• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Buasir Otak
  • Aksiz
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Bapak seram siot!



Satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupanya?

Mungkin bagi yang pernah terlihat sekali dua, sukar untuk menjelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan makhluk itu.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang seringkali melihat makhluk-makhluk ini?

Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melakar rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.

Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut.

Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.

@amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen "Antara hantu mel selalu nampak"

Dia kemudiannya menceritakan mengenai lakaran satu makhluk berkepala botak dengan berkata : "Yang mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia."


Kemudian @amalinaahmd menyambung dengan menceritakan tentang satu makhluk yang menyerupai seorang kanak-kanak lelaki. Menurut @amalinaahmd, kanak-kanak itu selalu mengikutinya ketika dia mengambil peperiksaan akhir.

"Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. ".

"Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah  rindu lah tu", tulisnya.

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.

"This is cempaka look a like. "

"Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampak lah. Pakaian serba kuning"

Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

"Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where.

"Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai

"Besok tu demam", tulis @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

HairanBlog - Elehhhhh!! Kami jumpa hantu lagi seram..sangat seram sampai tak tercapai dek akal..Hantu ape? Hantu yang bertopengkan manusia!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Seeeeeramm mehhhh...


Muzium Okultus Warren ialah muzium barangan angker milik Ed dan Lorraine Warren. Dua orang pemburu hantu dan pengkaji paranormal ini ada dipaparkan di dalam filem The Conjuring.

Muzium ini merupakan koleksi barangan yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang disimpan oleh pasangan Warren sejak memulakan kareer mereka pada tahun 1952. Antara yang dipamerkan ialah patung Annabelle yang dikatakan sangat angker ia terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri.

Menurut cerita seorang lelaki mati ditikam oleh Annabelle yang dihuni makhluk halus. Barangan lain yang dipamerkan ialah keranda pontianak, papan Ouija dan barangan pemujaan setan. Muzium ini terletak diMonroe Connecticut Amerika Syarikat.


HairanBlog - Korang dah tengok ke filem Annabelle? Katanya bapak seram! Layan trailer dulu sepam


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Maaf, Karak tidak tersenarai ye.

SERAM KOT - 9 Jalan Yang Dikatakan Paling Berhantu Di Dunia? | Apabila bercakap mengenai jalan raya, semestinya yang paling sinonim adalah kemalangan dan berhantu. Bak kata orang, dimana ada jalan, disitu ada mayat. Ada ke pepatah tu? Anyway, kami ingin berkongsi mengenai jalan - jalan yang dikatakan paling angker dan berhantu di dunia. Motifnya, supaya lepas nih, korang bawa kereta dan moto tak tengok smartphone!

Tuen Mun Road – Hong Kong


Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.


Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Bedtime stories!

SERAM KOT - Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya | Kami difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Giler ar seram!

SERAM KOT - Lima Bangunan Di Malaysia Yang Menyeramkan | Di Malaysia, banyak rumah - rumah dan bangunan lama diklasifikasikan menyeramkan dan berpenunggu. Dan dengan itu, kami di HairanBlog cuba menyenaraikan lima bangunan yang paling menyeramkan di Malaysia.

1. Apartment Riviera II, Cheras


Sekitar akhir tahun 1990-an, apartment ini menempatkan pelajar-pelajar asrama beberapa buah universiti dan juga orang ramai, termasuk warga asing.

Ketika para pelajar baru ditempatkan, tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini. Kegiatan pelajar berjalan rancak meliputi aktiviti keagamaan, pembelajaran dan kecergasan. Bangunan diselenggarakan dengan baik, malah ramai pelajar sering menggunakan kolam renang di bahagian tengah apartment untuk mandi-manda.

Tahun demi tahun, keadaan mula berubah. Bangunan apartment yang dulunya ceria, menjadi semakin suram. Khabar angin bertiup kencang, bahawa bangunan ini menjadi tempat para pelajar berduaan dan melakukan aktiviti maksiat. Sejak semua ini berlaku, semakin banyak kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut.

Menaiki atau menuruni bangunan menggunakan lif menjadi sesuatu yang menakutkan, terutamanya di waktu malam. Kadangkala butang menyala sendiri lantas lif berhenti di tingkat-tingkat tak berpenghuni. Kadangkala muncul pula entiti yang tidak diingini sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat-tingkat yang tidak ditekan oleh pelajar. Menaiki tangga pula bakal terserempak dengan entiti lain. Kebanyakan hanya berharap nasib mereka baik tidak bertemu dengan entiti setiap kali menggunakan lif.

