• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Bapak seram siot!



Satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupanya?

Mungkin bagi yang pernah terlihat sekali dua, sukar untuk menjelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan makhluk itu.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang seringkali melihat makhluk-makhluk ini?

Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melakar rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.

Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut.

Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.

@amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen "Antara hantu mel selalu nampak"

Dia kemudiannya menceritakan mengenai lakaran satu makhluk berkepala botak dengan berkata : "Yang mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia."


Kemudian @amalinaahmd menyambung dengan menceritakan tentang satu makhluk yang menyerupai seorang kanak-kanak lelaki. Menurut @amalinaahmd, kanak-kanak itu selalu mengikutinya ketika dia mengambil peperiksaan akhir.

"Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. ".

"Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah  rindu lah tu", tulisnya.

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.

"This is cempaka look a like. "

"Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampak lah. Pakaian serba kuning"

Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

"Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where.

"Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai

"Besok tu demam", tulis @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

HairanBlog - Elehhhhh!! Kami jumpa hantu lagi seram..sangat seram sampai tak tercapai dek akal..Hantu ape? Hantu yang bertopengkan manusia!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Icon belia? Hmmm...
Tabiat menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape kini sudah menjadi satu trend terutamanya kepada perokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok yang menggunakan tembakau atau sekadar suka-suka.

Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia dikatakan dapat membantu menjimatkan duit berbanding menggunakan rokok tembakau selain baunya tidak busuk jika dihidsap ditempat awam.

Namun keburukan vape ini ialah apabila ada mereka yang tidak merokok menjadikanya sebagai satu tabiat baru dan apa yang lebih tidak manis ianya digunakan oleh golongan wanita dan remaja bawah umur.

Jika dari segi masalah moral, sama juga seperti merokok, etika perundangannya sama juga seperti rokok di mana ia tidak boleh digunakan oleh remaja berumur 18 tahun kebawah.

Tapi apapun yang sebaik-baiknya ialah tidak mengamalkan kedua-dua tabiat ini iaitu tidak merokok dan juga tidak menghisap vape.

Jadi, untuk menggalakkan hal ini perlulah ada kempen atau contoh ikutan daripada mana-mana tokoh atau orang yang diangkat sebagai ikon.

Tetapi yang sedikit panas ketika ini ialah seorang yang dianggkat sebagai 'Ikon Belia' yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat sebaliknya mempromosi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini.

Kerana tindakannya menghisap dan mempromosi vape ini di dalam laman Istagramnya, seorang pengguna laman sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurul Hidayah Ahmad Hamidi yang merupakan Ikon Belia Negara.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau,
Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.

Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.

Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Damn Good!

Kami difahamkan bahawa kelmarin, Proton telah mempamerkan model konsep trak pikapnya di karnival Alami Proton 2015 Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam.

Memetik laporan dari Carlist.my, model yang belum mempunyai nama itu menyerlahkan rekabentuk yang garang. Namun setakat ini Proton masih belum memberi kepastikan sama ada trak konsep itu akan diprodukkan.

Karnival Alami Proton 2015 yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga esok di Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 petang.


COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

tags: #Proton, cool, Cool Kot, Proton, Santai, Proton pickup
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Lagi kes dera di Taska...

BIADAP - Video Pekerja Taska Dera Kanak - Kanak di Ipoh Kini Viral?

Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul di sebuah taska yang didakwa berlaku di Ipoh, Perak mula menjadi viral.

Video berkenaan dipercayai dirakamkan oleh seorang bekas pekerja di taska berkenaan yang bertujuan mahu memberi nasihat kepada ibu bapa tentang layanan buruk yang diberikan terhadap anak-anak yang dihantar ke pusat berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis selepas dimarahi oleh seorang wanita, sambil memukul tangan dan pipi serta menekup mulut mangsa.

Berdasarkan kapsyen video berkenaan, penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan terjadi kononnya dia telah menggigit kanak-kanak lain.

Namun walau apa sekalipun alasannya, adalah tidak patut untuk mendera sehingga sebegitu rupa. Semoga tindakan pantas pihak berwajib dapat mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi.


Pemilik Taska Pukul Budak.!sy pernah bekerja di taska dulu..owner dia slalu pukul budak dan sy sempat rakam dia pukul...
Posted by Media Info Semasa on Sunday, September 20, 2015
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Perogol jahanam!


Kami difahamkan melalui artikel SiakapKeli, seorang gadis telah mengejutkan penduduk di kampung Koidupan di sini apabila muncul dengan keadaan lemah dan berdarah di bahagian muka.

