GOSSIP KOT - Shila Amzah Komen Mengenai Baju Sendat Beliau? (4 Gambar)


Sejak bila HairanBlog ni bergossip plak dah??

Baru-baru ini timbul isu mengenai Shila Amzah yang telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiap-siap untuk ke gimnasium. Perkongsian tersebut telah menimbulkan kontroversi kerana gambar tersebut jelas menunjukkan bahagian badannya disaluti dengan baju ketat.



Menjelaskan kepada Mstar Online, Shila Amzah memberitahu yang dia tidak menyedari gambar tersebut begitu sensitif sehingga menjadi bualan ramai. Berikut adalah komen Shila:

Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.
Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif.
Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain.



Bagi kami, kalau nak berkongsi gambar di laman sosial, pastikan gambar tersebut tidaklah menyakitkan mata memandang atau membakar nafsu seseorang. Kami suka dengan penampilan Shila sekarang dan kami yakin Shila pasti akan lebih berhati - hati selepas ini. Kan Shila? Hehehe

Sumber: BeautifulNara

You May Also Like

0 Comments