Dikhabarkan, banyak kejadian mistik berlaku di apartment ini, sehingga jumlah penghuni kian berkurangan. Selenggaraan bangunan semakin diabaikan, air dalam kolam renang menjadi semakin keruh dan perabot semakin rosak. Kejadian histeria dan rasukan berlaku dengan kerap, sehinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajar perempuan dikatakan terjun dari tingkat lima kerana mendengar suara aneh yang memintanya berbuat demikian. Kecederaan pelajar tersebut agak serius, sehingga memaksa pihak pengurusan mengosongkan bangunan tersebut kira-kira enam tahun lalu.

Kini bangunan Apartment Riviera II, Taman Kencana, Cheras hanya tinggal bangunan, tiada siapa pun berani menghuninya. Ia semakin suram dan menyeramkan walaupun dilihat dari jauh pada waktu siang. Hanya kumpulan penyiasat paranormal tempatan yang melawat sekali-sekala menceritakan pengalaman seram mereka sewaktu di sana.

2. Rumah Deposit RM 50 Seksyen 2, Shah Alam


Rumah sewa ini sering diperkatakan, terutamanya sewaktu penulis masih belajar di sebuah universiti di Shah Alam. Ramai yang menganggap ia sekadar legenda urban, dan ada yang mengatakan rumah tersebut memang wujud. Khabarnya, penyewa yang menyewa di rumah tersebut akan diganggu dan biasanya akan berpindah keluar selepas hanya sehari atau dua hari.

Walaupun terdapat pelbagai cerita mengenai rumah tersebut, masih ramai yang cuba hendak menyewa. Mungkin kerana depositnya hanya RM 50? Tuan rumah dikatakan sering menolak sekiranya ada yang hendak menyewa, tetapi kebanyakannya tetap berkeras mahu mencuba. Biasanya jumlah penyewa yang ramai menyebabkan ada yang berani menanggung risiko. Kalau ramai, apa yang hendak ditakutkan bukan?

Namun begitu, percubaan mereka berakhir mengecewakan. Pernah satu kumpulan tabligh cuba menyewa rumah tersebut. Pada hari pertama, di waktu maghrib, mereka duduk berkeliling dan berdoa, secara tiba-tiba satu kepala manusia jatuh di tengah-tengah mereka. Kesemua anggota tabligh terus lari keluar dari rumah tersebut dan tidak pulang lagi.

Cerita yang paling terkenal tentang rumah ini ialah cerita salah seorang penyewa yang pada masa itu berjumlah sepuluh orang. Dua orang dari mereka telah meratakan sedikit busut yang betul-betul berada di belakang pintu dapur. Akibatnya, mereka mula diganggu. Ada antara mereka yang kaki direntap sewaktu sedang tidur sehingga jatuh katil.

Ada pula yang terjumpa batu nesan di atas katil, serta diganggu suara perempuan ketawa mengilai.

Kisah penyewa ini berakhir malang apabila diganggu sehingga dua orang yang meratakan busut telah meninggal dunia, seorang akibat kemalangan semasa lari keluar dari rumah tersebut, dan seorang lagi jatuh sakit selepas itu.

Apa sejarah rumah ini? Khabarnya ia ialah rumah seorang pengamal sihir. Satu ketika dahulu, keluarga pengamal sihir ini dijumpai mati dibunuh di rumah tersebut.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar rumah tersebut, yang dikatakan berdekatan dengan sebuah taman tema air yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Misteri kubur macam nih!

SERAM KOT - Kubur Vampire Dijumpai Di Poland? | Baru - baru ini, ahli arkeologi telah menemui sebuah tanah perkuburan yang dikatakan merupakan tapak perkuburan pontianak a.k.a vampire di Poland. Pasukan arkeologi itu mendapati kubur tersebut mengandungi empat rangka dengan kepala masing - masing diletakkan diantara kaki mereka. Ini bukti berdasarkan amalan biasa di zaman pertengahan kerana ia telah dianggap sebagai satu - satunya cara untuk mematikan mahkluk yang bernama vampire ini.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!