• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog


Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.


Di Kuala Krai,  Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.

Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.

Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.


"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.

"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.

Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.


Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.

Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.

Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.

“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.

Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.

Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.


Sumber: Sinar Harian

tags: status nak kahwin, janda. facebook, status facebook tular
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tahniah! Stacy selamat bersalin anak perempuan


PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan juga Stacy telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada petang tadi (17 Februari) jam 5.17 petang.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Akim di laman Instagram.

“17.02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami.

“Syukur, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih diatas doa anda semua,” tulis Akim sambil menunjukkan foto kaki bayi yang comel itu.

Gambar yang mendapat ‘likes’ hampir 27 ribu ketika artikel ini ditulis, pada masa sama juga dua ribu pengikut dan pengguna laman sosial tersebut tidak ketinggalan melahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Akim dan Stacy.

Antara rakan artis yang turut memberikan komen ialah Datuk Red, Alif Satar, Hafiz Suip, Hyperact dan ramai lagi.


Sumber: Sinar Harian

tags: stacy, akim, stacy lahir anak perempuan, potret, obses, mewangi
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?


BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.



Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca InTrend?

Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.

Dan ketika awal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.

Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.

Namun malangnya, ditakdirkan rumah kami di Taman Sri Lekir terlibat dalam satu kebakaran yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta-benda termasuk dokumen-dokumen penting, segala butiran dan kerja ayah sebelum ini hangus dijilat api. Peristiwa itu berlaku sekitar 1989 atau awal 1990. Rentetan itu kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup ketika itu.

Maklum sahajalah, ketika zaman itu kita tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk melakukan back-up dalam urusan dokumentasi dan lain- lain. Malah ketika dahulu juga istilah perlindungan insurans masih tidak meluas seperti zaman sekarang. Justeru, segala kemusnahan dan kerosakan dokumen gagal diperoleh semula.

Bagaimana Sajat menyedari atau mula menyukai semua yang menjurus ke arah kewanitaan?


Pada saya ia berlaku secara semula jadi tanpa saya menyedarinya. Saya tidak ingat bagaimana atau apakah perkara yang mencetuskannya. Tetapi ketika berumur enam tahun, saya lebih suka bermain anak patung. Tiada langsung ciri-ciri ke arah lelaki. Malah adik- beradik saya (kakak sulung dan dua abang) maklum mengenai apa yang berlaku pada saya yakni mempunyai dua kemaluan. Mereka melihat sendiri perkara dan segala peristiwa yang berlaku.


Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend\


Reaksi masyarakat terutamanya jiran sekeliling berhubung isu ini?


Emak dan ayah kadangkala cuba menyembunyikan soal ini daripada pengetahuan jiran sekeliling. Namun mulut orang, mana mungkin kita bisa mendiamkan mereka. Jika mulut tempayan masih boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Malah emak dan ayah juga menanggung malu kerana minda masyarakat ketika itu tidak memahami isu ini. Jiran-jiran keliling juga tidak henti- henti mencemuh.

Selalu bertanyakan mengenai saya, “Eh... anak kamu itu macam mana?” Kata mereka, saya ini anak yang cacat. Maklum sajalah, isu ini tidak pernah timbul dalam kalangan masyarakat jauh sekali didedahkan oleh mana-mana media ketika zaman itu. Justeru, masyarakat tidak terbuka dalam soal ini. Selepas saya dilahirkan, kebetulan ayah menerima arahan untuk ditukarkan ke Sarawak.

Ayah membuat rayuan untuk menangguhkan pertukaran tetapi dek kerana memikirkan kecaman yang perlu dihadapi, bimbang mengenai keadaan emak saya yang perlu menjaga empat orang anak yang masih kecil; maka ayah memilih untuk bersara awal dan kami berpindah dari kawasan pangkalan tentera laut. Itulah pengorbanan besar ayah. Biarpun berpangkat tetapi soal maruah dan kepentingan keluarga mendahului segalanya.


Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pendirian Sajat yang memilih untuk tampil dengan imej seperti kini?


Saya tidak mempunyai masalah daripada segi sokongan keluarga kerana mereka memahami keadaan dan tahu segala butir cerita mengenai kisah kelahiran saya. Cuma pada mulanya saya tidak menafikan ada masanya saya melalui tempoh sukar apabila berhadapan dengan ayah. Tetapi lama-kelamaan ayah boleh menerima semuanya.

Pada saya penerimaan kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan keluarga terdekat lebih penting. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang kepada apa yang saya lakukan hari ini. Apatah lagi apabila mendengarkan kata-kata emak, “Mak hari-hari doakan anak-anak Mak supaya Allah ampunkan dosa-dosa anak- anak Mak.”

Dan kepada saya itu sudah memadai untuk memberi kekuatan pada saya bagi mengharungi setiap apa yang menanti di hadapan saya kelak. Kalau orang lain tidak boleh menerima atau mengatakan saya cacat atau apa jua panggilan sekalipun saya tidak ambil pusing. Kerana pada hemat saya, jika ibu bapa boleh menerima diri kita seadanya, takkanlah pula diri sendiri tidak boleh menerima ketentuan takdir bukan?

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Jiwa memberontak apabila disogok dengan kerja-kerja yang lebih kasar dan bersifat maskulin?


Tidak terlalu ketara kerana pada mulanya saya banyak bertanya dengan emak dan ayah mengapa saya dilahirkan seperti ini. Saya mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja nama saya sebagai kanak-kanak perempuan dan seumpama dengannya. Tetapi lama-kelamaan selepas diterangkan satu persatu, barulah saya faham.

Tiada gunanya menyalahkan kedua-dua ibu bapa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perlu menanganinya. Ia berlaku di luar kawalan mereka. Keluarga terdekat dan ahli keluarga saya semuanya maklum mengenai isu ini.

Malah kata ayah kepada adik-beradik saya yang lain, “Kalau apa- apa, tengokkan Sajat.” Mungkin kerana mereka maklum mengenai isu ini maka perhatian itu kadangkala lebih tertumpu kepada saya. Mereka tidak pernah berhenti menyokong dan memberi kata semangat untuk saya bertahan hingga kini.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Sukar menerima hakikat ini?


Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semuanya sudah tertulis dalam qada’ dan qadar saya. Semua orang berbeza perjalanan hidupnya. Saya suka melihat contoh dan menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber kekuatan dalam soal ujian hidup.

Lihat saja padanya, biarpun dia memiliki segalanya namun Allah masih menguji kekuatan dirinya dalam soal zuriat. Ini sudah cukup membuktikan, bahawa biarpun kita dilahirkan sempurna serba- serbi (tiada kecacatan anggota) namun masih belum lengkap dan jauh daripada kesempurnaan hidup kita.

Bagaimana menempuhi dugaan ini ketika zaman kecil, sekolah dan seterusnya apabila meningkat dewasa?


Ketika masih kecil, saya tidak tahu apa jua kesan dan permasalahan yang akan timbul. Sementelah masih kecil, maka hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bermain dan bermain tanpa memikirkan masa depan atau apa yang akan terjadi. Tambahan pula saya tidak banyak bersosial atau bergaul dengan rakan- rakan seusia.

