GOSSIP KOT - Dayana Pernah Masuk Hospital Gara - Gara Tertekan Dengan Ashraf (2 Gambar)
Kesiannya!
GOSSIP KOT - Dayana Pernah Masuk Hospital Gara - Gara Tertekan Dengan Ashraf | Kami di HairanBlog cuba mengikuti perkembangan isu Ashraf Muslim dan isteri pertamanya, Noor Dayana. Namun, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan sebarang kenyataan Noor Dayana berhubung perkahwinan mengejut suaminya tidak berjaya apabila isteri pertama Ashraf Muslim itu mengambil tindakan berdiam diri.
Bagaimanapun, bapa Dayana iaitu Haji Lokman Abdul Hamid, 54, telah berjaya ditemubual untuk mendapatkan serba sedikit cerita tentang reaksi terbaru Dayana setelah mengetahui suaminya berkahwin buat kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand.
"Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar."
"Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu."
"Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad). Ana memang seorang yang berahsia. Tidak pernah sesekali membuka cerita perkahwinannya atau memburukkan suaminya di hadapan kami sehinggalah kejadian pada 9 Julai lalu sebaik sahaja kepulangan Ashraf dari Thailand."
"Berkahwin senyap-senyap di Bangkok adalah satu tindakan yang sangat keterlaluan dan mencalarkan maruah kami sekeluarga. Ashraf seperti memperbodoh- bodohkan kami. Dia telah mengecewakan hati banyak pihak. Pada mulanya saya enggan membuka pekung di dada. Tapi apabila keadaan bertambah teruk, saya tak punya pilihan bersuara."HairanBlog - Kami disini mendoakan yang terbaik untuk Noor Dayana dan keluarga. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Sumber: KoleksiCeritaBest melalui CeritaKosongKu dan BeautifulNara
3 Comments
memang hairan dengan sikap ashraf tu,. kalau mama lah.. angkat kaki jer lah. biarlah dia bahagia dengan pilihan dia, kita redha jer.. dari sakit memikirkan lelaki sebegitu.. hihi
ReplyDeletewah mama kire jiwa kental la..hehe..cara Ashraf mcm keterlaluan la kan..
DeleteXpe Dayana,ABANG ada,ekekekekeke....
ReplyDelete<----------