Kejadian diceritakan oleh salah seorang penduduk kampung berkenaan di laman Facebook. Menurut individu terbabit, gadis asing itu muncul ketika penduduk sedang bermesyuarat Agung Tahunan PBS di Balairaya Kg Koidupan.

Tambah individu tersebut, gadis itu berkata dia menjadi mangsa ragut dan hampir menjadi mangsa rogol sebelum dicampak ke dalam parit apabila gadis tersebut berpura-pura mati.

Gadis berkenaan di hantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Setakat ini masih belum ada laporan rasmi tentang kejadian. Berikut adalah gambar - gambar sewaktu kejadian.





Sumber - SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
#IStandWithAhmed

Selepas berita penahanan seorang pelajar Muslim, Ahmed Mohamed yang ditahan polis kerana disangka membawa bom ke sekolah, ramai yang teringin untuk melihat jam buatan pelajar tersebut. Kami pun hairan dan mahu lihat.

Jadi inilah jam buatan Ahmed Mohamed yang tak nampak macam bom langsung. Melainkan anda tidak pernah lihat bom mungkin anda pun akan menyangka ini sebuah bom. Tapi kami pasti pelajar kemahiran tahu ini bukan sebuah bom.

#IStandWith Ahmed

Jam buatan Ahmed ini sangat simple tapi kami salute dengan kebolehan budak berusia 14 tahun yang mampu mencipta jam yang berfungsi.

Sekali pandang casing jam ini seperti diperbuat daripada kotak pensel. Di dalamnya terdapat bahagian bahagian elektronik yang dicantum untuk menjadikan jam ini berfungsi. Seperti yang anda dapat lihat terdapat skrin paparan, sebuah transformer untuk mengawal voltage, penyambung 9-volt sebagai backup bateri, board kawalan dengan butang untuk set jam, dan board utama untuk menyambung semua komponen menggunakan kabel ribbon.

Sebagai seorang budak yang baru berusia 14 tahun, Ahmed patut berbangga dengan ciptaanya. Ini adalah proses pembelajaran untuknya. Keinginan beliau untuk break things apart dan membinanya semula patut menjadi tauladan kepada kanak kanak lain supaya dapat mengembangkan kreativiti.

Namum malang bagi Ahmed kerana cikgu cikgunya tidak dapat memahami ciptaanya. Tetapi tidak mengapa. Disebalik yang berlaku ada hikmahnya. Ahmed kini dikenali dikalangan tech geek. Malah CEO Facebook, Mark Zuckerbeg juga mengenali beliau.

Kami berharap melalui kejadian ini, orang dewasa dapat delay judgement terhadap kebolehan dan kreativiti kanak kanak. Siapa tahu anak anak anda mungkin innovator berjaya pada masa suatu hari nanti. Kerjaya masa hadapan bergantung kepada bakat.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Lantak kau lah..

Tasha Shilla

SEJAK KEBELAKANGAN ini nama Tasha Shilla atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak cukup hangat diperkatakan. Pendek kata, elemen kontroversi tak pernah lekang menghimpitnya. Semakin hari semakin menjadi-jadi pula kisah membabitkan dirinya. Beberapa teman rapat yang mengenalinya secara peribadi cukup bimbang dengan apa yang dilaluinya kini.

Ada yang skeptikal melihat pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ini seperti semakin daring dan berani mati menunjukkan warna dirinya yang sebenar. Tak kurang yang melihat perkara itu disebabkan apa yang dilaluinya sehingga mula membuatkannya terkesan sekali gus tertekan, lalu melakukan perkara yang di luar kebiasaan imej dirinya selama ini.

Apakah dalam diam Tasha sebenarnya sedang memberontak dalam dirinya? Diaju hal itu, Tasha memberikan senyum penuh makna dan percaya mungkin hal itu ada kebenarannya tetapi dia tidak mahu terlalu larut dengan perasaan sendiri.

Tasha menegaskan dia masih seperti sedia kala dan berpijak di bumi nyata. "Saya masih okey! Saya anggap ini mahu atau tidak menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Orang sudah kenal saya sebagai Tasha Shilla. Jadi pastinya setiap gerak geri dan apa sahaja mengenai saya, orang nak ambil tahu. Tetapi apabila kita jadi diri sendiri, orang mula skeptikal dan salah faham.

