GOSSIP KOT - Shah Jaszle Ugut Kahwin Lari Dengan Puteri?


Bawak - bawak bersabar.

Nampaknya, kami rasa isu perbalahan antara Shah Jaszle dan keluarga Puteri Redzwani semakin rumit sejak pertunangan mereka putus 10 Jun lalu. Namun, apa yang kami suka adalah hubungan cinta Shah Jaszle dan Puteri masih lagi kuat dan tidak pernah pudar walaupun tanpa restu keluarga.


Menurut Shah Jaszle, beliau masih tetap mencintai Puteri dan mereka masih lagi bercinta. Jadi, jika keluarga Puteri terus menghalang perhubungan mereka berdua, pelakon Jaszle dan Puteri bertekad untuk kahwin lari kerana percaya itulah ketentuan jodoh untuk mereka.


“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi. Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan.” 
Shah Jaszle juga mengakui, sejak insiden dia ditangkap khalwat enam minggu lepas, Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan, tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.

Sementara itu, keluarga Puteri pula terang-terang menolak Shah Jaszle untuk dijadikan menantu bagi keluarga mereka sehinggakan tidak larat untuk menasihati Puteri dan memberitahu akan mengurung Puteri sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil untuk berjumpa dengan Shah Jaszle.

HairanBlog - Kami berharap agar niat mereka untuk kahwin lari tidak menjadi kenyataan kerana restu ibu bapa dan keluarga adalah amat penting.

Baca Kisah Mereka Sebelum ini (I): 

Baca Kisah Mereka Sebelum ini (II): 

Baca Kisah Mereka Sebelum ini (III): 

Sumber: HairanBlog melalui Cerita Kosong Ku

You May Also Like

0 Comments