Zainal Abidin Tak Salahkan Anaknya Ikut Budaya Barat


Zainal Abidin Tak Salahkan Anaknya Ikut Budaya Barat

Penyanyi Zainal Abidin tidak pernah menyalahkan anak keduanya, Timur yang kini terikut-ikut  dengan gaya hidup barat.

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 58, berkata dia tidak dapat memantau sepenuhnya anaknya itu kerana sejak kecil ditinggalkan bersama bekas isterinya, Natasha Gabriel Abdullah yang merupakan seorang mualaf.

"Saya tak salahkan Timur yang kini terlalu mengikut budaya barat kerana dia tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang mualaf.

"Namun setiap kali dia berjumpa saya, saya akan mintanya memakai pakaian yang lebih sopan serta menanggalkan pewarna kukunya.

"Kemudian saya akan memintanya solat bersama saya.

"Dia seorang budak yang baik dan mendengar kata. InsyaAllah sedikit demi sedikit dia boleh berubah ke arah kebaikkan," kata Zainal Abidin lagi

Hasil perkahwinan terdahulu, Zainal dan isteri dikurniakan dua orang anak iaitu Mikhail, 24 dan Timur, 22.

Bercerita mengenai kehidupannya kini, penyanyi lagu Hijau itu berkata dia gembira membesarkan dua lagi anaknya yang lain bersama isteri terbaharu.

"Anak- anak saya membesar dengan baik dan saya suka terapkan mereka dengan ilmu agama.

"Saya juga pastikan anak-anak saya tidak meninggalkan solat kerana itu teras agama," katanya

Mengenai perkembangan lain, Zainal bersama kumpulan Headwin bakal menjayakan konsert The Musical Journey of Zainal Abidin- 35 Anniversary di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, pada 25 Februari ini.

Sumber: Astro gempak

tags:Zainal Abidin Tak Salahkan Anaknya Ikut Budaya Barat, zainal abidin, headwind, nafkah anak, Natasha Gabriel Abdullah , timur zainal abidin, timur anak zainak abidin

You May Also Like

0 Comments