9 Tanda Isteri Anda Sedang Hamil


9 Tanda Isteri Anda Sedang Hamil

Anugerah yang paling berharga bagi seorang suami dan isteri adalah anugerah Cahaya Mata. Kehadiran mereka dalam kehidupan suami isteri pastinya memberi keceriaan dan kegembiraan kepada setiap pasangan di dunia ini.

Namun begitu, anugerah ini adalah sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan. Ramai pasangan yang masih gagal memperolehi cahaya mata walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Kadang-kadang oleh sebab terlalu inginkan anak, ramai para isteri yang membuat kesimpulan mereka telah hamil, sedangkan hakikatnya tidak.

Kepada para suami dan para isteri, bagaimana untuk menentukan anda benar-benar hamil? Di sini kami kongsikan 9 tanda isteri hamil yang boleh anda jadikan panduan bersama.

9 tanda isteri hamil

1. Tidak selesa, mual dan muntah

Ini adalah tanda yang sering dijadikan kayu ukur ketika awal kehamilan. Kebiasaan jika anda hamil, anda akan mengalami rasa mual dan sering muntah di waktu pagi. Situasi ini berlaku sekurang-kurangnya selepas 1 bulan sperma suami anda berjaya menerobos ovari anda.

Walaubagaimanapun, terdapat juga isteri yang mengalami situasi ini tidak ikut waktu. Contohnya tidak selesa, mual dan muntah-muntah pada waktu malam.

2. ‘Sedikit’ pendarahan pada faraj

Terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil mengalami pendarahan pada faraj terutamanya selepas dua minggu persetubuhan. Pendarahan ini berlaku kerana sel telur memasuki lapisan rahim. Pendarahan pada faraj ini adalah normal bagi sesetengah wanita dan anda tidak perlu khuatir sekiranya ini berlaku.

Walaubagaimanapun jika pendarahan ini berlaku dengan kuantiti yang banyak, dan berterusan, tiba waktunya anda perlu mula risau dan tidak berlengah-lengah berjumpa dengan Pakar Sakit Puan.

3. Mudah berasa letih

Wanita yang hamil pada peringkat pertama kehamilan mudah berasa letih secara tiba-tiga. Situasi ini berlaku disebabkan kadar hormon progeteron yang meningkat secara mendadak dan dengan pantas. Walaubagaimanapun pada peringkat kedua kehamilan, anda akan berasa lebih bertenaga daripada kebiasaan.

4. Keupayaan deria bau meningkat

Faktor ini berkait rapat kenapa wanita yang sedang hamil mudah muntah. Ketika hamil, deria bau seseorang wanita akan meningkat dengan drastik. Oleh itu mereka lepih peka terhadap bau-bau yang tidak menyenangkan. Kadangkala bau-bau yang kuat dan menyucuk juga akan membuatkan wanita tersebut berasa tidak selesa dan muntah.

5. Perut kejang dan kembung

Perubahan hormon yang berlaku kepada wanita hamil juga akan mengakibatkan perut anda kembung dan kekejangan, seperti ketika haid.

6. Kerap buang air kecil

Ketika anda mula hamil, kandungan darah dan cecair di dalam badan anda akan meningkat dengan mendadak. Cairan tambahan ini perlu diproses oleh sistem perkumuhan tubuh anda dan akibatnya anda akan lebih kerap membuang air kecil.

7. Jadual haid tidak teratur

Saya rasa situasi ini sudah diketahui umum. Seringkali wanita akan melakukan ujian kehamilan jika kitaran haid beliau lewat dan menjadi tidak teratur. Faktor ini juga sering membuatkan mereka yang belum berkahwin gelisah dan tidak senang duduk walaupun kadangkala situasi ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang lain.

8. Suhu badan meningkat

Ramai wanita yang tidak tahu suhu badan mengingkat adalah antara salah satu tanda hamil. Suhu badan wanita hamil akan meningkat di awal kehamilan, terutamanya ketika waktu pagi. Anda boleh menggunakan termometer untuk mengukur suhu badan anda, sebaiknya dilakukan pada waktu pagi

Peningkatan suhu badan ini selalunya berlanjutan sehingga dua minggu. Walaubagaimanapun jika suhu badan terlalu tinggi, itu mungkin menunjukkan tanda-tanda anda demam panas, dan bukan tanda hamil.

9. Payudara sensitif, membesar dan membengkak

Ini adalah antara tanda kehamilan awal pada setiap wanita. Payudara akan menjadi lebih sensitif dan sedikit sakit dengan meningkatnya hormon. Malah rasa sakit ini berbeza dengan rasa sakit yang dialami ketika haid.

Walaubagaimanapun kesakitan ini akan berkurangan setelah hormon menjadi stabil kembali dan tubuh anda telah dapat membiasakan diri dengan keadaan ini.

Cara terbaik menentukan isteri anda hamil

Tanda isteri hamil yang saya berikan di atas adalah antara tanda-tanda hamil yang sering berlaku kepada setiap wanita. Tetapi tidak ada cara yang palik efektif untuk menentukan sama ada isteri anda hamil atau tidak selain daripada menggunakan alat ujian kehamilan.

Oleh itu walaupun anda boleh menggunakan tanda-tanda hamil yang saya berikan di atas sebagai panduan, pastikan anda menggunakan alat ujian kehamilan, atau berjumpa dengan Doktor untuk memastikan isteri anda benar-benar hamil.

tags: hamil, isteri hamil, tanda isteri hamil, tanda - tanda isteri hamil, 9 tanda isteri hamil. cahaya mata, anak, suami isteri, hubungan suami isteri

You May Also Like

0 Comments