Memandangkan keluarga kami besar, tujuh orang kesemuanya maka pergaulan saya hanya dengan adik-beradik sahaja. Misalnya jika ada rakan sekolah yang mengejek, saya akan maklumkan kepada dua orang abang saya. Mereka yang selalu back up dari belakang. Ketika mahu melangkah ke sekolah menengah barulah saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berkata pada diri, “Eh, macam pelik aje aku ni.” Emak dan ayah yang banyak memujuk dan menerangkan duduk sebenar perihal ini. Kata emak, sewaktu mengandungkan saya wajahnya jauh lebih berseri dan nampak lain berbanding ketika mengandungkan adik-beradik yang lain. Pada saya itulah kelebihan yang mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Apa sebab di sebaliknya, saya sendiri tidak pasti dan mempunyai jawapan kukuh mengenainya.




Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend


Sering menerima cemuhan, dijadikan bahan ejekan, dikutuk; apa yang Sajat boleh katakan?


Hanya sejak kebelakangan ini saya sering menjadi sasaran atau bahan ejekan, cemuhan dan kecaman. Pada saya, tiada gunanya jika mahu memikirkan soal ini dengan mendalam. Lihat saja selebriti, usahawan terkenal misalnya. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima kritikan, orang mengata, mengutuk dan sebagainya.

Selain itu, pada hemat saya; biarpun kita tidak mempunyai niat untuk mengeji dan mengutuk orang tertentu, tetapi apabila ia telah diluahkan bimbang nanti ia tidak berlaku kepada si polan. Sebaliknya kelak akan berlaku kepada keturunan kita, anak cucu kita. Siapa tahu bukan? Justeru berwaspadalah jika anda mahu mengumpat atau mengata.

Jika tidak kena pada orang yang menjadi sasaran, kelak pasti akan terkena kepada saudara-mara anda. Berhati-hati dalam menyusun kata dan perihal ini juga untuk peringatan saya juga buat anda semua.

Bagaimana Sajat kumpul kekuatan untuk berhadapan dengan pandangan serong masyarakat?


Orang akan sentiasa mencari dan memperkatakan tentang kesilapan kita. Justeru, ketahanan daripada aspek mental dan pemikiran perlu kuat untuk mendepani semua ini. Nobody is perfect! Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itu lumrah dan fitrah seorang manusia. Tetapi saya tidak menafikan ada masanya saya rasa lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Rentetan itu, saya lebih suka melihat sesuatu daripada sudut yang positif juga bergaul dengan mereka yang positif kerana individu inilah yang memahami dan sering memberikan sokongan kepada saya supaya lebih positif ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Hingga apabila sampai satu peringkat, saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana jika berbuat demikian, boleh naik gila pula! Selagi anda tidak menyentuh soal keluarga, saya masih boleh terima.

Biarlah apa yang mahu diperkatakan orang kerana hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting adalah sokongan keluarga. Emak dan ayah tidak pernah jemu dan henti-henti memberi semangat kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah sumber kekuatan juga adik-beradik saya yang sentiasa memahami keadaan saya.

Pernah terdetik menyalahkan takdir hidup?


Dahulu pernah. Tetapi lama-kelamaan saya dapat menerimanya peringkat demi peringkat. Dan kerana itulah saya suka berdamping dan didampingi dengan orang yang positif. Saya berjumpa dengan alim ulama’, ustaz dan sebagainya. Mereka faham apa yang saya alami. Hingga pernah mereka berkata,

“Walaupun awak ini dua alam, tapi apa yang awak selesa, macam mana cara awak berhadapan dengan Allah; itu antara awak dengan Allah. Apa yang penting, awak ikhlas. Kalau awak nak solat dengan cara perempuan, awak selesa dengan berpakaian perempuan itu semua soal antara awak dengan Allah. Bukan awak dengan masyarakat.”

Saya berpegang kepada perihal ini sahaja, bahawa sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan kita. Biarpun saya maklum saya tidak boleh berkahwin apatah lagi melahirkan zuriat sendiri, saya tetap menerimanya dengan reda.

Lihat sahaja di luar sana, ramai wanita yang cantik rupa paras fizikalnya, mewah kehidupannya tetapi Allah uji dengan masalah keruntuhan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang kita tidak jangka sebenarnya yang sudahpun tertulis dalam qada’ dan qadar. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dengan reda.

Kecaman paling teruk yang pernah Sajat alami?


Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai status saya, itu antara kecaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada juga ketikanya saya tertekan dan kecewa serta dalam masa sama sedih. Tetapi saya bingkas bangun agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Daripada perspektif lain, saya berpendapat apabila saya sering kali dikecam, dijadikan bahan kritikan dan seumpama dengannya bermaksud segala tindak- tanduk dan perilaku saya diperhati. Ada sahaja yang ingin mengambil tahu.

Tidak kiralah sama ada dalam sudut positif atau negatif. Bagi saya golongan ini mudah sekali menghukum, mencerca dan menghina tanpa usul periksa. Dan saya lebih senang sekadar ‘block’ akaun palsu misalnya atau komen-komen negatif yang dilemparkan. Kadangkala saya akan mendiamkan diri tetapi ia tidak bermakna saya beralah cuma saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah apa yang mereka nak katakan. Selagi tidak menyentuh soal maruah keluarga, anak- anak atau mengganggu periuk nasi saya; ia tidak memberikan apa-apa kesan pada saya.

Pernah berhadapan dengan konflik keluarga susulan isu ini?


Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya. Mungkin ada segelintir daripada rakan-rakan lain yang pernah lari dari rumah, berhadapan dengan tekanan hidup atau dibuang keluarga; tetapi peristiwa sedemikian tidak berlaku kepada saya. Kerana pada pandangan saya, pokok pangkalnya adalah restu ibu bapa. Jika kita tidak memohon atau memperoleh restu mereka, hidup kita tidak akan ke mana.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip ini. Doa mereka yang membuatkan semuanya berjalan dengan mudah. Mungkin juga kerana ikatan kekeluargaan kami akrab, maka tidak timbul soal ini. Setiap permasalahan yang berbangkit, kami akan duduk berbincang dan kerana itu jualah hubungan dan pertalian sesama kami bertambah erat.

Ada juga sesetengah perkara yang jika mereka sifatkan tidak patut saya lakukan; mereka akan tegur. Adat orang tua, pasti mereka akan berleter itu dan ini. Dan cara saya melihatnya, mereka melakukannya kerana mengambil berat dan menyayangi kita. Jika tidak, pasti mereka akan biarkan kita terus hanyut tanpa menegur, memberi nasihat dan sebagainya. Anggap sahaja leteran itu tanda mereka sayang kepada kita.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Mengambil dua orang anak angkat, bagaimana Sajat boleh terdetik mahu menjaga dan membesarkan mereka?


Sebenarnyasayatidakpernahmempunyai perancangan mahu mengambil anak angkat. Secara kebetulan, tahun lalu ibu angkat saya menelefon sewaktu saya dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Katanya, “Kau nak ambil anak angkat tak?” Mulanya saya terpinga-pinga tetapi entah mengapa saya bersetuju untuk mengambilnya.

Kata ibu angkat saya lagi, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di Kuala Lumpur. Bayi tersebut adalah sepasang kembar – lelaki dan perempuan. Syukur kerana segala urusan dipermudahkan. Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dipermudahkan.

Kebetulan, salah seorang pegawai yang menyelia kes pengambilan anak angkat adalah salah seorang klien saya. Maka segala urusan mengikut prosedur walaupun saya bujang dan tidak pernah memohon untuk mengambil anak angkat. Saya anggap ia sebagai satu keajaiban yang indah sepanjang hidup saya.

