Fiza Halim Digelar Setan Bertudung Dituduh Rampas Suami Orang
Kami difahamkan sejak Fiza Halim mengumumkan bahawa beliau mempunyai kekasih baru, pelakon ini tidak henti dihimpit pelbagai kontroversi. Malah, beliau didakwa sebagai punca rumah tangga kekasihnya itu berantakan.
Terbaru, beberapa wanita telah bertindak “menyerang” akaun Instagram Fiza dan menghina beliau dengan pelbagai kata-kata kesat. Boleh kata agak teruk juga Fiza dihina oleh wanita-wanita berkenaan yang menuduh beliau sebagai perampas suami orang dan “setan bertudung”.
Fiza juga nampaknya ada memuat naik foto senarai penghinaan yang ditujukan kepada dirinya.
Berikut antara cacian yang diterima oleh Fiza :-
Berbekalkan segala “screenshot” kecaman yang beliau terima, Fiza telah mengambil tindakan selanjutnya dengan membuat laporan polis terhadap mereka.
Kalau dilihat, wanita –wanita itu sebenarnya adalah bekas pramugari.
Mungkin Fiza Halim perlu tampil kedepan dan memberi penjelasan yang sewajarnya supaya segala kontroversi yang melanda beliau sedikit reda. Kami doakan yang terbaik untuk beliau - HairanBlog
tags: fiza halim, gosip fiza halim, gambar fiza halim, fiza halim dihina, istagram fiza halim, gosip artis malaysia, setan bertudung, rampas suami
4 Comments
Ragam dunia hiburan, macam2 manusia ada kan
ReplyDeletesekarang dunia akhir zaman kak..
DeleteAlahai.. block & delete je la.. kesian polis nak kena ambil report kes2 macam ni. Ni cuma kes peribadi je ni.. hehehe
ReplyDeleteitulah..kalau bleh setel sendiri, setelkn la kn..senang citer..
Delete