"Sepatutnya kenalilah diri sendiri dahulu sebelum nak kenal orang lain atau sebelum nak nasihat orang, tengok dahulu diri sendiri. Kadang kala kita cuba untuk menjadi diri sendiri. Di saat kita sudah rasa diri ini sudah menjadi diri sendiri tapi orang yang memandang mungkin memikirkan sebaliknya. Dalam hidup ini kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Cuma sekarang ini saya selesa begini, saya harap terimalah diri ini seadanya.

"Saya menerima komen semua termasuk di laman Instagram dengan hati terbuka. Sama-sama doa yang terbaik dan janganlah bergaduh di laman sosial kerana hal sebegini. Bagi saya prinsip diri, masuk telinga kanan, ...keluar telinga kiri terutama hal yang negatif.

Saya ambil aura yang positif sahaja. Saya kini banyak membaca buku atau madah bermotivasi selain mencarinya di laman internet," katanya.

Sumber -  BPOP

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Syukur duit BR1M makin naik...

BR1M 2016 - Pemberian BR1M Lebih Tinggi Mulai Tahun Depan

IPOH - Kerajaan masih berupaya untuk membuat pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun ini, malah akan menambah nilai bantuan bermula tahun hadapan untuk semua peringkat penerima berpandukan kepada kedudukan kewangan semasa negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan menambah jumlah bantuan itu bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya ;-
Pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi, tetapi memadai bagi kerajaan menggunakannya untuk mentadbir dan perbelanjaan pembangunan negara.

Kita akan beri tumpuan kepada perbelanjaan yang lebih utama dan ini termasuklah BR1M, katanya ditemui selepas Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, hari ini.
Husni berkata, golongan berpendapatan paling rendah akan menerima penambahan bayaran paling tinggi bagi membantu mereka menghadapi bebanan berikutan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2016 pada 23 Oktober ini, katanya.

Sumber : Berita Harian

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Adakah ini satu ujian buat kita? Fikirkan..

Tampar Imam - Inikah Punca Kenapa Lelaki Ini Menampar Imam Semasa Solat Jumaat?

Kecoh semalam apabila seorang lelaki (dipercayai kaum India Kashmir) bertindak menampar Imam Masjid Negara ketika solat Jumaat hari ini kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika rakaat pertama solat berkenaan yang dipimpin oleh Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39.

Lihat video penuh cctv disini - VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

Lelaki warganegara India berusia 31 tahun itu datang dari arah belakang ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah, kata Zainol. Difahamkan lelaki berkenaan cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee namun gagal menyebabkan beliau berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba. Pengurusan masjid kemudiannya membawa lelaki berkenaan keluar serta-merta dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Zainol berkata, lelaki itu sudah ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. “Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai mengalami masalah mental dan sering bercakap seorang diri,” katanya. Zainol berkata, imam itu ditampar di sebelah pipi kanan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit kepala akibat kesan tamparan. Insiden itu berlaku selama kira-kira tiga minit sebelum Mohd Zuhairee kembali mengimamkan solat Jumaat dan meminta semua makmum solat semula.

Bilal bertugas Mohamed Shukri Che Yusoh, 23, berkata beliau tidak menyangka insiden itu boleh berlaku. “Sebelum ini tidak pernah berlaku perkara seperti ini di sini (Masjid Negara), saya agak terkejut dan syukur keadaan terkawal,” katanya.

Sumber: Bernama
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Fakta Hari ini.

TAHUKAH ANDA? Rahsia Disebalik Wallpaper Windows XP?

Nama Charles O’Rear mungkin masih asing di telinga dan ingatan anda, Tetapi sebenarnya anda mengenali dirinya melalui hasil karya yang menjadi tatapan berjuta ramai orang di muka bumi ini terutamanya pengguna Windows Xp. Hasil karya terkenalnya ialah sebuah gambar pemandangan padang rumput hijau di bawah langit diselaputi awan yang merupakan “wallpaper default “Windows XP.

Menurut Charles, gambar ini diambil di Napa Valley yang terletak di sebelah utara San Francisco pada tahun 1996 dan yang menariknya gambar ini dihasilkan tanpa bantuan perisian “editing”.

Gambar berjudul “Bliss” ini diambil dengan menggunakan kamera Mamiya RZ67 serta bantuan tripod.

Jurugambar National Geographic ini ketika itu sedang menuju ke kediaman kekasihnya yang bernama Daphne, dan kini telah pun secara sah menjadi isteri beliau. Ketika dalam perjalanan, dia menyaksikan awan-awan terpisah di antara satu sama lain di atas rumput hijau yang sangat indah.

Lalu jurugambar yang kini berusia 73 tahun turun dari kereta dan merakamkan detik indah pemandangan tersebut menggunakan kameranya.