Kini saya terhibur dengan keletah mereka, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syamin berusia setahun setengah. Sudah pandai bercakap dan bermacam-macam lagi kerenah mereka yang membuatkan hari- hari saya lebih bermakna. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur.

Pandangan Sajat jika ada golongan transgender menjadikan khunsa sebagai ‘alasan selamat’ untuk memuaskan hati mereka memilih jalan ini?


Saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung soalan ini. Tidak mengeyakan atau menidakkan. Pada saya ia terlalu subjektif. Ya, saya memahami mereka kerana saya berkawan selain mempunyai klien yang terdiri daripada semua golongan misalnya tomboy, pengkid, pondan, biseksual, homoseksual dan sebagainya.

Ada yang keliru dan mempunyai kecelaruan identiti lantas memilih jalan ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri. Selebihnya itu terpulang kepada pendirian masing- masing. Tepuk dada, tanya selera.

Sajat kini dikenali dan segala gerak-geri sering diperhati. Senang dengan perubahan ini?


Saya tidak menyangka sama sekali akan melalui detik perjalanan hidup seperti ini. Tidak kiralah apa orang nak mengata, sama ada saya dikenali kerana gelaran pondan diva, ratu mak nyah dan sebagainya itu semua tidak mendatangkan masalah kepada saya. Jika dahulunya, saya cuma fikirkan perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Dan simboliknya, hari ini begini pula perjalanan hidup saya.

Apatah lagi kini menceburi bidang perniagaan, pelbagai perkara harus saya teliti dan sentiasa berhati-hati. Bukan apa, bimbang juga jika sekiranya ada musuh dalam selimut atau sesiapa yang tidak saya kenali ingin menghentam atau menjatuhkan perniagaan saya menerusi media sosial, siapa tahu bukan? Saya tidak menafikan media sosial banyak membantu meluaskan perniagaan saya dalam tempoh yang singkat. Rentetan itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai siapa saya sebenarnya, apakah yang saya lakukan sehingga berada pada tahap ini dan sebagainya.

Seboleh mungkin ‘mereka’ akan cuba mengorek apa jua yang berlaku dalam rutin harian saya. Biarpun ada yang mengutuk, mengata dan sebagainya tetapi masih ada sekelompok lain yang masih sibuk dan ingin tahu mengenai diri saya. “Eh, siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia buat sampai laris produk bengkung tu? Eh, buah dada dia ni bukan ori lah!” dan pelbagai lagi andaian orang terhadap saya.

Tetapi saya masih boleh bertahan hingga hari ini. Saya anggap ia sebagai angin sepintas lalu. Rahsia yang tersurat dan tersirat semuanya sudah tertulis. Rezeki yang saya peroleh hari ini bagaimana, dikenali orang dan sebagainya semuanya pementasan di dunia sahaja. Sesungguhnya di akhirat kelak segala titik penentu dalam setiap tindak-tanduk kita. Itu sahaja yang menjadi pegangan saya.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend


Kongsikan cerita bagaimana bermulanya sejarah produk kecantikan dan label Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?


Mulanya saya membuka perniagaan berasaskan hiburan iaitu kumpulan penari. Saya pernah bekerja di Macau selama tiga tahun sebagai penari dan pulang ke sini, saya menubuhkan sebuah syarikat produksi bersama rakan kongsi. Namun dek kerana mempunyai masalah, perniagaan tersebut ditutup. Biarpun terpaksa menanggung kerugian wang ringgit, saya cuba pula bidang lain.

Saya bermula dengan dropship sebuah produk kecantikan kulit. Bermodalkan RM500.00 kemudian saya beralih kepada agen pula hingga berdikit-dikit saya kumpul untuk tampil dengan produk sendiri. Syukur berkat usaha dan kerja keras, saya berjaya meraih pendapatan bersih bulan pertama sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Dan menerusi Instagram saya belajar bagaimana untuk meluaskan rangkaian perniagaan hingga hari ini. Dari situ saya buka spa kecantikan pertama di Galaxy Ampang. Syukur perjalanan perniagaan kini semakin berkembang berdasarkan sokongan dan kepercayaan klien juga kekuatan daripada staf juga keluarga.

Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang perniagaan?


Pada saya semua orang mahu kelihatan cantik. Luaran adalah pandangan pertama apabila melihat kita. Dan kerana itu, kita harus menjaga kecantikan diri. Pengalaman peribadi saya, kali pertama orang akan melihat saya mereka akan pandang sekali imbas.

Kemudian mereka akan lihat pula gerak-geri. Pada saya tidak kisah jika mereka memandang itu dari sudut yang positif atau negatif. Kerana pandangan pertama itu membuktikan ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang membuatkan orang menoleh kali kedua lantas mahu terus melihat kita.

Daripada perspektif pekerjaan umpamanya, jika anda mempunyai penampilan menarik, berpakaian cantik dan kemas, memiliki kulit yang bersih sekali gus anda akan menarik perhatian orang juga membuatkan orang lain selesa dengan anda. Dan kerana itulah saya melihat aspek kecantikan sebagai kunci utama dalam memberi tarikan kepada sesiapa. It’s all about how you present yourself.

Rajin bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal. Apa mesej yang Sajat ingin sampaikan?


Ia lebih kepada berkongsi rezeki sebenarnya. Saya turut memberi wakaf, sumbangan derma serta bersedekah kepada surau-surau, rumah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan. Sejak mula menceburi perniagaan (2014) saya sudah mula melakukan kerja-kerja amal.

Melihat golongan yang kurang berkemampuan, baik daripada mereka yang kurang upaya benar-benar menginsafkan saya. Benar, saya tidak sempurna tetapi saya memahami apa yang mereka lalui. Justeru, saya bantu sekadar yang mampu. Saya merasakan ada tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai manusia maka dengan itu saya bantu mereka.

Dari situ juga saya banyak belajar tentang erti penerimaan dalam kehidupan kerana sebagai manusia kita sendiri tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Apa itu erti keikhlasan dan sebagainya banyak mengajar saya agar lebih matang dalam tindakan.

sumber: InTrend

tags: nu sajat, nursajat khunsa, lets cantik, nursajat beli banglo 10 juta aliff syukri
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian..

Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu berdikari.

Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.

Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Menurut penelitian daripada pakar, anak perempuan pertama berpotensi lebih hebat daripada anak lelaki pertama. Ini kerana, saat anak perempuan pertama merasakan pahitnya kehidupan ketika masih kecil, naluri keibuannya meresap dalam jiwa untuk tidak membiarkan anak-anaknya menderita sepertinya nanti.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. Dalam hal ini, anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritis sehingga daya analisanya sangat bernas.

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti.

Duhai anak pertama... titipan ini mungkin boleh membantumu menjadi semakin kuat.

Kejar mimpimu biarpun sendirian

Belajar tentang apapun yang kamu sukai

Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka

Hidupkan kebahagiaanmu melalui hobi

Belajar untuk tetap tegar

Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu


p/s: betul sangat anak perempuan sulung ni memang sangat berdikari dan sentiasa jaga kebajikan ibubapa dan adik2nya. Sangat dekat dengan family compare dengan anak lelaki sulung. Sangup berkorban, lambat kahwin pun tak pe janji dapat berbakti pada orang tua. Dorang ni paling berjaya dalam keluarga..


