SERAM KOT - Kisah Hantu Tandas Yang Popular Di Jepun (4 Gambar)


Harap korang dapat berak dengan tenang lepas baca artikel ini.

Kecil - kecil dulu setiap daripada kita pasti pernah merasakan perasaan ini; takut untuk ke tandas. Mesti anda tak nak mengaku kan! Lagi menyeramkan kalau tandas rumah anda jenis yang berada di luar rumah atau waktu mula - mula kenal tandas asrama.

Hal sebegini adalah normal pada setiap budak - budak mahupun mereka yang masih lagi ketakutan walhal sudah layak menimang cucu! Bermacam cerita dan rupa entiti yang kita bayangkan semasa di tandas, di belakang atau bawah pintu tandas, di depan cermin, di sinki, atau di dalam mangkuk tandas!


Di Jepun contohnya, mereka mempunyai kisah dan urban legend yang tersendiri mengenai hantu dalam tandas. Kalau bertanya kepada budak - budak Jepun, pastinya mereka sangat kenal dengan nama dua jenis hantu tandas yang popular ini.

AKA MANTO

Ako Manto adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai sejenis semangat jahat yang gemar menghantui tandas awam dan tandas sekolah. Hantu Ako Manto ini akan datang kepada anda dan meminta anda memilih kertas merah atau kertas biru. Semasa seseorang sedang duduk dalam tandas (biasanya bilik air yang paling akhir sekali), akan datang satu suara yang meminta untuk membuat pilihan antara kertas merah atau biru. Kalau anda menjawap kertas merah, maka dengan serta merta anda akan dihiris sehingga baju yang dipakai bertukar menjadi merah darah! Manakala jika anda memilih kertas biru, semangat tadi akan terus mencekik anda sehingga wajah anda bertukar menjadi biru. Kedua - dua pilihan adalah maut! Jadi semasa membuat pilihan, pilihlah yang terbaik untuk anda. Jika diminta kertas merah atau kertas biru, maka pilihlah 'atau' untuk jalan selamat (Admin memandai tambah). Tetapi jika anda salah membuat pilihan, semangat jahat tersebut akan mengheret anda ke dunia yang lain.Ada pula versi lain dimana, hantu Ako Manto ini meminta anda untuk memilih sama ada mantel merah atau mantel biru. Jika anda memilih mantel merah, bahagian belakang badan anda akan dikoyak sehingga menyerupai mantel merah. Manakala jika anda memilih mantel biru, darah anda akan dihisap sehingga kering pucat!

Ada juga kisah dimana seseorang cuba mengejek semangat jahat tersebut dengan meminta kertas kuning, akibatnya kepalanya akan ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas yang sedang digunakan. Kehkehkeh!

HANAKO-SAN

Seperti AKO Manto, Hanako-san juga adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai roh yang mendiami tandas sekolah. Cuma bezanya, ia menyerupai bentuk fizikal seorang kanak - kanak perempuan dan akan muncul jika namanya dipanggil. Jika anda pergi ke bilik air yang paling akhir dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil bertanya, "Hanako-san, awak ada di dalamkah?", satu suara akan menjawap "Saya disini!". Dan jika anda masuk, anda akan segera mendapati seorang kanak - kanak perempuan dengan skirt merah, sedang menunggu anda. Hanako-san sangat popular secara meluas dan kerap kali dimainkan oleh budak - budak sekolah untuk menakut - nakutkan pelajar baru, menyamai legenda Bloody Mary di sekolah - sekolah barat.



Hanako-san dilaporkan dalam pelbagai variasi rupa dan tindak tanduk, bergantung kepada kawasan dan sekolah yang dihuninya. Penampilannya juga boleh jadi berbeza, namun biasanya adalah budak perempuan dengan rambut yang pendek dan mengenakan skirt merah. Tingkah lakunya juga boleh jad nakal, dengki hati ataupun mesra.

HairanBlog - Tandas adalah tempat yang dikategorikan sebagai tempat yang kotor. Jadi kalau kotor, secara automatiknya makhluk - makhluk Jin dan Syaitan ini suka bertandang. Jadi semasa di dalam tandas, tak payah la buat kerja tak senonoh. Flush elok - elok dan jaga kebersihan. Kalau berdegil jugak, kami nak bagitahu korang yang......



You May Also Like

3 Comments