GOSSIP KOT - Qi RAzali dan Neylia Rose Pergi Kursus Kahwin? (3 Gambar)
Eh, la yeke..betul ke?
Gara-gara sekeping gambar lengkap bersongkok bersama pelakon Nelydia Senrose yang juga manis berbaju kurung dan bertudung yang dimuatnaik di dalam laman sosial Instagram, telah menimbulkan spekulasi peminat bahawa pasangan ini sedang mengikuti kursus pra perkahwinan.
Namun Nelydia, 19, menafikan gosip yang mengatakan mereka menghadiri kursus pra perkahwinan itu dan menjelaskan bahawa gambar tersebut hanyalah sempena program Akustika Ramadhan Raya TV3. Oleh kerana program itu disiarkan dalam bulan Ramadhan, mereka harus berpakaian sopan. (Oh, baru nak pakai sopan ye?)
Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin. Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan.” jelas Nelydia Senrose.
Tambahnya lagi tanpa berselindung, mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing seterusnya menyerahkan segala-galanya pada ketentuan Tuhan. Nely juga turut berkongsi rahsia bahawa Qi adalah seorang yang matang dan cukup tenang serta tidak mudah melatah ketika menghadapi dugaan.
Biarlah saya katakan Qi ialah lelaki paling rapat dengan saya ketika ini. Lebih manis begitu kerana jodoh, ajal dan maut tetap ketentuan-Nya. Namun sebagai teman terdekat, saya lihat banyak aura positif yang dia bawakan dalam hidup saya. Sikap dan penerimaannya terhadap sesuatu perkara membuatkan saya juga menjadi lebih bersabar. Maklumlah, pada usia yang masih dalam kelompok darah muda, ada kala maklum balas atau sikap saya agak kurang sabar terutama berdepan provokasi. Dia berfikiran jauh dan cukup matang. Kalau tak berkawan lagi pun dengan dia selepas ini, sikap dia yang sangat ke hadapan serta positif adalah sesuatu yang baik untuk dikenang,” luahnya penuh bermakna.
Apa - apa pun kalau dah suka sama suka lebih baik satukan saja dengan ikatan yang sah.
Sumber: HairanBlog melalui Oh!Artis
2 Comments
secooookkkkkcoook... cumel je bekas awek aku. hahahaha
ReplyDelete@Carlos Santiago, ko cik ta pun nak..jeles aku haha
ReplyDelete