GOSSIP KOT - Sazzy Falak Sokong Tindakan Alvin & Vivian? (3 Gambar)


Ini bahaya!

GOSSIP KOT - Sazzy Falak Sokong Tindakan Alvin & Vivian? | Sebelum ini kita dikejutkan mengenai pasangan Alvin & Vivian yang menyiarkan gambar berbuka yang mengundang kontroversi sehingga mengheret mereka ke mahkamah. Kini timbul pula isu artis seolah - olah menyokong tindakan Alvin dan Vivian.

Semalam, Sazzy Falak dilihat telah berkongsi satu artikel menerusi laman Facebooknya yang seolah-olah menyatakan sokongannya terhadap tindakan Alvin dan Vivian ini. Kami hairan dengan tindakan beliau. Takkanlah orang secerdik Sazzy tidak mampu berfikir betapa negatifnya perbuatan Alvin dan Vivian ini.




Susulan itu, ratusan komen telah diluahkan oleh peminat-peminat Sazzy Falak yang melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap pelakon ini. Ramai yang tidak sangka Sazzy begitu tidak sensitif mengenai agamanya sendiri.


Namun sebentar tadi, Sazzy Falak menafikan yang perkongsian status Facebook tersebut dilakukan oleh dirinya. Kata Sazzy kepada Utusan Malaysia:-
Bukan saya yang kongsi artikel tersebut di laman Facebook saya. Tetapi saya mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut, bagaimanapun saya pasti tujuannya bukan untuk menjatuhkan saya.
Apa yang saya boleh kata, sebagai rakyat di negara berbilang kaum pasangan kontroversi ini juga seharusnya lebih sensitif dengan perkara berkaitan agama dan budaya.

Saya harus membaca kembali apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka berdua, bagaimanapun melihat respons orang ramai, pastinya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Saya pasti mereka seharusnya lebih sensitif mengenai hal ini. Dan saya tidak rasa ia bukan sesuatu perkara yang lucu, memandangkan perkara ini berkaitan agama dan budaya
HairanBlog - Kebiasaannya laman Facebook artis - artis ini dikelola oleh orang lain. Jadi kami harap para artis menyemak semula laman Facebook masing - masing agar apa yang dikongsikan di laman sosial tidak menjadi medan pertelingkahan dan lantas memburukkan nama artis - artis kita.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara

You May Also Like

0 Comments