Kemudian Chuck mempamerkan hasil karyanya itu di sebuah galeri gambar. Gambar ini dibeli oleh Microsoft pada tahun 2001 untuk digunakan sebagai wallpaper Windows XP. Tidak terlintas langsung di fikiran Chuck bahawa karnya itu menjadi tatapan jutaan penduduk dunia.

Pihak Microsoft sendiri datang untuk berjumpa dengan Chuck pada awal April 2014 untuk mengadakan perbincangan mengenai gambar yang menjadi fenomena ini dan juga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jurugambar ini sebelum pihak Microsoft menamatkan sepenuhnya penggunaan sistem operasi Windows XP pada 8 April 2014.

Sumber: SajaKongsi
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wow...seriusly??

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 Masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.

Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?

VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar 'Pak Arab' Semasa Solat Jumaat?


Video rakaman cctv di dalam masjid. rupanya dia nak gantikan imam tu.patut dia tampar imam tu.kurang ajor
Posted by Oomedianetworks on Friday, September 18, 2015

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Good job Proton!!

Sebuah trailer dari filem Kapsul baru - baru ini dikatakan menunjukkan sebahagian reka bentuk Proton Perdana terbaru yang bakal dilancarkan pada tahun 2016. Apa yang menariknya ialah reka bentuk Perdana terbaru ini jauh lebih cantik dan kemas dari Perdana 2015 yang dikeluarkan hanya untuk kegunaan kerajaan. Lihat trailer filem Kapsul untuk melihat reka bentuk terbaru Proton Perdana.

Proton Perdana 2016

Proton Perdana 2016


Filem Kapsul - Jom Santai Mengenali Sejarah
Semangat juang TERHEBAT. Perjuangan mereka tetap diingati selamanya. Semoga negara kita lebih makmur dan bangsa kita lebih bersatu....Amin. www.filemkapsul.com ESOK 17.9.2015 di pawagam anda.
Posted by Kapsul The Movie on Wednesday, September 16, 2015
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry atas kelahiran anak sulung mereka. Cahaya mata perempuan itu telah selamat dilahirkan pada jam 11.44 malam pada 16 September 2015. Semoga dengan kehadiran sang puteri ini akan memeriahkan lagi kehidupan mereka suami isteri.

Lisa Surihani selamat melahirkan anak perempuan

Buat masa ini belum ada makluman lanjut tentang bayi sulung Lisa Surihani dan Yusry. Sama-sama kita doakan agar si ibu dan anak sihat sejahtera. Apa - apa pun, kami di HairanBlog mengucapkan jutaan tahniah kepada Yusry dan Lisa!!!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bukti terbaru ditemui..

Anthony Kevin Morais

SUBANG JAYA - Kami difahamkan melalui Hairan Metro bahawa dikatakan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram.

Suspek kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chee Wen.

Mayat Morais akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik. Ketika ini mayat masih berada di lokasi kejadian, selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota Bomba.

Satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini.

Kevin Anthony Morais


Kevin Anthony Morais

Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais:

4 September - Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September -  Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September - Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September - Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian.

Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September - Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan.

Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September - 6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak.

8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.

8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

9.15 pagi - Petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

10.10 pagi - Polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

Berikut adalah petikan video ringkas mengenai laporan ditempat kejadian:


Sumber: HairanMetro
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Meleis memang suka benda - benda macam nih!!

Pemergian mereka bertemu Maha Pencipta di tempat yang menjadi impian setiap umat Islam adalah satu anugerah yang terhebat dariNya di mana pada petang Jumaat lalu dimana sebuah kren pembinaan telah terbalik yang menyebabkan sekuran-kurangnya 107 orang jemaah haji telah meninggal dunia di Masjidil Haram, Mekah termasuk lima orang rakyat Malaysia.

Disebalik ada yang kagum dan ada yang meratapi pemergian mereka ini, ada juga berita tidak sedap didengar apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita-berita palsu mengenai mereka di laman sosial.

Kami sendiri terjumpa sekeping gambar palsu berkenaan yang telah pun diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya menunjukkan gambar jenazah seorang jemaah haji Malaysia, Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli sedang tersenyum semasa dikapankan.

Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan

Gambar tersebut memaparkan gambar arwah Nuroshlizan yang betul dan sekeping gambar seorang wanita  yang kononnya adalah jenazah arwah yang sedang tersenyum.

Berdasarkan pemerhatian kami berita dan gambar palsu berkenaan telah dikongsi oleh ramai pengguna Facebook menyebabkan ianya telah tersebar dengan begitu cepat dan admin cuba mencari siapakah sebenarnya gambar jenazah tersenyum itu.

