Waze Beta Perkenalkan Fungsi Peringatan Jika Tertinggal Anak Dalam Kereta


Saban tahun kita akan mendengar berita tragis mengenai anak kecil meninggal dunia sesak nafas kerana tertinggal di dalam kenderaan yang dipandu. Terdapat beberapa sistem dicipta bagi memastikan kejadian tragis seperti ini tidak berlaku. Namun, alat yang dibangunkan seperti ini perlu dibeli dan kos yang agak tinggi.


Baru - baru ini Waze Beta telah memperkenalkan sistem peringatan yang mesra pengguna. Menerusi fungsi ini anda boleh meletakkan peringatan sebelum memulakan pemanduan. Setibanya di lokasi, sebuah mesej khas akan terpapar pada skrin bagi mengingatkan anda supaya tidak terlupa anak yang dibawa. Sistem ini masih di dalam fasa ujian. Kami berharap ia akan dapat diaktifkan pada Waze secepat mungkin bagi mengurangkan kebarangkalian terlupa sehingga membawa maut - HairanBlog

Sumber - Amanz

tags: waze beta, child reminder, alat navigasi, waze,

You May Also Like

0 Comments