BERITA - TH Umum Senarai Nama Jemaah Haji Yang Masih Hilang


Sama - samalah kita mendoakan keselamatan jemaah haji.


Lembaga Tabung Haji (TH) sebentar tadi telah mengesahkan bahawa jumlah jemaah haji daripada telah meningkat daripada enam kepada lapan orang berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku semalam.

Peningkatan jumlah jemaah yang hilang ini dikenalpasti selepas pihak TH telah melakukan semakan kali ke dua di maktab-maktab dan telah selesai pada jam 10.00 pagi waktu Saudi (3 petang waktu Malaysia).

Selepas selesai membuat semakan didapati dua orang lagi Jemaah gagal dikesan menjadikan jumlah keseluruhannya lapan orang jemaah iaitu tiga orang lelaki dan lima orang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada awal pagi tadi telah mengesahkan seramai enam jemaah Malaysia masih belum dapat dikesan selepas tragedi tersebut.

Berikut adalah nama-nama jemaah tersebut.

1. Abdul Habib Lahman (68 Tahun), Sik, Kedah

2. Shahidan Saad (52 Tahun), Kodiang, Kedah

3. Zainun Taha (69 Tahun), Ampang, Selangor

4. Rohana Ismail (54 Tahun), Kuala Krai, Kelantan

5. Munah Jusoh (73 Tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 Tahun), Tanah Merah, Kelantan

7. Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8. Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Bagaimanapun pasukan mencari dan menyelamat TH sedang bekerja keras dan menggiatkan usaha untuk menjejaki kesemua jemaah berkenaan di lokasi persekitaran Masjidil Haram serta klinik dan hospital sekitar Makkah.

Selain itu pihak TH juga memaklumkan sehingga jam 1.00 petang waktu Saudi( 6 petang waktu Malaysia) hari ini tiada penambahan bilangan jemaah baru yang cedera dilaporkan menjadikan jumlah jemaah yang cedera masih kekal dengan sepuluh orang.

Kesemua jemaah yang cedera ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz; Hospital Raja Faizal (1 orang); Hospital An Nur (1 orang), Pusat Rawatan Tabung Haji (6 orang) manakala seorang jemaah telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Orang ramai serta waris boleh menghubungi talian 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat.

You May Also Like

1 Comments