Along Cham Tampil Beri Penjelasan Kes Halau Isteri



Media tempatan baru - baru ini memaparkan gossip mengenai Along Cham menghalau isterinya dari rumah. Namun, penjelasan tersebut hanyalah daripada pihak isterinya. Terbaru, dek kerana gosip rumah tangganya goyah semakin viral, artis komedi, Along Cham, 33, yang diburu media sejak minggu lalu, akhirnya tampil memberi kenyataan kepada Media.

Along mengakui, selagi boleh, dia mahu menutup aib dan mempertahankan rumah tangga atas dasar cinta sejak enam tahun lalu. Along dan isterinya, Zila Seeron, 28, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial, 5 tahun.

Namun, demi mempertahankan maruah diri dan keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa yang menggalas tanggungjawab membantunya menjaga Danial di Johor Bahru, anggota Kumpulan Cham itu terpaksa bersuara.
"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya"
Apabila isterinya mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?" katanya.
Menurut Along lagi atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, berkata dia tidak pernah melarang Zila berjumpa Ahmad Danial.
"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya? "Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.

"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami," katanya.
Along berkata, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakannya keluar tanpa meminta izin suami. "Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya yang berusaha menyelamatkan mahligai dibinanya itu.

Kita sama - sama berdoa agar rumah tangga mereka kembali pulih demi anak mereka yang memerlukan kasih sayang dari seorang ibu dan seorang bapa - HairanBlog

tags: along cham, along raja lawak, zila seeron, gossip, along cham halau isteri, gossip artis malaysia, halau isteri

You May Also Like

0 Comments