Tanda - Tanda Isteri Meroyan Yang Perlu Para Suami Ambil Tahu


Sekiranya suami peka dan ambil tahu tentang tanda-tanda meroyan, berkemungkinan sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kepada isteri.

Secara logiknya, adakah seorang ibu sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anak sendiri sedangkan dia telah mengandungkan bayinya selama 9 bulan? Adakah seorang ibu yang normal mentalnya sanggup mendera atau menampar anaknya sendiri?

TANDA - TANDA ISTERI MEROYAN YANG  PERLU PARA SUAMI AMBIL TAHU

Ibu berkenaan tentunya seorang yang berpendidikan dan juga datang daripada keluarga yang mementingkan kasih sayang. Persoalannya, mengapa seorang ibu sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya seorang ibu lakukan kepada anak sendiri?

Sebenarnya, masyarakat kita hari ini terutama Melayu amat menyedari dan tahu akan penyakit meroyan ini akan menyerang seorang ibu selepas bersalin iaitu hilang pertimbangan atau mengalami gangguan mental.

Sebutan gila meroyan bunyinya sangat kejam dan seolah-olah menghina, namun itulah nama sebenar penyakit ini yang akan menyerang para ibu selepas melahirkan anak.

Keprihatinan seorang suami terhadap seorang isteri adalah amat penting kerana hanya suami orang yang paling terdekat dan akan menyedari akan tanda-tanda meroyan sebelum ianya berlaku dengan lebih teruk lagi.

Tetapi adakah semua lelaki yang bergelar suami memahami akan situasi dan tanda meroyan ini? Jadi, semua lelaki wajib mengambil tahu serba sedikit tentang ini agar perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada isteri.

Postnatal depression adalah suatu penyakit yang harus dirawat dengan segera. Lelaki dan masyarakat keseluruhannya seharusnya lebih memahami tentang penyakit ini.

Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi.

Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

Tanda-Tanda Awal Meroyan Boleh Dilihat Selepas Dua Hari Bersalin

1) Gangguan tidur

2) Keresahan

3) Sensitif

4) Rendah diri

5) Kurang selera makan

6) Selalu bersedih.

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia
realiti akan hilang.

Biasanya pesakit akan bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu.

Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya.


Faktor Menyebabkan Meroyan

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental ini:

1. Faktor genetik atau baka

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir

TANDA - TANDA ISTERI MEROYAN YANG  PERLU PARA SUAMI AMBIL TAHU


Suami Biasanya Tidak Faham Akan Emosi Dan Tekanan Si Isteri

- Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak dikehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

- Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.

- Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa.

Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan.

Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.

Rawatan Meroyan
Sokongan daripada suami adalah yang terpenting dan dikatakan penawar yang paling mujarab dalam membendung penyakit meroyan ini. Sokongan emosi daripada orang atau ahli keluarga terdekat adalah perlu. Pesakit disarankan mendapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya keluarga tidak lagi dapat mengawalnya.

Selain itu, kaunseling hubungan suami isteri harus dilakukan kerana wanita yang mempunyai penyakit ini didapati amat membenci hubungan seksual. Kaunseling harus dilakukan segera demi meyelamatkan rumahtangga.


Persediaan Sebelum Mempunyai Anak

- Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.

- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran.

- Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata.

- Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak.


Sumber: Forum Mesra.net

tags: ibu kelar anak, meroyan, postnatal depression, postpartum depression, masalah mental, bunuh anak sendiri

You May Also Like

1 Comments

  1. kalau suami pulak meroyan nak kawen 1 lagi macam mana??

    ReplyDelete