Sumber: gpsbestari

tags: kakak sulung, kak long, along, berdikari, bertanggunjawab, anak pertama, anak perempuan 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Jep Sepahtu Hasrat Berumah tangga Sebelum Ibu Bapa Menutup Mata


Pelawak Jep Sepahtu mengakui ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum kedua ibu bapanya meninggal dunia.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika jodohnya sampai lambat ataupun cepat.

"Saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang ini sebelum ibu bapa saya menutup mata.

"Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada menyatakan hasratnya untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada," katanya.

Menurut Jep, dia kini selesa untuk berkawan dengan pelakon Sari Yanti dan tidak menolak jika mereka ditakdirkan untuk dijodohkan bersama.

"Buat masa sekarang saya lebih selesa meletakkan hubungan mesra dengan Sari Yanti sebagai teman baik.

"Sudah semestinya dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik dan jika betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja," katanya.

Sumber: BH Online

tags: jep sepahtu, sari yanti, jep sepahtu teman mesra dengan sari yanti, sari yanti bercinta dengan jep sepahtu
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
 Namakan anak ‘Muhammad Putra Naruto’, Shah Tapaw Dikritik Netizen

Pelawak Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman dikritik netizen setelah mendedahkan nama anaknya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram Shah, dia meletakkan gambar bayinya bersama sijil kelahiran yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’.

Setakat ini, entri tersebut mendapat hampir 5,000 likes bersama lebih 500 komen. Rata-rata peminat yang meninggalkan komen mengkritik tindakan Shah yang menamakan anaknya Naruto.

Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Shah:

“@jieraaghazalyy - You may think that this is funny and rare. But yet the circumstances is on your son. Blame yourself if one day he's having bad depression coz everybody keep laughing at his name. This is not cool.”

“@amirul_ammar99 - Nanti mesti anak ni kena ejek je bila dah besar, fikir panjang sblum letak, minat minat jugak, kesan akan datang tu kena fikir.”

“@farahnajihah_ - Tak kesian kan anak ke? Tak fikir masa depan anak ke? Jangan wujudkan budaya pelik, now dah 2017.”

“@mrs_iedawe - Sebab nak publisiti murahan anak jadi mangsa... Bertabahlah wahai anak.. Entah apa-apa entah.”

Namun begitu, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini, sijil kelahiran tersebut telah pun disunting sebelum dimuatnaik ke laman Instagram miliknya.

"Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

"Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram," kata Shah.

p/s: nama adalah satu identiti kita yang penting. nama juga mempengaruhi keperibadian kita, sebab itu penting namakan anak dengan maksud yang baik. sebab itu semua doa.

Sumber: Astro Gempak

tags: shah tapaw, shah rizal namakan anak naruto, nama anak naruto, jabatan pendaftaran negara
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Lalok sejak berusia 6 tahun
Pasangan kekasih yang ditahan dalam  operasi di hotel bajet di Pulau Pinang

Butterworth: Ketika remaja lain seusianya berada di rumah bersama keluarga, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan Op Sarang di hotel bajet sekitar negeri ini, malam kelmarin, berikutan air kencingnya positif dadah.

Remaja berkenaan ditahan jam 11 malam bersama seorang lelaki berusia 45 tahun di dalam bilik sebuah hotel bajet dan lebih menyedihkan apabila dia yang masih bersekolah mengaku mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia enam tahun.


Remaja berkenaan memberitahu, dia mengikut kakaknya berusia 21 tahun ke hotel bajet itu untuk bertemu lelaki berkenaan, namun ketika serbuan dilakukan, kakak kepada remaja berkenaan tidak kelihatan kerana dipercayai keluar ke tempat lain.

Hasil soal siasat mendapati remaja berasal dari Seberang Jaya itu tidak pergi ke sekolah selama seminggu kerana menghadapi masalah disiplin dan dipercayai berkaitan penagihan dadah.

Ketua Penguat Kuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Nasru’d-din Abdul Rahman berkata, ketika serbuan, remaja berkenaan di bilik itu bersama lelaki berusia 45 tahun.

“Remaja itu mengaku dia ke hotel berkenaan bersama kakaknya dan lelaki itu adalah kenalan kakaknya. Hasil pemeriksaan, kami menemui heroin seberat 3.65 gram (g) yang dipercayai milik lelaki berkenaan menyebabkan kedua-duanya ditahan,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, AADK merampas syabu seberat 53.5g daripada sepasang kekasih berusia 27 dan 31 tahun di sebuah bilik hotel.

“Ketika serbuan, lelaki berusia 31 tahun berada di tangga bilik hotel berkenaan manakala pasangannya berada di dalam bilik.

“Selepas membuat pemeriksaan, kami menemui peket kristal dan mereka mendakwa garam, namun selepas ujian dijalankan, peket itu syabu,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat yang ditahan positif dadah.

Katanya, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

tags:butterworth, penang, dadah,lalok, khayal,syabu, ganja
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nabil Ahmad Pengacara Karpet Merah Oscars

Buat julung kalinya pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dilantik sebagai hos karpet merah untuk anugerah Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) di Los Angales (LA) pada 27 Februari ini.

Nabil bakal bersiaran langsung dari LA khas untuk tontonan eksklusif Oscars di St Regist, Kuala Lumpur.

Tontonan eksklusif secara langsung itu turut dihadiri oleh selebriti tempatan seperti Raianna Abdul Rahman, Syazwan Zakariah, Hisyam Hamid, Zarul Umbrella, Mark Adam, Wafiy, Awang, Jamal Jamaluddin, Akhmal Nazri dan Kamal Adli.

Acara karpet merah Oscars turut akan bersiaran scara langsung di HBO saluran 431 dan Astro On The Go pada jam 8 pagi dan acara gemilang Oscars pada jam 9 pagi, 27 Februari ini.

Dikemudi oleh pengacara Jimmy Kimmel, Oscars bakal berlangsung dari Dolby Theatre di Hollywood & Highland Center, Hollywod.


tags: nabil ahmad, zirabil, nabil ahmad mengacara, meletop, maharajalawak, raja lawak, hollywood
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ibu Tom Cruise Meninggal Dunia Ketika Sedang Tidur

Suasana sedih menyelebungi keluarga aktor, Tom Cruise apabila kehilangan ibunya, Mary Lee South pada usia 80 tahun.

Hollywoodlife.com melaporkan, Ibu Tom Cruise meninggal dunia secara mengejut ketika sedang tidur minggu lalu.

Ramai tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mary Lee, di sebuah gereja Scientology ketika upacara pengebumiannya semalam.

Tom, bersama ahli keluarganya yang lain iaitu Lee Ann DeVette, Cass Mapother dan Marian Henry turut menghadiri upacara tersebut.

Mary adalah orang yang banyak menyokong dan memberi semangat terhadap kerjaya Tom Cruise sejak dia bergelar pelakon.
Ibunya adalah orang yang memaksanya untuk melibatkan diri dalam dunia teater lakonan tempatan,kata sumber.


Sumber: Asto Gempak

tags: ibu tom cruise meninggal dunia, tom cruise, mission imposible
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz terkandas di Pulau Tioman berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan tersebut.

Menerusi dua entri di laman sosial Instagram miliknya, Zulin menceritakan pengalaman terkandas di Pulau Tioman semenjak Ahad.