Namun, apa yang kami dapat berdasarkan carian Google, gambar itu sudah pun ada sejak dari tahun 2014 lagi sedangkan arwah baru meninggalkan kita beberapa hari yang lalu.

Kami cuba menghubungi adik lelaki arwah, Amalludin Zolkifli dan beliau mengesahkan apa yang disebarkan itu adalah berita palsu.

Beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan kerana walaupun apa yang disebarkan bukan memburukkan tetapi ia seolah-olah mempermainkan gambar dan pemergian arwah kerana perkara itu tidak berlaku.
Semasa ayah saya berada di hospital di Mekah, dia telah cuba mengambil gambar arwah kakak namun telah dihalang oleh kakitangan hospital inikan pula gambar arwah hendak dikebumikan kerana prosuder di tempat pengebumian lagi ketat dari hospital.

Saya rasa amat kecewa dan risau dengan penyiaran gambar-gambar ini kerana takut akan menimbulkan perlbagai masalah lain di masa depan, Katanya yang nyata terkilan dengan perkara ini.
Amalludin juga memberitahu selain gambar itu dia juga mendapat satu lagi gambar lain berita palsu mengenai arwah di laman sosial.

Allahyarhamah Cikgu Nuroshlizan

Selain gambar kononnya jenazah arwah kakak saya tersenyum itu ada lagi satu berita dan gambar palsu mengenai arwah iaitu tersebar gambar kononnya gambar arwah kakak saya semasa dijumpai ditempat kejadian di mana mayatnya sedang sujud.

Itu bukanlah kakak saya, saya sudah menghubungi pihak tabung haji untuk mengetahui tentang hal ini. Cerita beliau dengan nada kecewa.
Beliau meminta kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu ini kerana ia sama sekali tidak benar.

Jadi nasihat kami sendiri kepada sesiapa yang telah memuatnaik atau telah share gambar-gambar berkenaan, hentikan penyebaran berita - berita palsu ini, hormatlah kepada Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli dan keluarga. Arwah pergi dengan keadaan yang sungguh mulia, kenapa kita perlu untuk mengaibkan arwah.

Marilah bersama-sama kita mengirimkan doa kepada mereka yang terkorban ini semoga sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya dan mendoakan jemaah-jemaah haji yang cedera cepat sembuh supaya dapat menunaikan haji dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada semua jemaah-jemaah haji di sana dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur.

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Elok lahhhh..


Semakin panas kami baca isu Rozita Che Wan yang telah umumkan beliau menarik diri daripada mejadi juri tetap Akademi Fantasia 2015, kerana kononnya beliau tidak boleh bekerja dengan Edry KRU yang tidak mempunyai sikap profesional apabila Pengetua AF 2015 tersebut menegur  serta mengherdik kritikan beliau hanya sekadar membunuh semangat pelajar-pelajar program realiti berkenaan.

Membalas kenyataan Che Ta , Edry mengalu-alukan aktres itu menarik diri kerana sepanjang beliau menjadi juri AF2015 beliau banyak memberikan komen tidak wajar ataupun tepat terhadap peserta-peserta.
Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF 2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberi komen yang tidak berasas dan saya setuju tentang hal itu.

Malah, Edry tidak merasa menyesal menegur Che Ta dan beranggapan beliau berhak untuk menegur pengkritik jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Sudah lama saya perhati komen yang dia beri terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tabir.

Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada ditegur.

Bagaimanapun saya tidak mengherdik dia seperti yang diperkatan dan pada masa sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu.
Sumber: BEAUTIFULNARA

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
This is Awesome!


Buat peminat setia Pokemon yang sentiasa mengikuti siri kartun mahupun siri gamenya. Ianya sangat popular sehingga pernah muncul di akhbar tempatan ibu bapa merungut anak-anak mereka menghabiskan wang membeli kad Pokemon untuk dimainkan. Tahun ini ialah ulang tahun ke-20 permainan yang dicipta oleh Satoshi Tajiri dan sebuah permainan baru bakal dilancarkan tahun hadapan menggunakan teknologi Alternate Reality (AR).

Pokemon Go ialah aplikasi permainan untuk Android dan iOS. Di dalam permainan ini anda boleh menangkap Pokemon di dunia sebenar. Ia memerlukan anda keluar dari rumah dan memburu Pokemon yang hanya boleh dilihat menerusi skrin peranti. Permainan ini dibangunkan oleh Niatic, syarikat yang sebelum ini terkenal dengan sebuah lagi permainan AR terkemuka Ingress. Selain menangkap Pokemon anda juga boleh berlawan ataupun melakukan pertukaran Pokemon yang dengan pemain yang lain.


