7 Cara Mudah Kuatkan Daya Ingatan




Waktu muda ialah waktu di mana daya ingatan kita sangat kuat dan otak kita mudah menerima informasi. Namun, fungsinya menurun mengikut peningkatan usia kita. Ia adalah perkara semulajadi yang akan berlaku kepada semua manusia.

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara mudah dan aktiviti yang membantu anda untuk meningkatkan dan menjaga daya ingatan serta fungsi otak agar memori yang ada pada anda tidak mudah di lupakan.

1. Kekalkan fizikal yang aktif


Bersukanlah dan jangan sesekali tinggalkan aktiviti fizikal ini. Lakukanlah apa sahaja yang anda minati dan mudah bagi anda seperti berlari, berjalan, bermain bola dan sebagainya. Ini kerana fizikal yang sihat menjamin akal dan otak yang sihat, bak kata pepatah arab,

“Akal yang sejahtera datang daripada tubuh yang sejahtera”
2. Kekalkan Mental yang aktif dan positif


Penyelidik di Stanford University, Amerika Syarikat, mendapati bahawa masalah lemah daya ingatan boleh menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti latihan mental seperti teka-teki silang kata, bermain catur, membaca akhbar atau buku, belajar bahasa, dan menggunakan laluan alternatif ketika memandu.

3. Pemakanan yang seimbang



Diet yang seimbang sihat iaitu kaya dengan nutrien otak seperti Omega 3, vitamin B Complex, dan antioksidan boleh membantu menjaga otak anda dan mengekalkannya dalam keadaan optimum. Kesemua nutrisi ini anda boleh dapatkan dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.

4. Menghidu bau rumput


Pernah tak anda berbaring dekat padang yang luas sambil menghidu bau rumput? Tenangkan? Ini kerana hasil penyelidikan neuro di Universiti Queensland, Brisbane, mendapati bahawa bau daripada rumput yang segar akan merangsang  dua bahagian otak iaitu amygdala (yang berkaitan dengan emosi) dan hippocampus (yang berkaitan dengan ingatan).

Hasilnya, jiwa anda akan teras tenang dan daya ingatan anda juga akan meningkat

5. Mengunyah gula-gula getah


Macam pelik jer kunyah gula-gula boleh kuatkan ingatan? Tak pelik pun. Dua kajian yang dilaporkan dalam jurnal Appetite pada tahun 2002 dan 2004 menunjukkan bahawa bahawa orang yang mengunyah gula-gula getah semasa ujian pelajaran memberikan keputusan yang lebih baik.

Ini kerana dengan mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan kadar jantung dan meningkatkan aliran darah ke otak, seterusnya meningkatkan daya ingatan anda.

6. Mengambil kafein

Walaupun ramai yang memandang buruk pada kafien ini, tetapi tiada siapa pun yang boleh menafikan kesan kafein pada kecerdasan dan daya ingatan. Ini berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan dalam tempoh 5 tahun lepas yang menunjukkan kafein boleh meningkatkan daya ingatan jangka pendek dan melindungi wanita daripada kehilangan ingatan.

7. Tidur yang mencukupi


Perlu di ingat, badan anda memerlukan rehat yang mencukupi setelah penat bekerja. Salah satu cara nak berehat ialah dengan tidur. Tidur ini bukan sahaja bagus untuk fizikal anda, malahan amat penting untuk memulihkan fungsi otak anda.

tags: cara kuatkan ingatan, daya ingatan, kuatkan daya ingatan, bagaimana kuatkan daya ingatan, tips kuatkan daya ingatan

You May Also Like

0 Comments