GOSSIP KOT - Farid Kamil Halang Ibu Mertua Jumpa Cucu? (3 Gambar)


Maaf kerana tidak update untuk beberapa hari.

GOSSIP KOT - Farid Kamil Halang Ibu Mertua Jumpa Cucu? | Umum mengetahui hubungan antara Farid Kamil dan ibu mertuanya memang berada di fasa yang sangat tidak baik. Kami terkejut apabila membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Farid Kamil menerusi BeautifulNara dan Mstar Online. Adakah babak darama melayu tipikal bakal bermula?

Diminta mengulas hubungan dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramil, Farid Kamil berkata:-

Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu. Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati




Kami dapat simpulkan bahawa memang benarlah perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle tidak direstui oleh ibu mertuanya. Malah menurut Farid Kamil, Diana Danielle turut merasa kecewa dengan sikap ibunya itu. Kata Farid lagi:-

Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin

Untuk makluman, buat masa ini anak sulung Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi belum diberikan nama. Kata Farid:-
Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana.

Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap “mother blues” iaitu terlalu melindungi anaknya.Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya.

HairanBlog - Walau bagaimanapun sikap ibu bapa kita, syurga tetap dibawah tepalak kaki mereka. Janganlah dipisahkan hubugan ibu dan anak. Kami berharap kisah mereka ini berakhir dengan kebaikan. Bawalah cucu berjumpa nenek, kadang - kadang aura baby ni boleh lembutkan hati.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara

You May Also Like

4 Comments

  1. ulasan terakhir HairanBlog mmng bagus.. Respect admin

    ReplyDelete
  2. dah dapat anak, maknya dilupakan! cit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, dier ingat jd suami leh control sumenye ke??

      Delete
  3. Bajet!Sampai nak amek gambar anak pn xboleh,konon2 eksklusif,nak tiru ala2 barat la tu konon,dia piker dia siapa???Poddaaa...

    ReplyDelete