Menerusi entri pertama, Zulin bercerita memohon doa agar dirinya bersama rakan-rakannya dapat pulang ke Kuala Lumpur.

“Disebabkan cuaca tak baik, jadi atas arahan Jabatan Laut. Tak ada ferry sampai 14 hari bulan dan saya tak boleh balik KL. Uwaaaaaaa.

“Doakan semoga saya dapat balik dan bertugas di Suria FM macam biasa. ATM tak ada, wifi tak ada, line telefon kejap ada kejap tak ada langsung. Baju tak cukup, adoi. Help me! Siapa ada helikopter, meh nak tumpang,” tulis Zulin.

Menerusi entri kedua pula, Zulin berterima kasih kepada orang-orang kampung yang tinggal di sekitar Pulau Tioman dan berharap agar semua pihak memahami situasinya.

“Dah mintak segala bantuan yang ada polis bomba maritim bagai. Berdoa jelah semoga ada bantuan bawa saya balik. Terima kasih doakan saya. Saya dekat sini baik-baik saja. Cumanya saya kena balik atas urusan kerja dan urusan itu sangat penting. Tapi itulah nak buat macam mana, dugaan. 

“Segala usaha dah buat. Naik helikopter harganya cecah RM34,000. Adoi! Memang taklah! Jadinya saya redha jelah. Berdoa pada Allah semoga esok cuaca baik. Kami semua yang terdampar dekat pulau ini boleh balik. ATM tak ada, jadi hiduplah dekat sini dengan duit yang cukup-cukup makan ni. Orang kampung dekat sini baik-baik, terima kasih.

“Soal kerja pula, harap faham situasi saya dan ada rezeki, adalah. Saya pun tak tahu dah nak buat cara apa, yang saya dapat berita amaran sehingga 17 hari bulan. Bersabarlah Zulin dan yang lain tu. 

“Terima kasih pada yang mendoakan, yang ambil berat dengan call, whatsapp, comment, DM anda itu sedikit sebanyak sejukkan hati saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

p/s : Mari kita doakan agar cuaca di Pulau Tioman baik2 supaya yang terkandas di sini selamat pulang. Zulin dan kawan2 selamat pulang ke Kl. 

Sumber: Astro Gempak

tags: Zulin terkandas di pulau tioman, pulau tioman, kampung tekek, air bergelora,
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Siapa tak kenal dengan pasangan terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor. Tak dapat dinafikan yang mereka berdua sama cantik sama padan.

Dan baru-baru ini Kareena telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Taimur Ali Khan. Comel habislah anak pasangan ini.

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor

Terbaru, Saif memuat naik gambar Taimur setelah sebulan di laman Instagramnya. Rata-rata pengikut teruja dan memuji kecomelan Taimur. Kalau sekali pandang macam anak orang putih rambut perang hensem dan comel. Tengoklah siapa mummy dan daddynya cantik dan hensem. Orang kata mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor
Taimur Ali Khan


Mana Dapat Nama Taimur 

Mesti ramai yang pelik kan kenapa pasangan ini memilih nama Taimur. Ada maksud ke? Sebenarnya memang ada maksud. Taimur dalam bahasa Arab maksudnya besi.

Nama Taimur ni juga diambil sempena nama seorang penakluk Turki-Mongol abad ke-14 dan pengasas Empayar Timurid di Parsi. Wahhh!! Saif dan Kareena memang nak anak lelaki mereka ini jadi pemimpin yang disegani.

Menurut Kareena dalam sebuah wawancara, Saif banyak membaca buku satera dan sejarah. Dia mahu nama itu meresap dalam diri  anaknya. Jadi nama Taimur bukan sesuatu yang mengejutkan buat Kareena.

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor


Sumber: The Times of India

tags: saif ali khan, kareena kapor, taimur ali khan, kareena mengandung, kareena dan saif ali khan dapat anak lelaki
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Buku Keluaran Fattah Amin Di Kecam Nitizen, Ini Respon Fattah Amin

Beberapa hari ni nama Fattah Amin hangat diperkatakan di sosial media gara-gara buku keluarannya yang mendapat kritikan orang ramai. Antaranya ingin dapat duit dengan jalan mudah, bazir duit peminat dan macam-macam lagi.

Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin juga telah ditegur oleh beberapa artis. Siapalah artis-artis tu kan? Lepas terpaksa hadap dengan cacian orang ramai, akhirnya Fattah Amin buka mulut.


Buku Keluaran Fattah Amin Di Kecam Nitizen, Ini Respon Fattah Amin

Salam semua.. Pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang amat dasyat dari anda semua. Kecoh satu Malaysia sekejap pasal buku saya ni. ?
Sejujurnya, buku “collective item” atau “merchandise” saya ini diterbitkan untuk berkongsi kata-kata positif, nasihat dan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua.
Pesanan saya, apa yang paling penting jangan sesekali menidakkan impian anda walaupun sekecil-kecil impian. Setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian.. Teruskan #doayangbaikbaik and be kind to others, Insyallah Allah akan mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup kita.

Sumber: Oh Bulan

tags: fattah amin tulis buku, 99 kata-kata qalif moden, suri hati mr pilot, neelofa 
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Mungkin ramai yang tidak setuju dengan tajuk artikel ini. Mana tidaknya, lagu Hazama ini seperti lagu - lagu popular yang sering kita dengar diradio. Akan tetapi kami merasakan, disebalik baris - baris lirik ini, pastinya mempunyai maksud yang tersirat. Lagu ini ditulis sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita kerana kita berada di akhir - akhir zaman. Sama ada anda setuju atau tidak, lagu ini ada kaitan dengan penceritaan kisah dajjal yang akan datang menguji seluruh umat manusia.

Apabila kami baca setiap baris lirik ini, ada maksud tersirat yang diceritakan kepada kita. Contohnya:-
Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang
Rangkap pertama lirik ini menceritakan bagaimana ibu menceritakan kepada seorang anaknya mengenai dunia akhir zaman, dimana pada masa itu akan datang Dajjal yang akan menguji umat islam seluruh dunia.

"Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga."

Kemudian Kami merujuk pula lirik diatas dan mendapati bait -bait lirik ini menceritakan mengenai Dajjal yang memiliki Syurga dan Neraka.
Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya
"Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga."

Pada rangkap korus pula, setiap lirik ini menceritakan kesan - kesan kedatangan Dajjal diakhir zaman kepada umat Islam.
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya
"Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan."

Rangkap terakhir ini pula menceritakan tentang kedatangan Imam Mahdi memerangi segala kezaliman akhir zaman dan menegakkan keadilan.
Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Ini adalah andaian kami sahaja. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kami. Ambil iktibar dan pengajaran, nescaya kita sentiasa beringat. Kami sediakan video lagu Di Amaran Mama untuk anda karaoke.


sumber: Kisah - kisah Nabi

tag: hazama, hazama azmi, lirik lagu hazama, lirik lagu di amaran mama, di amaran mama, lagu di amaran mama, video lagu di amaran mama
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kentut Depan Suami Buat Hubungan Bertambah Bahagia

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Namun, tidak semua orang mahu kentut di depan pasangannya. Sebabnya, perkara tersebut dianggap memalukan, kotor, dan takut jika pasangan terganggu.