Terdapat juga peranti boleh-pakai Pokemon Go Plus yang boleh dibeli oleh pemain. Peranti boleh pakai ini akan berkelip serta bergetar apabila pemain berada berhampiran seekor Pokemon maya. Jadi anda tidak perlu sentiasa melihat skrin peranti untuk memburu mereka. Tiada maklumat lanjut diberikan setakat ini. Tetapi kami yakin kemampuan menangkap Pikachu, Mewto dan Charizard di dunia sebenar pasti mengujakan peminat Pokemon tanpa mengira umur.


Sumber: AMANZ.MY
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Sama - samalah kita mendoakan keselamatan jemaah haji.


Lembaga Tabung Haji (TH) sebentar tadi telah mengesahkan bahawa jumlah jemaah haji daripada telah meningkat daripada enam kepada lapan orang berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku semalam.

Peningkatan jumlah jemaah yang hilang ini dikenalpasti selepas pihak TH telah melakukan semakan kali ke dua di maktab-maktab dan telah selesai pada jam 10.00 pagi waktu Saudi (3 petang waktu Malaysia).

Selepas selesai membuat semakan didapati dua orang lagi Jemaah gagal dikesan menjadikan jumlah keseluruhannya lapan orang jemaah iaitu tiga orang lelaki dan lima orang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada awal pagi tadi telah mengesahkan seramai enam jemaah Malaysia masih belum dapat dikesan selepas tragedi tersebut.

Berikut adalah nama-nama jemaah tersebut.

1. Abdul Habib Lahman (68 Tahun), Sik, Kedah

2. Shahidan Saad (52 Tahun), Kodiang, Kedah

3. Zainun Taha (69 Tahun), Ampang, Selangor

4. Rohana Ismail (54 Tahun), Kuala Krai, Kelantan

5. Munah Jusoh (73 Tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 Tahun), Tanah Merah, Kelantan

7. Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8. Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Bagaimanapun pasukan mencari dan menyelamat TH sedang bekerja keras dan menggiatkan usaha untuk menjejaki kesemua jemaah berkenaan di lokasi persekitaran Masjidil Haram serta klinik dan hospital sekitar Makkah.

Selain itu pihak TH juga memaklumkan sehingga jam 1.00 petang waktu Saudi( 6 petang waktu Malaysia) hari ini tiada penambahan bilangan jemaah baru yang cedera dilaporkan menjadikan jumlah jemaah yang cedera masih kekal dengan sepuluh orang.

Kesemua jemaah yang cedera ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz; Hospital Raja Faizal (1 orang); Hospital An Nur (1 orang), Pusat Rawatan Tabung Haji (6 orang) manakala seorang jemaah telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Orang ramai serta waris boleh menghubungi talian 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat.

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Please take note!

Rahsia disebalik kemajuan Israel yang kita tidak tahu.


Disebalik kemajuan yang dikecapi oleh mereka, dalam konteks yang lebih positif, kita perlu meneladani apa yang dilakukan oleh bangsa ini sehingga mereka mampu bangkit kejatuhan dan mencapai kemajuan diluar jangkaan manusia.

Perkongsian yang asalnya dimuatnaik di sebuah page The Patriots ini bukanlah bertujuan untuk mengiktiraf mereka (Israel), tapi apa salahnya kita gunakan sisi positif yang terdapat pada mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Ikuti sepenuhnya fakta pendedahan di bawah:

Apabila seseorang mengkaji tentang peredaran kemajuan dunia, semestinya nama yang merupakan sebahagian daripada teratas adalah Israel dalam berbagai-bagai sektor, seperti perbelanjaan untuk Research and Development (R&D), kepentingan ketenteraan, kekayaan negara (KDNK), pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Persoalannya, apakah rahsia mereka?

Tanpa henti, mereka semakin jadi gergasi dari segi inovasi dengan populasi kurang daripada 10 juta orang. Mereka sudahpun menghiasi prasarana-prasarana ekonomi mereka dengan lebih kurang 5,000 syarikat, yang kebanyakannya berteknologi tinggi. Bilangan besar inilah yang sedang membawa Israel kearah kemegahan teknologi global.

Dengan gabungan kebudayaan, persekitaran dan kerajaan yang dinamik, Israel sudah mampu menandingi Silicon Valley. Bukan sahaja bilangan syarikat mereka yang melahirkan perasaan “rambang mata” kepada masyarakat asing, tetapi hasil inovasinya yang sememangnya mengagumkan.

