GOSSIP KOT - Shah Jaszle Kantoi Berhutang RM5,000 Dengan Neelofa? (3 Gambar)


Pulak dahhh!

Selepas insiden ditangkap khalwat bersama seorang wanita di Apartment Taman Sri Subang, putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail dan menyerang Farah di tempat kerja, terkini Kami diberitahu bahawa Shah Jaszle berdepan lagi satu masalah utama apabila pelakon cantik Neelofa tampil menuntut hutangnya yang berjumlah RM5,000 dibayar secepat mungkin.

Neelofa telah membuat tuntutan tersebut menerusi SMS ringkas sejurus selepas Shah Jaszle menyerang dan memarahi Farah di sebuah restoran berdekatan bank, di Bangsar Utama minggu lepas. Pertemuan itu turut dihadiri oleh pihak media dan ibu Shah Jaszle sendiri.


Apa yang kami tahu di blog murai.com, Shah Jaszle telah menyalahgunakan SMS Neelofa itu dengan memberitahu kepada pihak media bahawa bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tetapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor telefon bimbit Neelofa.

Bagaimanapun, tindakan terburu-buru Shahz Jaszle itu memakan dirinya sendiri apabila salah seorang saksi yang turut berada di sana telah menerima SMS yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar SMS itu kepada Shahz Jaszle bukan untuk mencarinya tetapi untuk menuntut wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya suatu ketika dulu.


Kami di Hairan Blog mengharapkan Shah Jaszle lebih jujur dan berterus terang dengan kenyataan beliau agar tiada lagi wanita lain yang tampil memberi kenyataan mengenai Shah Jaszle.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui Cerita Kosong Ku

You May Also Like

0 Comments