Brad Pitt enggan bayar nafkah anak kepada Angelina Jolie


Brad Pitt enggan bayar nafkah anak kepada Angelina Jolie


Perbalahan antara pasangan pelakon Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin memuncak apabila Pitt
dilaporkan enggan membayar nafkah anak sebanyak AS$100,000 (RM442,000) kepada bekas isterinya itu.

Menurut sumber, Pitt tiada masalah menjaga enam anak mereka, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan pasangan kembar, s Vivienne dan Knox, tetapi tidak akan membayar nafkah anak kepada Jolie.

Sumber berkata, AS$250,000 (RM1.1 juta) akan dimasukkan ke dalam tabung amanah setiap seorang anak mereka setiap tahun, yang dihadkan AS$5 juta (RM22 juta). "Itu merangkumi semua perbelanjaan anak mereka selain mewujudkan tabung amanah bagi setiap seorang kanak-kanak itu," kata sumber kepada majalah In Touch.


Brad Pitt enggan bayar nafkah anak kepada Angelina Jolie


Jolie dikatakan berharap perceraian dapat dipercepatkan dalam masa 90 hari. "Angie mahu perceraian mereka rasmi dalam masa 90 hari, termasuk hak penjagaan dan harta sepencarian. "Namun dengan apa yang dimintanya, ia mungkin sukar.

Beliau membuat tuntutan kewangan tidak masuk akal," kata sumber. Jolie dan Ptt mengejutkan dunia apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 19 September 2016, memohon hak penjagaan tunggal enam anak mereka.

Baru-baru ini, Jolie dan enam anak mereka, meraikan sambutan Tahun Baru di Colorado tanpa Pitt. Pelakon berusia 41 tahun itu membawa anak mereka ke Colorado selepas bertemu Pitt pada Krismas.


Sumber: Berita Harian

tags: brad pitt, angelina jolie, brad pitt dan angelina jolie berpisah, tuntutan nafkah, maddox, harta sepencarian 

You May Also Like

0 Comments