Tiga kejayaan besar mereka adalah:


  1. Waze – perisian sistem navigasi GPS yang berjaya meraih 50 juta pengguna;
  2. OrCam – teknologi yang membenarkan orang-orang buta yang mempunyai saraf mata yang sempurna untuk melihat;
  3. Phinergy – bateri lithium kereta yang menggandakan jarak kegunaan kereta-kereta elektrik
Gabungan kejayaan-kejayaan ini bersama dengan beribu-ribu lagi sedang membuatkan Israel menjadi “startup nation” yang merupakan intipati terbaik buat negara tersebut dan ekonomi global.

Bursa Saham Tel Aviv pula mempunyai senarai sebanyak 616 syarikat yang setiap syarikat tersebut mempunyai 12,500 rakyat, tetapi jauh beza dengan Amerika Syarikat yang menggabungkan 47,000 rakyat kepada setiap syarikat.


Namun, kejayaan-kejayaan ini hanyalah sejarah semata-mata. Yang melahirkan persoalan, bagaimana mereka boleh berjaya?

Secara umumnya, dunia yang membenci Israel akan berasa dengki dan mengaburkan kejayaan mereka dengan, “Amerika sedang bantu”.

Perasaan anti-Semitisme sentiasa membuak dalam darah manusia yang akan membutakan mereka sendiri daripada mencontohi kejayaan Israel walaupun menempuhi cabaran-cabaran sangat besar.

Israel – sebuah negara yang mengisytiharkan kedaulatan pada tahun 1948 boleh memenangi sebuah peperangan yang dengan mudah sahaja boleh patahkan orang lain.

Pada setiap generasi, kejayaan tersebut sentiasa bersilih ganti, sehingga hari ini, Israel telah berjaya menjadi hub berteknologi tinggi di kawasan yang sangat berbahaya dan lebih menakjubkan lagi, Israel merupakan negara yang berdikari.

Tetapi, mereka tidak menyimpan rahsia mereka. Mereka berkongsi kepada dunia bahawa kejayaan mereka merupakan hasil kepada gabungan asas-asas seperti kepintaran, kreativiti, produktiviti, kebebasan dan keazaman untuk berlawan dengan halangan-halangan mereka yang sangat besar jisimnya.

Kesemua ini diterapkan melalui sistem pendidikan mereka yang sangat aktif dari segi penyertaan.

Perkara kedua yang menjamin kejayaan negara tersebut adalah ideologi ketenteraan mereka. Ini merupakan subjek yang sangat terperinci kerana perkhidmatan tentera, dengan gabungan bahaya-bahaya yang mengancam negara tersebut telah menyemai sifat keseriusan dari segi visi dan misi kebudayaan mereka untuk menerima segala jenis risiko asalkan menang.

Mudah kata, rakyat mereka sudah tidak mahu menjadi gelandangan seperti dalam sejarah, dimana mereka dicaci, dimaki dan ditindas.

Bayangkanlah, setelah berkecainya kedaulatan mereka pada tangan Rom oleh kerana peperangan yang berlangsung selama 70 tahun yang menyebabkan musnahnya Kuil Yahudi mereka, mereka telah melakarkan berbagai-bagai usaha untuk bebas.

Apa yang tidak dicipta?

Semuanya dicipta untuk menyelamatkan diri mereka, tetapi ia mengundang daripada satu malapetaka ke satu lagi malapetaka, akhirnya berakhir pada Malapetaka Besar, dimana Adolf Hitler membunuh berjuta-juta umat mereka.


Apakah mereka akan kembali ke status gelandangan? Tidak.

Oleh itu, pada ketika sesetengah masyarakat memegang kepada sejarah untuk mengekalkan kedaulatan, Israel memegang kepada ekonomi yang membenarkan mereka memegang kuasa. Mereka mendrafkan pelaburan demi pelaburan dalam teknologi pertahanan dan sebagainya, seperti komersial.

Selain itu, Israel merupakan negara imigran dan berbilang bangsa, membenarkan perbezaan dari segi pendapat – yang memastikan kreativiti dan inovasi melalui aliran idea yang bernas dan gabung tenaga ramai orang yang mempunyai perspektif yang berbeza. Israel juga berkongsi dengan pendapat Amerika Syarikat bahawa, “kegagalan merupakan pendidikan, bukannya lencana kejatuhan maruah”.