Padahal, kentut di depan isteri atau suami punya banyak manfaatnya. Kentut adalah mekanisma tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Para pengkaji mengatakan bahawa kentut di depan pasangan akan membuat hubungan lebih tahan lama.

Cuba ingat semula bila kali pertama anda kentut di depan suami?

Jika sebelum berkahwin: ANDA SANGAT BERTUAH! Sebab beliau masih mahu melamar anda.

Jika selepas berkahwin: ANDA LEBIH BERTUAH LAGI! Hubungan perkahwinan langsung tidak sama dengan hubungan dengan orang lain di sekeliling kita.

Kalau di tandas awam pun kita malu-malu hendak kentut. Takut orang sebelah dengar, kan?.

Kentut tu semulajadi. Dan ia menyihatkan. Memang tahan kentut tu tidak merbahaya tetapi ia boleh menyebabkan cramp, rasa nak muntah dan abdominal pain sebenarnya tau? Kajian oleh Dr. Oz mendapati lelaki dan perempuan keluarkan angin sama banyak sahaja sebenarnya (perempuan nampak jarang kentut sebab dia nyorok-nyorok je kan?) iaitu sekitar 1/2 liter sehari.

Tidak mengapa. Kentut jer.

Kentut Depan Suami  Menunjukkan Keintiman

Kentut di depan suami adalah satu cara menunjukkan keintiman dan betapa rapatnya kita dengan dia. Pasangan yang kentut bersama akan ketawa bersama. Jika anda mampu ketawa bersama, jelas terbukti kekuatan hubungan anda berdua!.

Tetapi kalau momen kelakar pun nak sembunyi daripada pasangan, agaknya momen lain pasangan akan sembunyi tak? Bukankah pasangan suami isteri seharusnya bersikap telus? Menerima seadanya.

Kentut di depan suami juga boleh menguji sejauh mana hubungan yang terjalin. Si isteri selalu kentut katanya. Adakah suami menghargai kita seadanya? Wangi dan busuknya?

Atau mungkin pasangan cuma mahu sewaktu wangi saja? Membenarkan suami mendengar kentut anda adalah satu penghargaan. Bermakna anda membenarkan dia memasuki ruang peribadi diri anda.

p/s:  nak bahagia, kentutlah selalu  =)

Sumber: Nona

tags: kentut, kentut buat hubungan bahagia, kentut depan suami , kentut busuk, suami, isteri
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
10 Cara Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan

Adakah anda tahu kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum bayi dilahirkan? Penyelidikan menunjukkan semakin baik ibu merawat diri selama hamil, semakin baik pula perkembangan otak janin.

Agar bayi bijak, ada beberapa perkara yang anda harus memperhatikan selama kehamilan.

Agar bayi bijak, ibu harus cermat

Kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum dia lahir. Penyelidikan menunjukkan semakin baik ibu merawat diri selama hamil, semakin baik pula perkembangan otak janin. Faktanya, dari seluruh organ janin, bahagian otaknya lah yang paling berpengaruh pada kesan tindakan ibu, terutama dari apa yang ibu menggunakan dan memakan. Tujuh puluh persen dari total sel saraf manusia selama hidupnya dibentuk sebelum lahir. Otak janin berkembang sebanyak 250,000 sel saraf tiap minit. Tiap sel otak ini membentuk ribuan cabang-cabang kecil lagi untuk dapat menghubungkan antara sel saraf. Jadi singkatnya, agar bayi cerdas sejak dalam kandungan ertinya membantu otak janin membentuk sel-sel saraf yang terhubung dengan baik. Bagaimana caranya?


1. Elakkan persekitaran yang berbahaya

Jika ibu bekerja, perhatikan persekitaran kerja anda. Elakkan diri anda daripada pendedahan bahan kimia, radiasi, hingga peluang terkena penyakit yang senang dijangkit. Jika memungkinkan, elakkan juga lalulintas yang tersekat dan penuh dengan pencemaran. Sudah terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa zat-zat kimia berbahaya dapat mencemari plasenta.

2. Bersukan dan makan sihat

Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti sukan yang ringan, seperti berenang dan jalan kaki, memberi manfaat pada perkembangan otak janin. Jadi agar bayi cerdas, rajin-rajinlah berolah raga. Mengambil diet seimbang juga akan membantu anda mencapai berat badan optimal selama hamil. Ini salah satu faktor penting bagi perkembangan otak janin.


3. Jangan mengambil perubatan yang tidak perlu

Kesan dari kebanyakan ubat di pasaran pada bayi yang belum lahir, masih banyak yang belum diketahui. Beberapa ubat umum seperti parasetamol dan ibuprofen cukup selamat untuk diambil. Tetapi lebih baik hindarilah perubatan selama hamil, kecuali jika ibu benar-benar memerlukannya.


4. Jangan minum alkohol

Meminum alkohol dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan kerosakkan serius pada otak janin, yang disebut ‘foetal alcohol syndrom’, atau sindrom alkohol pada janin. Meskipun tidak ada bukti yang menunjukkan risiko minum alkohol dalam jumlah sedikit (satu-dua kali dalam seminggu), sebaiknya ibu tetap menghindari alkohol sama sekali selama hamil. Alkohol terbukti dapat menembus plasenta, yang kemudian terdedah pada janin.


5. Jangan merokok atau mendedahkan diri pada asap rokok

Tentunya anda sudah tahu, tapi sekedar mengingatkan, merokok berbahaya bagi janin. Merokok dapat benar-benar membatasi aliran darah ke otak janin yang sedang berkembang. Jadi agar bayi cerdas cemerlang, minta juga suami jangan merokok bila sedang bersama anda.


6. Perhatikan tekanan darah anda

Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, aliran darah kepada bayi melalui plasenta menjadi kurang berkesan. Untuk menghindarinya, tambahkan jus ubi dan teh hibiscus dalam menu diet selama kehamilan, keduanya terbukti dapat mengatur tekanan darah.


7. Ambil asid folik

Kekurangan asid folik atau vitamin B9 berhubungan dengan berbagai macam penyakit bawaan serius, juga hiperaktif dan masalah pertumbuhan lainnya pada anak. Untuk memastikan ibu mendapati cukup asid folik, ambil suplemen folik sejak tiga bulan sebelum merencanakan kehamilan. Ambil juga makanan yang mengandung folik, seperti sayuran hijau, gandum dan jus jeruk.


8. Ambil suplemen minyak ikan

Seperti kalsium bagi tulang, omega-3 DHA/EPA sangat penting bagi otak, ibu-ibu sering mengabaikan pengambilan lemak sihat satu ini. Untuk itu ibu sebaiknya mengambil suplemen minyak ikan salmon yang tinggi kandungan omega-3 DHA/EPA nya. Lakukanlah terutama pada trimester akhir kehamilan, di mana otak janin berkembang paling pesat dan paling memerlukan banyak omega-3.


9. Berjemur di pagi hari

Cacat mental pada bayi sering dikaitkan dengan kurangnya asupan vitamin D Bunda pada saat hamil. Sebagai contoh, di negara empat musim, bayi yang lahir pada musim dingin lebih mungkin menderita skizofrenia. Beruntung bagi kita yang tinggal di negara dengan sinar matahari sepanjang tahun. Bunda tidak perlu menambahkan suplemen vitamin D, tapi cukup berjalan-jalan atau duduk santai di bawah sinar matahari pagi.


