9 Langkah Wanita Korea Menjaga Kulit Wajah Yang Patut Diikuti
Apabila berbicara tentang rutin penjagaan kulit orang Korea, kebiasaannya ia akan dikaitkan dengan ‘rutin 9 langkah’. Anda tahu apa rutin 9 langkah berkenaan?
Jika anda lazimnya terlalu sibuk dengan kerjaya hingga tiada masa untuk membelek muka sendiri ataupun mungkin anda tidak mampu untuk melaburkan sejumlah wang yang besar ke atas produk penjagaan wajah berkualiti, penulis akan cuba bantu anda.
Di sini, kami ingin kongsikan bersama anda, bagaimana anda boleh mendapatkan kulit wajah halus dan mulus tanpa perlu berusaha keras dan mengeluarkan wang yang banyak.
1. Memakai Toner Sebaik Keluar Bilik Mandi
Ini adalah perkara yang sering dibangkitkan dalam majalah kecantikkan Korea. Peraturannya, “Sebaik sahaja anda selesai mandi, anda harus memakai toner dalam masa 10 saat sebaik sahaja keluar dari bilik mandi!”. Ini kerana, lebih lama anda tangguh, kulit anda sebenarnya terdorong untuk menjadi lebih kering.
Oleh itu, secepat mungkin anda harus mengunci lembapan kulit wajah anda dan sentiasa melindunginya kerana itu adalah bahagian kulit paling nipis dan sensitif. Untuk lebih memudahkan, anda boleh simpan toner di dalam kamar mandi anda kerana lebih mudah dicapai dan digunakan sejurus lepas mandi.
Jika tiada toner yang sebenarnya juga berfungsi untuk menutup kembali liang pori terbuka, anda juga boleh menyapu krim pelembap secepat yang mungkin. Nah, selepas itu, barulah anda boleh lakukan langkah rutin penjagaan wajah yang seterusnya ini.
2. Bawa Kepingan Mask Muka Anda Ke Mana-Mana
Kepingan mask kapas adalah kegilaan bagi peminat kecantikkan di Korea. Ini kerana, ia mempunyai pelbagai manfaat positif antaranya melembap, mengelupas dan mencerahkan.
Ada satu tips berguna yang harus anda patuhi ketika menggunakan mask. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, semua orang di Korea akan membawa kepingan mask bersama mereka ke gim mahupun spa. Sebaik sahaja pori muka anda termuka dek kerana wap panas di sekeliling, letakkan mask tersebut di wajah anda.
Apabila liang pori wajah anda sedang terbuka, maka lebih mudah kulit untuk menyerap segala nutrisi dan kebaikkan yang terkandung di atas kepingan mask berkenaan.
3. Urutan Muka
Di Korea, terdapat pelbagai jenis krim urutan khas untuk wajah dan ianya telah menjadi rutin untuk para wanita di Korea mengurut wajah mereka setiap hari.
Terdapat banyak cara urutan muka yang boleh anda amalkan sebagai contoh, gunakan tulang ketuk jari (tulang bonggol) atau ibu jari untuk mengurut seleruh permukaan wajah untuk merangsang sel dan otot bawah kulit. Ini akan ,meningkatkan serta melancarkan peredaran darah dan oksigen ke atas wajah anda. Hasilnya, kulit anda lebih menyerlah dan berseri.
Selain itu, rutin urutan wajah harian ini mampu menegang kerana ia berfungsi merangsang otot wajah, sekaligus menghalang kedutan dan sebarang masalah penuaan kulit.
4. Jangan Cuci Muka Hanya Sekali
Cucian berganda adalah langkah pertama untuk mendapatkan kulit bak selebriti kpop! Ramai di antara wanita Korea yang mencuci muka dua kali. Rasa tidak lengkap jika hanya mencuci muka sekali.