Semangat berniaga mereka bermula daripada didikan keluarga yang senantiasa menuntut kejayaan daripada anak-anak mereka untuk bekerja keras. Dengan berbagai-bagai gabungan strategi kejayaan, tidak mengejutkanlah kenapa Israel terlalu kuat dan negara mereka mempunyai konsep yang dinamik.

#HairanBlog - Baca dan hadamkan.

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
All Hail Doraemonnnn!

Kerana terjejas akibat berlaku kemarau teruk di daerah Nong Muang Khai, penduduk kampung telah mengambil inisiatif mengadakan upacara memanggil hujan menggunakan seekor kucing.

Tetapi apa yang pelikknya, kucing tersebut adalah patung kucing di dalam rancangan kanak-kanak popular Jepun iaitu Doraemon.


Mereka menggunakan watak patung robot itu menggantikan kucing hitam yang selalu digunakan kerana mengelak dituduh menganiaya dan mendera haiwan.

Upacara tersebut dilakukan oleh seorang pemilik ladang jagung di Wan Luang, dia meletakkan patung Doraemon tersebut di dalam sebuah sangkar kayu sebelum diarak mengelilingi kampun untuk meminta hujan turun.

Berdasarkan kepercayaan asal mereka, seekor kucing bewarna hitam sepatutnya digunakan di dalam ritual berkenaan sebagai korban untuk meminta hujan.

Tindakan menukar dengan patung Doraemon adalah kerana bimbang jika menggunakan kucing hidup mereka akan dikecam oleh orang ramai.
“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.
Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.
“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya
HairanBlog - Apasal tak guna saja poket doraemon tu?? Kan senang!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kahkahkah! Jenaka Diva AA dibulan Ramadan.

Kalau sebelum ini kisah Azwan Ali memaki-hamun seorang wanita di Twitter kerana mencadangkan makan stik di restoran Me’nate Steak Hub menjadi viral, melalui akaun Instagramnya selebriti yang dikenali dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya itu telah membuat permohonan maaf kepada Rani Kulup kerana menghina Melayu.


Tindakan Azwan ini berikutan amaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup yang telah memberi amaran kepada Azwan Ali supaya meminta maaf atau bakal dilapor polis di atas kelantangan mulutnya hari ini.
Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.
Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti.
Menurut Arka, tempoh seminggu itu juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.
Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!
Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina.
HairanBlog - Bagaimanapun, Azwan tidak menyatakan permohonan maaf kepada wanita yang mencadangkan restoran Me’nate untuk menikmati stik mahupun pemilik restoran Me’nate yang turut dimaki hamun. Apa pun, permohonan maaf ini satu perkembangan yang baik, kipidap AA!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ▼  2015 (45)
    • ▼  December 2015 (1)
      • SERAM - Lakaran Wajah - Wajah Hantu Yang Sering Di...
    • ►  October 2015 (2)
      • HAIRAN - Ikon Belia Hisap dan Promote Vape?
      • COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Tr...
    • ►  September 2015 (15)
      • BIADAP - Video Pekerja Taska Dera Kanak - Kanak di...
      • SADIS - Gagal Merogol, Gadis Ini Dicampak Kedalam ...
      • COOL - Inikah Jam Rekaan Ahmed Mohamed, Budak 14 T...
      • GOSSIP - Saya Masih Okay - Tasha Shilla
      • BR1M 2016 - Pemberian BR1M Lebih Tinggi Mulai Tahu...
      • Tampar Imam - Inikah Punca Kenapa Lelaki Ini Menam...
      • TAHUKAH ANDA? Rahsia Disebalik Wallpaper Windows XP?
      • VIDEO - Imam Masjid Negara Ditampar Pak Arab Semas...
      • COOL - Filem Kapsul Tonjolkan Reka Bentuk Terbaru ...
      • GOSSIP - Tahniah! Lisa Surihani Selamat Melahirkan...
      • TERKINI - Kehilangan Morais, Polis Temui Mayat Did...
      • SEDIH - Berita Palsu Mengenai Allahyarhamah Cikgu...
      • Gossip - Edry KRU Tidak Menyesal Che Ta Tarik Diri...
      • COOL - Pokemon Go! Membolehkan Anda Menangkap Poke...
      • BERITA - TH Umum Senarai Nama Jemaah Haji Yang Mas...
    • ►  July 2015 (3)
      • FAKTA KOT - Rahsia Kemajuan Israel Yang Kita Tidak...
      • HAIRAN KOT - Guna Doraemon Untuk Panggil Hujan?
      • GOSSIP KOT - "Sekiranya Diva AA Masih Gagal Minta ...
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!