10. Berehat

Ibu yang stres berpanjangan dapat melemahkan sistem imun bayi. Selain itu tingginya level hormon stres anda dapat masuk dalam jaringan otak bayi di dalam rahim dan tentunya mengganggu perkembangan otak bayi. Kurangkan pekerjaan berat selama hamil yang boleh mencetuskan stres. Lakukan perkara yang boleh membuat ibu rasa rileks; mendengarkan muzik, mencium aroma terapi atau minta diurut oleh suami. Agar bayi cerdas, ibu harus relax and be happy!

tags: anak bijak dalam perut, pemakanan semasa hamil, ibu ceria anak bijak
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Pada kehidupan yang serba moden dan canggih pada masa kini, mungkin ramai yang menganggap perbuatan santau dan sihir ini adalah tidak logik. Namun, korang harus percaya yang perbuatan ilmu hitam ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah orang yang berniat jahat ke atas orang lain.

Berdiri bulu roma baca perkongsian wanita ini, macam-macam perkara aneh keluar dari badan selepas berbekam. Yang paling seram siap ada lintah bulan dengan jarum! Nauzubillah, mintak dijauhkan dari perbuatan macam ni…


Jarum keluar dari pinggang dan macam-macam lagi

Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Lintah Bulan


Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Jarum

Hasil bekam hari ni lumayannnn bak hanggg…
1. Jarum keluar dari pinggang kiri. Dah bengkok hujungnya sebab dah lama sangat tertanam dalam badan.
2. Kapas orang mati keluar dari pinggang kanan.
3. Air santau keluar dari sendi bahu kiri.
4. Ni yang paling best…lintah bulan keluar dari sendi bahu kanan.
5. Sendi lutut kiri kanan & belakang badan keluar abu mayat.
Selama ni, bertahun-tahun dok sakit dan panas dalam badan. Berbahang seakan disalai atas api. Sejak setahun lepas pulak sakit kedua-dua tangan. Ku fikirkan sakit sebab melawan angin di Ruta 40. Aku sangkakan ada ligamen yang putus @ overstretch. Tapi dah 5 bulan balik dari ride, masih tak pulih. Dah sapu cream macam2, dah buat fisio, tak jugak baik. Rupa-rupanyanya baikkk punya lintah dok sedap menghisap darah. Punya la dia nak lumpuhkan tangan aku supaya GDR aku gagal.
Ya Allah…

Penyakit yang orang tak nampak di mata kasar

Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Kapas Orang Mati yanag Bersalut Darah Bekam

Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Air Santau

 Kalau memang aku hambaMu yang teraniaya, aku mohon sangat2 padaMu…di saat sakaratul maut menghampiri orang2 yg menganiayaku, Kau tahanlah dulu malaikat Izrail dari menjalankan tugasnya…sehingga mereka2 yg menzalimiku ini melutut memohon maaf dariku, barulah Kau izinkan nyawanya ditarik…
(Itu pun kalau umurku panjang utk menyaksikan semua ini)
Aku rasa tidak keterlaluan permintaanku ya Allah, berbanding kezaliman mereka terhadapku dan kesakitan yg ku tanggung selama ini.
Aminnn…ya rabbulalamin…
*Penyakit yg org tak nmpk di mata kasar*

Sumber: Anita Yusof

tags: bekam, bekam santau, lintah bulan, amalan santau, sihir , berdosa besar, anita yusof
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wanita Amalkan Diet Ekstrim & Ubat Kurus Turun 18kg Sebulan , Akhirnya MAUT!

Tuan Bob Tahar berkongsi mengenai kisah benar seorang wanita yang menemui ajal akibat mengamalkan diet yang ekstrim dan pengambilan ubat kurus. Semoga menjadi pengajaran kepada orang ramai yang bercadang hendak menguruskan badan dengan cara sedemikian. Baca Lagi:

Bila diet tanpa ilmu dan terlampau cepat nak kurus.

Arwah ni ambil 400 kalori sahaja satu hari ditambah pulak dengan seller-seller yang promote ubat kurus.

Result…. dia lose 18kg sebulan… dan end up pengsan, hospitalized 8 hari… dan tewas.

Masyarakat still have this traditional believe untuk lose weight you kena restrict, limit dan skip meal… lebih bermasalah bila you put dateline untuk kurus dan dateline tu terlampau extreme…

Know your Daily Calories Requirement (DCR)… get your Basal Metabolic Rate (BMR) dan plan your meal and diet according to your DCR and BMR. The lowest healthiest recomended calories intake sehari for women 1200… Men 1500.

Saya selalu advice sometimes even warning orang yang makan below 1000 kalori perday… even kalau you tak sakit sekarang… in longterm you’ll get sick.

Tu belum lagi yang nak kurus dengan diet je… takmau exercise langsung… 😒😞


Berikut pula kisah wanita yang sama hasil perkongsian dari Tuan Muneer Othman:


KAJIAN KES CRASH DIET (INI KISAH BENAR)

Nadia (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun. Beliau seorang wanita bekerjaya tetapi obese tahap 2 (bmi >35)

Beliau teruja dengan kejayaan rakan-rakan KDK yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan sihat.

Namun begitu baru-baru ini Nadia ditemui oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah sewanya dan dibawa ke sebuah pusat rawatan (Hospital) semenanjung Malaysia.

Menurut pegawai perubatan yang merawat Nadia, beliau mengalami mulnutrion akibat pengamalan cara diet yg salah iaitu crash diet. Maklumat awal mendapati Nadia hanya mengambil 300 – 400 kalori sàhaja sehari dan kurang minum air.

Maklumat terkini yang diperolehi pegawai perubatan mengesahkan Nadia mengalami kegagalan ginjal dan fungsi hati (Kidney failure with liver problem).

Admin tiada maklumat lanjut tentang amalan pemakanan dan workout yang diamalkan oleh Nadia. (Etika Kerahsiaan Doktor-Pesakit)

Jadi tak tau adakah beliau memang ahli KDK yang mengamalkan crash diet atau diet ikut-ikutan.. macam dulu tu ada diet biskut, diet air suam dll.

Agak memeranjatkan apabila beliau mengatakan ada membeli UBAT KURUS daripada ahli KDK.

ADMIN ingin menasihat semua ahli KDK. TOLONG jauhi CRASH DIET dan UBAT KURUS. Puas dah admin berleter pasal BMR, DCR, intake, deficit, surplus, kalori seimbang, crash diet.

Anda tak ikut amalan baik, anda sakit, anda kaitkan KDK. Please be responsible to yourself. Tak perlu kaitkan KDK atas kecuaian ANDA sendiri.

AHLI KDK jangan pula ambil kesempatan untuk jual UBAT KURUS dan cuci tangan.. ADMIN sedang mengenalpasti penjual ubat kurus dalam KDK.. Mohon siapa-siapa yang pernah mendapat piyem tentang UBAT KURUS untuk laporkan kepada mana-mana ADMIN.

p/s: Please guy kalau nak kurus tak salah tapi biarlah dengan cara yang betul dan sihat ok? biar lambat asal selamat .

tags: maut akibat diet ekstrim, diet ekstrim, makan ubat kurus, pil kurus, turun 18kg sebulan
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
 Tahniah! Shahrol Timbang Anak Lelaki, Isteri Bersalin Sebulan Awal
Gambar dari Instagram milik Shahrol. Shahrol bersama isteri dan anak yang baru lahir

Isteri kepada pelawak  Shahrol (Shiro) iaitu Nur Farhanah Syamimi, selamat melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pukul 9.36 malam Rabu lalu.

