Lagu Hazama - Di Amaran Mama Ada Kaitan Dengan Dajjal?
Mungkin ramai yang tidak setuju dengan tajuk artikel ini. Mana tidaknya, lagu Hazama ini seperti lagu - lagu popular yang sering kita dengar diradio. Akan tetapi kami merasakan, disebalik baris - baris lirik ini, pastinya mempunyai maksud yang tersirat. Lagu ini ditulis sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita kerana kita berada di akhir - akhir zaman. Sama ada anda setuju atau tidak, lagu ini ada kaitan dengan penceritaan kisah dajjal yang akan datang menguji seluruh umat manusia.
Apabila kami baca setiap baris lirik ini, ada maksud tersirat yang diceritakan kepada kita. Contohnya:-
Mamaku ada kataRangkap pertama lirik ini menceritakan bagaimana ibu menceritakan kepada seorang anaknya mengenai dunia akhir zaman, dimana pada masa itu akan datang Dajjal yang akan menguji umat islam seluruh dunia.
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang
Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang
"Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga."
Kemudian Kami merujuk pula lirik diatas dan mendapati bait -bait lirik ini menceritakan mengenai Dajjal yang memiliki Syurga dan Neraka.
Mamaku kata lagi"Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga."
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya
Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya
Pada rangkap korus pula, setiap lirik ini menceritakan kesan - kesan kedatangan Dajjal diakhir zaman kepada umat Islam.
Engkau orangnya yang telah di amaran mama"Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan."
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya
Rangkap terakhir ini pula menceritakan tentang kedatangan Imam Mahdi memerangi segala kezaliman akhir zaman dan menegakkan keadilan.
Mamaku ada kataTelah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang
Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi
Ini adalah andaian kami sahaja. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kami. Ambil iktibar dan pengajaran, nescaya kita sentiasa beringat. Kami sediakan video lagu Di Amaran Mama untuk anda karaoke.
sumber: Kisah - kisah Nabi
tag: hazama, hazama azmi, lirik lagu hazama, lirik lagu di amaran mama, di amaran mama, lagu di amaran mama, video lagu di amaran mama
0 Comments