GOSSIP KOT - Kenapa Abby Abadi Tergesa - Gesa Kahwin di Thailand?


Mohon pencerahan!

GOSSIP KOT - Kenapa Abby Abadi Tergesa - Gesa Kahwin di Thailand? | Susulan pernikahan mengejut Abby Abadi dan Noor Farhan di Selatan, Thailand dua minggu lalu, kami di HairanBlog mula tertanya-tanya tentang punca sebenar ianya dilakukan secara tergesa-gesa.

Lebih menarik, apabila kami terbaca terdapat segelintir individu tertentu yang mendakwa pelakon dan penyanyi popular itu cuba mengambil jalan mudah untuk bernikah tanpa melalui urusan Mahkamah.


Namun, Abby Abadi segera tampil memberi penjelasan panjang lebar menerusi Harian Metro yang diterbitkan hari ini. Menurut Abby :-
"Ya saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit."
"Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan."
"Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa."


HairanBlog - Kami berharap dengan penjelasan ini, bentuk tohmahan yang buruk dan tidak berasas tidak dilemparkan kepada Abby. Doakan saja kebahagian untuk Abby dan suaminya yang dijangka akan melangsungkan majlis persandingan pada 31 Ogos ini di sebelah pihak perempuan dan seminggu kemudian pula di sebelah pihak lelaki.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui CeritaKosongKu

You May Also Like

4 Comments

  1. SHE IS BETTER THAN THOSE YANG NAK KAHWIN DUA TAPI NIKAH KAT THAILAND....

    ReplyDelete
  2. @Anonymous pergh speaking tuuu...

    ReplyDelete
  3. Abby oh Abby,haihhh... =,="

    ReplyDelete