Nampak ridiculous?


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Because using sudip is toooo mainstream!

WTF KOT - Chef Restorant Goreng Lauk Dalam Minyak Panas Guna Tangan? | Apa yang membuatkan restoran ini menarik dan istimewa sehinggiakan ramai orang datang bertandang? Chef Prem Singh dari Restorant Ganesh tidak menggunakan ilmu pelaris seperti masyarakat Meleis yang tidak lekang dari menggunakan ilmu sihir pelaris bagi menarik pelanggan mereka. Keistimewaan restorant ini adalah, Chef Prem ini menggunakan tangannya untuk menggoreng lauk di dalam kuali berisi minyak panas dengan ketinggian suhu lebih 200 darjah celcius. Gila! tetapi bagi beliau, itu adalah anugerah kerana sedikit pun beliau tidak merasa kepanasan dek minyak panas tersebut. Selama 25 tahun beliau menggunakan method ini sebagai pelaris restorannya.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!