COOL KOT - Taman Menjadi Tasik Ketika Musim Panas? (13 Gambar)


Wow, cantiknya pemandangan!

"Green Lake", adalah sebuah tasik di Styria, Austria, berhampiran bandar Tragoss, yang terletak di kaki gunung Hochschwab. Semasa musim sejuk, tasik hanya berkedalaman 1-2 meter dan kawasan sekitarnya digunakan sebagai taman daerah. Ia adalah sebuah taman untuk kegunaan pejalan kaki.

Namun apabila suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada gunung mula cair dan mengalir ke bawah lembangan. Air tasik mula meninggi sehingga menenggelam seluruh kawasan termasuk taman. Semasa musim panas, tasik mencapai kedalaman maksimum sekitar 12 meter.

Suhu tasik agak sejuk pada 4-8 ° C, tetapi ia menajdi popular di kalangan penyelam kerana mereka dapat melihat padang rumput hijau dalam zon pinggir tasik terutamanya pada bulan. Rumput alpine dan bunga padang rumput kelihatan berkembang penuh di bawah air.  Bahkan para penyelam boleh melihat bangku, jambatan dan denai berjalan.

Bermula Julai, air tasik mula menurun dan pada musim sejuk, tasik kembali ke saiz asal dan taman akan menjadi seperti sedia kala dan sesuai untuk pejalan kaki.







Sumber: Taman Tasik

You May Also Like

0 Comments