• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Bila senior bajet matang. TQ


Kami difahamkan melalui Harian Metro, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah berasrama penuh disini terpaksa menerima 9 jahitan apabila mulutnya koyak akibat dipijak dengan but bola sepak oleh pelajar senior tingkatan empat dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12 tengah malam itu, mangsa didatangi oleh empat pelajar tingkatan empat sebelum dia dibelasah di bahagian muka.

Sumber Harian Metro melaporkan, remaja itu dibelasah kerana meminta rakannya supaya tidak mengikut arahan pelajar 'senior' di asrama sekolah terbabit.

"Ada pelajar ‘junior’ dibuli dengan dipaksa mencuci pakaian dan membeli makanan menyebabkan mangsa menasihati rakannya yang dibuli itu supaya tidak tunduk dengan arahan pelajar tingkatan empat berkenaan.

"Bagaimanapun, pelajar ‘senior’ itu mengetahui perkara berkenaan dan mereka membelasah remaja tingkatan 2 itu. Seorang daripada mereka memijak mulut mangsa dengan but bola sepak, manakala yang lain memukul dengan tangan di muka," katanya.

Menurut sumber itu juga, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima jahitan di mulut.

Ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dengan sengaja.

HairanBlog - Sepatutnya senior bimbing junior. Tapi budaya sampah macam ini masih berleluasa.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Perghhh! Terbaik. TQ

Seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pegajian peringkat PhD di University Of Glasgow, Scotland bersama pasukannya telah berjaya mengharumkan nama negara apabila beliau telah berjaya membuktikan teoti Alberts Einstein berhubung gelombang graviti.


Norhafizah Noor Isa yang berasal daripadan Machang, Kelantan adalah bekas penuntut di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) untuk ijazah Sarjana Muda (2006-2009) dan Peringkat Sarjana (2009-2012) di universiti yang sama dalam bidang Fizik Bahan.

Di University Of Glasgow, beliau merupakan ahli Institut Graviti Penyelidikan di universiti tersebut di mana beliau telah menyumbangkan kertas Saintifik 'Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger'.


Pertemuan beliau bersama pasukannya telah menjadi bualan banyak media antarabangsa sejak minggu lalu.

Pencapaian berkenaan turut telah meraih kepujian daripada ahli akademik Malaysia, termasuk profesor fizik Universiti Putra Malaysia (UPM), Hishamuddin Zainuddin yang telah berkongsi petikan daripada kertas saintifik itu dalam laman Facebooknya.

Terbaru, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris telah melahirkan ucapan tahniah kepada beliau dan pasukannya kerana berjaya membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas ini.


HairanBlog - Ini baru la kita bangga. Bukan macam Raver loser sampah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Syukur duit BR1M makin naik...

BR1M 2016 - Pemberian BR1M Lebih Tinggi Mulai Tahun Depan

IPOH - Kerajaan masih berupaya untuk membuat pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun ini, malah akan menambah nilai bantuan bermula tahun hadapan untuk semua peringkat penerima berpandukan kepada kedudukan kewangan semasa negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan menambah jumlah bantuan itu bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya ;-
Pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi, tetapi memadai bagi kerajaan menggunakannya untuk mentadbir dan perbelanjaan pembangunan negara.

Kita akan beri tumpuan kepada perbelanjaan yang lebih utama dan ini termasuklah BR1M, katanya ditemui selepas Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, hari ini.
Husni berkata, golongan berpendapatan paling rendah akan menerima penambahan bayaran paling tinggi bagi membantu mereka menghadapi bebanan berikutan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2016 pada 23 Oktober ini, katanya.

Sumber : Berita Harian

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Adakah ini satu ujian buat kita? Fikirkan..

Tampar Imam - Inikah Punca Kenapa Lelaki Ini Menampar Imam Semasa Solat Jumaat?

Kecoh semalam apabila seorang lelaki (dipercayai kaum India Kashmir) bertindak menampar Imam Masjid Negara ketika solat Jumaat hari ini kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika rakaat pertama solat berkenaan yang dipimpin oleh Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39.

Lihat video penuh cctv disini - VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

Lelaki warganegara India berusia 31 tahun itu datang dari arah belakang ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah, kata Zainol. Difahamkan lelaki berkenaan cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee namun gagal menyebabkan beliau berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba. Pengurusan masjid kemudiannya membawa lelaki berkenaan keluar serta-merta dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Zainol berkata, lelaki itu sudah ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. “Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai mengalami masalah mental dan sering bercakap seorang diri,” katanya. Zainol berkata, imam itu ditampar di sebelah pipi kanan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit kepala akibat kesan tamparan. Insiden itu berlaku selama kira-kira tiga minit sebelum Mohd Zuhairee kembali mengimamkan solat Jumaat dan meminta semua makmum solat semula.