Bayi seberat 2.01 kilogram dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, bayi sulungnya itu dilahirkan sebulan awal daripada tarikh yang dijangka.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan isteri saya selamat bersalin pada malam Rabu lalu secara normal.

"Isteri saya bersalin 35 minggu iaitu sebulan lebih awal, namun dia dan bayi selamat dan dalam keadaan sihat. Mereka sudah pun dibenarkan pulang ke rumah semalam (Khamis)," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Shahrol berkata, dia turut berkesempatan melihat dan menyambut sendiri bayi tersebut ketika dilahirkan.

Katanya, perasaan gementar dan cemas ketika bersama isteri di dalam bilik bersalin sukar untuk digambarkan.

"Pada mulanya doktor tidak benarkan saya masuk kerana isteri saya tidak cukup bulan dan takut jika berlaku komplikasi tapi saya berdegil.

"Saya berjanji pada  mereka akan duduk diam-diam sahaja di sebelah isteri. Alhamdulillah, masa bayi nak keluar mereka panggil saya suruh lihat sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrol berkata, dia masih memilih nama yang sesuai untuk bayi lelaki tersebut.

Tambahnya, dia merancang untuk membesarkan bayi tersebut di kampung halamannya Kluang Johor.

"Anak dan isteri saya akan menetap di Kluang kerana saya lebih senang jika dia dibesarkan di kampung berbanding di Kuala Lumpur.

"Saya boleh berulang-alik ke kampung jika tiada sebarang pekerjaan di Kuala Lumpur," ujarnya.
Shahrol berkahwin dengan pengurusnya Nor Farhanah Syamimi, 27, pada 18 Mac 2016 di Kluang Johor.

tags: shahrol, shiro, ajak shiro, shahrol dapat anak lelaki, bersalin sebulan awal
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Azmin Ali Dakwa Seorang Menteri Kabinet Letak Jawatan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam akaun Twitternya pada Jumaat malam mendakwa seorang menteri kanan Kabinet telah meletakkan jawatan.

Menerusi laman Twitter miliknya itu, Azmin telah bertanya benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan?

Beliau tidak menamakan siapakah menteri yang dimaksudkan itu.

Azmin sebaliknya meminta pengikut Twitter untuk terus mengikuti perkembangan terkini.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam respon segeranya melalui laman Twitter juga berkata, tiada menteri yang meletakkan jawatan.

"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya bahawa dia letak jawatan.
"Saya anggap Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan, melainkan beliau boleh mendedahkan namanya," tegas Najib.

p/s: Betul atau tidak kita rakyat biasa ni pun tak tahu. Kalau betul letak jawatan agak-agak siapalah menteri tersebut kan? korang rasa siapa

Sumber: mstar

tags: menteri kabinet letak jawatan, azmin ali dakwa menteri kabinet letak jawatan, najib razak, perdana menteri malaysia, 1mdb, 1 malaysia, br1m


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Lelaki Anti Islam Tendang Wanita Hamil Sehingga Keguguran

Seorang lelaki Inggeris didakwa atas serangan berunsur perkauman terhadap seorang wanita Muslim di United Kingdom. Lebih teruk apabila dia juga menendang mangsa yang hamil dan menyebabkan mangsa kehilangan kembar dalam kandungannya.

David Gallacher telah menyerang wanita terbabit ketika mangsa sedang berjalan di kawasan tidak jauh dari masjid.

David juga didakwa menyerang lelaki yang cuba untuk campur tangan ketika kejadian berlaku. Mangsa seorang wanita berbangsa Somalia, melarikan diri ke rumahnya dalam ketakutan selepas serangan. Dia tidak tahu bahawa dia hamil anak kembar hingga diberitahu oleh pihak medik bahawa dia keguguran akibat serangan itu.

Mangsa mengalami trauma selepas serangan

Suami mangsa terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi untuk menjaga isterinya yang trauma selepas kejadian.

Serangan berlaku tidak jauh dari sebuah masjid yang pernah diserang aktivis berhaluan kanan selepas bangunan itu ditukar daripada sebuah pub kepada masjid. Bangunan itu di bom dan dilempar kepala babi.

Lelaki Anti Islam Tendang Wanita Hamil Sehingga Keguguran
Di sinilah lokasi serangan yang berlaku antara lelaki anti Islam  dengan wanita tersebut

Sumber: Oh Bulan

tags: lelaki anti islam tendang wanita hamil dan keguguran, wanita islam, somalia, united kingdom, rasict, masjid, golongan anti islam
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ▼  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ▼  February 2017 (38)
      • Terima Mesej Tanpa Henti, Nafi Terdesak Nak Kahwin
      • Tahniah! Stacy selamat bersalin anak perempuan
      • Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ik...
      • ANAK SULUNG PEREMPUAN... BAHUMU HARUS SEKUAT BAJA,...
      • Jep Sepahtu Hasrat Berumah tangga Sebelum Ibu Bapa...
      • Namakan anak ‘Muhammad Putra Naruto’, Shah Tapaw D...
      • Lalok sejak berusia 6 tahun
      • Nabil Ahmad Pengacara Karpet Merah Oscars
      • Ibu Tom Cruise Meninggal Dunia Ketika Sedang Tidur
      • Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Pe...
      • Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Da...
      • Buku Keluaran Fattah Amin Di Kecam Nitizen, Ini Re...
      • Lagu Hazama - Di Amaran Mama Ada Kaitan Dengan Daj...
      • Kentut Depan Suami Buat Hubungan Bertambah Bahagia
      • 10 Cara Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan
      • Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Ber...
      • Wanita Amalkan Diet Ekstrim & Ubat Kurus Turun 18k...
      • Tahniah! Shahrol Timang Anak Lelaki, Isteri Bersal...
      • Azmin Ali Dakwa Seorang Menteri Kabinet Letak Jawatan
      • Lelaki Anti Islam Tendang Wanita Hamil Sehingga Ke...
      • Hairul Azreen Nafi Kongkong Hanis Zalikha
      • Paksa Song Ji Hyo Sentuh Serangga, Running Man Dik...
      • Ayah sengaja gunakan media serang ibu - Anak Zaina...
      • Zainal Abidin Tak Salahkan Anaknya Ikut Budaya Barat
      • Kerana Coconut Shake Gadis Melayu Dilamar Lelaki K...
      • Shuib Sepahtu Nak Kahwin Lagi
      • Peminat Hampir Pengsan Bila Lee Min Ho Buat Kejuta...
      • King Coco Bakal Jadi Ibu Guna Hashtag #rezekiAnak
      • Suri Rumah Pekerjaan Paling Sukar Bagi Preity Zinta
      • Awas, Tolonglah Buang Kalau Air Mineral Tertinggal...
      • Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', I...
      • Tanda - Tanda Isteri Meroyan Yang Perlu Para Suam...
      • Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu ...
      • Brad Pitt enggan bayar nafkah anak kepada Angelina...
      • Ini Respon Tunku Idris Selepas Ruangan Komen Insta...
      • 'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat ...
      • Cara Halau Tikus Dari Rumah Dengan Menggunakan Unc...
      • Elak Sebut 'NO' atau 'Jangan' Kepada Anak, Sebalik...
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!