Anda harus membersihkan sisa solekan yang ada pada wajah anda terdahulu menggunakan pembersih yang berasaskan minyak untuk langkah cucian yang pertama. Selepas itu, gunakan pula sabun pencuci wajah yang bisa membersih hingga ke dalam (deep clean) untuk cucian wajah kali kedua.
5. Tampar Muka Anda Sekuatnya
Yup! Mungkin ini kedengaran janggal kepada anda seolah dalam racangan WWE pula. Tetapi hakikatnya, teknik ini amat popular di Korea. Logik akalnya sama seperti teknik urutan.
Anda tahu tak, kebanyakkan wanita di Korea menampar muka mereka sebanyak 50 kali setiap hari selepas selesai mencuci muka untuk melancarkan peredaran darah dan menegang otot wajah.
Lebih kuat anda tampar muka anda, lebih baik hasil yang akan anda dapat! Tetapi, jangan lah terlalu ganas sehingga menyebabkan lebam di pipi pula…
6. Manfaatkan Kegunaan Beras Di Rumah
Wanita di Korea punyai banyak pengalaman dalam membuat air beras untuk mencuci wajah. Jelas kita tahu, beras memiliki banyak kebaikkan untuk kulit.
Jika anda mempunyai beras lebih di rumah, ambil dan rendam ia di dalam air bersih selama 10-15 minit, kacau ia dan gunakan air pekat seperti susu itu sebagai toner wajah.
7. Gantungkan Tuala Lembab Di Dalam Bilik
Korea adalah negara musim sejuk, jadi mesin pelembap udara atau humidifier sering digunakan untuk mengekal kandungan lembapan dalam udara kerana cuaca udara sejuk amat kering.
Terdapat jalan yang paling mudah untuk mengekal lembapan jika anda tidak ada mesin pelembap udara di rumah. Lebih mudah, anda basahkan sahaja tuala bersih dengan air dan gantungkan tuala berkenaan berdekatan dengan anda ketika tidur di malam hari. Ramai orang yang mengakui keberkesanannya untuk mengekalkan kelembapan udara supaya tidak kering kerana dikhuatiri menjejaskan kondisi kulit.
8. Pakai Aksesori Pelindung
Wanita di Korea sangat berhati-hati dengan mengambil langkah pencegahan awal untuk elak penuaan. Kita di sini pula selalu sahaja menangguh sehingga apabila dah nampak tanda penuaan seperti kemunculan kedutan, ha barulah kelam kabut mencari penyelesaian. Ingat, adalah lebih baik mencegah dari mengubati.
Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga seperti memakai sarung tangan ketika memandu di tengah panas, ataupun anda boleh memakai topi jenis visors untuk melindungi muka daripada pancaran UV jika tiada payung, selain inisiatif menggunakan sunblock dan sebagainya.
Selain melindungi kondisi kulit anda dari pencemaran sekeliling yang dapat merosakkan kulit, anda juga akan kelihatan cantik tatkala menggayakan aksesori seumpamanya.
9. Jadikan Ginseng Sebagai Makanan Tambahan
Ginseng adalah sejenis tumbuhan yang dipuja di Korea sebagai bahan ruji untuk kebanyakkan produk kecantikkan. Untuk pengetahuan anda lagi, produk yang berasaskan Ginseng memang laris dijual di Korea.
Seperti jenama Sulwhasoo, ianya laris dan mendapat perhatian pengguna di Korea kerana mengandungi sifat anti-penuaan. Begitu juga dengan teh Ginseng serta makanan yang berasaskan Ginseng, tidak dinafikan bahawa ia selalu digunakan dalam hidangan utama Korea.
Walau bagaimanapun, Ginseng tidak berkesan untuk bantu menyah toksin serta menghapuskan sebarang keterjejasan kulit hasil pencemaran. Tetapi apa yang pasti, Ginseng mengandungi nutrisi antioksida yang baik untuk kulit wajah.
tags: wanita korea, korean, langkah penjagaan kulit, bagaimana menjaga kulit wajah, cara menjaga kulit muka, masalah kulit muka, tips penjagaan wajah
0 Comments