GOSSIP - Saya Masih Okay - Tasha Shilla


Lantak kau lah..

Tasha Shilla

SEJAK KEBELAKANGAN ini nama Tasha Shilla atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak cukup hangat diperkatakan. Pendek kata, elemen kontroversi tak pernah lekang menghimpitnya. Semakin hari semakin menjadi-jadi pula kisah membabitkan dirinya. Beberapa teman rapat yang mengenalinya secara peribadi cukup bimbang dengan apa yang dilaluinya kini.

Ada yang skeptikal melihat pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ini seperti semakin daring dan berani mati menunjukkan warna dirinya yang sebenar. Tak kurang yang melihat perkara itu disebabkan apa yang dilaluinya sehingga mula membuatkannya terkesan sekali gus tertekan, lalu melakukan perkara yang di luar kebiasaan imej dirinya selama ini.

Apakah dalam diam Tasha sebenarnya sedang memberontak dalam dirinya? Diaju hal itu, Tasha memberikan senyum penuh makna dan percaya mungkin hal itu ada kebenarannya tetapi dia tidak mahu terlalu larut dengan perasaan sendiri.

Tasha menegaskan dia masih seperti sedia kala dan berpijak di bumi nyata. "Saya masih okey! Saya anggap ini mahu atau tidak menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Orang sudah kenal saya sebagai Tasha Shilla. Jadi pastinya setiap gerak geri dan apa sahaja mengenai saya, orang nak ambil tahu. Tetapi apabila kita jadi diri sendiri, orang mula skeptikal dan salah faham.

"Sepatutnya kenalilah diri sendiri dahulu sebelum nak kenal orang lain atau sebelum nak nasihat orang, tengok dahulu diri sendiri. Kadang kala kita cuba untuk menjadi diri sendiri. Di saat kita sudah rasa diri ini sudah menjadi diri sendiri tapi orang yang memandang mungkin memikirkan sebaliknya. Dalam hidup ini kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Cuma sekarang ini saya selesa begini, saya harap terimalah diri ini seadanya.

"Saya menerima komen semua termasuk di laman Instagram dengan hati terbuka. Sama-sama doa yang terbaik dan janganlah bergaduh di laman sosial kerana hal sebegini. Bagi saya prinsip diri, masuk telinga kanan, ...keluar telinga kiri terutama hal yang negatif.

Saya ambil aura yang positif sahaja. Saya kini banyak membaca buku atau madah bermotivasi selain mencarinya di laman internet," katanya.

Sumber -  BPOP

You May Also Like

0 Comments