GOSSIP KOT - Ibu Shahrizal Jaszle Nafi Anaknya Putus Tunang? (3 Gambar)
Agak berbelit cerita mereka, lagi berbelit dari cerita Inception karya Christopher Nolan!
Sebelum ini, media ada menyiarkan gossip bahawa Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri sudah putus tunang dan disokong pula dakwaan keluarga perempuan telah memulangkan dua bentuk cincin kepada keluarga lelaki. Namun dakwaan itu telah dinafikan sendiri oleh ibu kepada Shahrizal Jaszle sendiri.
Menurut ibu kepada Shah Jaszle, Zaleha, 68, pertunangan anaknya dengan Redzwani Puteri masih belum putus. Zaleha menyatakan kepada media:
Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.
Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.
Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai. – laporan mStar Online
Sejurus selepas itu, ibu Shah Jaszle turut berharap agar tiada lagi pihak ketiga yang ingin tampil membuat sebarang kenyataan untuk merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Kami sokong tu!
Hubungan diantara Shah Jaszle dan Puteri nampaknya semakin baik menerusi akaun twitter mereka
Dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati semalam, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat, di mana aktor terbabit telah memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Farah.
Sumber: OhBulan!
2 Comments
nak popular punya pasal.
ReplyDeleteragam artis nih mcm2..
ReplyDelete