Bilal bertugas Mohamed Shukri Che Yusoh, 23, berkata beliau tidak menyangka insiden itu boleh berlaku. “Sebelum ini tidak pernah berlaku perkara seperti ini di sini (Masjid Negara), saya agak terkejut dan syukur keadaan terkawal,” katanya.

Sumber: Bernama
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Bukti terbaru ditemui..

Anthony Kevin Morais

SUBANG JAYA - Kami difahamkan melalui Hairan Metro bahawa dikatakan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram.

Suspek kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chee Wen.

Mayat Morais akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik. Ketika ini mayat masih berada di lokasi kejadian, selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota Bomba.

Satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini.

Kevin Anthony Morais


Kevin Anthony Morais

Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais:

4 September - Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September -  Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September - Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September - Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian.

Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September - Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan.

Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September - 6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak.

8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.

8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

9.15 pagi - Petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

10.10 pagi - Polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

Berikut adalah petikan video ringkas mengenai laporan ditempat kejadian:


Sumber: HairanMetro
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Meleis memang suka benda - benda macam nih!!

Pemergian mereka bertemu Maha Pencipta di tempat yang menjadi impian setiap umat Islam adalah satu anugerah yang terhebat dariNya di mana pada petang Jumaat lalu dimana sebuah kren pembinaan telah terbalik yang menyebabkan sekuran-kurangnya 107 orang jemaah haji telah meninggal dunia di Masjidil Haram, Mekah termasuk lima orang rakyat Malaysia.

Disebalik ada yang kagum dan ada yang meratapi pemergian mereka ini, ada juga berita tidak sedap didengar apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita-berita palsu mengenai mereka di laman sosial.

Kami sendiri terjumpa sekeping gambar palsu berkenaan yang telah pun diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya menunjukkan gambar jenazah seorang jemaah haji Malaysia, Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli sedang tersenyum semasa dikapankan.

Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan

Gambar tersebut memaparkan gambar arwah Nuroshlizan yang betul dan sekeping gambar seorang wanita  yang kononnya adalah jenazah arwah yang sedang tersenyum.

Berdasarkan pemerhatian kami berita dan gambar palsu berkenaan telah dikongsi oleh ramai pengguna Facebook menyebabkan ianya telah tersebar dengan begitu cepat dan admin cuba mencari siapakah sebenarnya gambar jenazah tersenyum itu.

Namun, apa yang kami dapat berdasarkan carian Google, gambar itu sudah pun ada sejak dari tahun 2014 lagi sedangkan arwah baru meninggalkan kita beberapa hari yang lalu.

Kami cuba menghubungi adik lelaki arwah, Amalludin Zolkifli dan beliau mengesahkan apa yang disebarkan itu adalah berita palsu.

Beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan kerana walaupun apa yang disebarkan bukan memburukkan tetapi ia seolah-olah mempermainkan gambar dan pemergian arwah kerana perkara itu tidak berlaku.
Semasa ayah saya berada di hospital di Mekah, dia telah cuba mengambil gambar arwah kakak namun telah dihalang oleh kakitangan hospital inikan pula gambar arwah hendak dikebumikan kerana prosuder di tempat pengebumian lagi ketat dari hospital.

Saya rasa amat kecewa dan risau dengan penyiaran gambar-gambar ini kerana takut akan menimbulkan perlbagai masalah lain di masa depan, Katanya yang nyata terkilan dengan perkara ini.
Amalludin juga memberitahu selain gambar itu dia juga mendapat satu lagi gambar lain berita palsu mengenai arwah di laman sosial.

Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan

Selain gambar kononnya jenazah arwah kakak saya tersenyum itu ada lagi satu berita dan gambar palsu mengenai arwah iaitu tersebar gambar kononnya gambar arwah kakak saya semasa dijumpai ditempat kejadian di mana mayatnya sedang sujud.

Itu bukanlah kakak saya, saya sudah menghubungi pihak tabung haji untuk mengetahui tentang hal ini. Cerita beliau dengan nada kecewa.
Beliau meminta kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu ini kerana ia sama sekali tidak benar.

Jadi nasihat kami sendiri kepada sesiapa yang telah memuatnaik atau telah share gambar-gambar berkenaan, hentikan penyebaran berita - berita palsu ini, hormatlah kepada Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli dan keluarga. Arwah pergi dengan keadaan yang sungguh mulia, kenapa kita perlu untuk mengaibkan arwah.

Marilah bersama-sama kita mengirimkan doa kepada mereka yang terkorban ini semoga sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya dan mendoakan jemaah-jemaah haji yang cedera cepat sembuh supaya dapat menunaikan haji dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada semua jemaah-jemaah haji di sana dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur.

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!