SERIUS KOT - Nahas MAS MH17, Antara Info Awal Berkenaan Tragedi


#PRAYFORMH17

Semalam, kita telah dikejutkan dengan satu lagi tragedi yang menyayat hati melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang telah jatuh terhempas di Ukraine.


Berikut adalah beberapa info awal mengenai nahas MAS MH 17:

Pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang berlepas daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah jatuh terhempas di timur Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.

Pada awalnya, pesawat itu telah hilang daripada radar apabila melalui wilayah bergolak tersebut dan beberapa pihak mempercayai ia telah ditembak oleh kumpulan pemberontak bersenjata pro- Rusia.

Mengenai Penerbangan MH17

  • Membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.
  • Jenis pesawat Boeing 777-2000ER (Model yang sama seperti MH370).
  • Berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Schipol, Amsterdam pada jam 6.15 petang waktu Malaysia, dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi hari ini.
  • 45 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 warga Australia, 12 dari Indonesia, 9 dari United Kingdom, 3 warga Filipina, 4 dari Belgium dan Jerman serta 1 dari Kanada.

Pesawat penerbangan MH17 ini didaftar dengan nombor pendaftaran 9M-MRD. Ia adalah pesawat Boeing 777 yang ke 84 yang dikeluarkan oleh syarikat itu. Pesawat itu terhempas genap 17 tahun selepas memulakan penerbangannya yang pertama pada 17 Julai 1997. Pesawat itu diserahkan kepada MAS pada 29 Julai 1997.



Apakah Punca Nahas MH17


Pesawat penerbangan MH17 gagal dikesan lebih kurang empat jam selepas tinggal landas. Ia ketika itu terbang pada ketinggian 10,000 meter. Pesawat itu hilang sebelum memasuki ruang udara Rusia.Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemberontak Republik Rakyat Donetsk pro-Rusia yang berperang di wilayah itu sama-sama menafikan bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu. Mereka sebaliknya saling tuduh-menuduh.

Ukraine mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru jarak sederhana daripada pelancar Buk buatan Rusian. Ia sebelum ini mengatakan tentera Rusia membekal senjata canggih kepada kumpulan pemberontak tersebut.

Pemimpin kumpulan pemisah, Alexander Borodai pula menuduh tentera udara Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan. Ukraine menafikan tuduhan itu.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekiranya benar pesawat itu ditembak jatuh, Malaysia mahu pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Ini adalah nahas besar yang kedua yang dialami oleh Malaysia Airlines dalam masa empat bulan.

Sumber: TrueStory

You May Also Like

1 Comments