• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Keliru, rosak dan tersasar...

Baru - baru ini berlangsungnya sebuah program 'I Want to Touch a Dog' di Central Park, One Utama. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai cara untuk berhadapan dengan anjing dan bagaimana mengurangkan rasa takut terhadap anjing. Bagi kami, program ini ada baik dan buruknya. Namun berikut adalah pandangan Dr. Maza mengenai program tersebut.


Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Sumber: Dr.Maza
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
#PRAYFORMH17

Semalam, kita telah dikejutkan dengan satu lagi tragedi yang menyayat hati melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang telah jatuh terhempas di Ukraine.


Berikut adalah beberapa info awal mengenai nahas MAS MH 17:

Pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang berlepas daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah jatuh terhempas di timur Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.

Pada awalnya, pesawat itu telah hilang daripada radar apabila melalui wilayah bergolak tersebut dan beberapa pihak mempercayai ia telah ditembak oleh kumpulan pemberontak bersenjata pro- Rusia.

Mengenai Penerbangan MH17

  • Membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.
  • Jenis pesawat Boeing 777-2000ER (Model yang sama seperti MH370).
  • Berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Schipol, Amsterdam pada jam 6.15 petang waktu Malaysia, dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi hari ini.
  • 45 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 warga Australia, 12 dari Indonesia, 9 dari United Kingdom, 3 warga Filipina, 4 dari Belgium dan Jerman serta 1 dari Kanada.

Pesawat penerbangan MH17 ini didaftar dengan nombor pendaftaran 9M-MRD. Ia adalah pesawat Boeing 777 yang ke 84 yang dikeluarkan oleh syarikat itu. Pesawat itu terhempas genap 17 tahun selepas memulakan penerbangannya yang pertama pada 17 Julai 1997. Pesawat itu diserahkan kepada MAS pada 29 Julai 1997.


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Mohon bimbingan.

SERIUS KOT - Lelaki Transgender Britain Yang Pertama Memeluk Islam | Lucy Vallender atau lebih dikenail sebagai Laurens merupakan seorang lelaki trangender dimana beliau melakukan pembedahan menukar jantina lelaki kepada perempuan pada tahun 2010 dan pada tahun 2012, beliau telah memeluk Islam. Laurens sebelum ini merupakan tentera dari Divisyen TA Private namun beliau kemudiannya keluar dari Tentera atas alasan merasakan itu bukan jiwa beliau.

Sejak berumur 14 tahun lagi, Laurens sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki berbanding perempuan. Jadi, bagi menghilangkan perasaan 'asing' tersebut beliau memasuki tentera kerana ingin cuba menjadi seorang lelaki sebenar. Selama berkhidmat sebagai TA private, beliau berkata bahawa selama ini beliau hidup di dalam tubuh badan yang salah dan akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan transgender.

Kemudian beliau mendekati Islam kerana menganggap Islam adalah agama yang aman dan menenangkan. Beliau juga telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Murad ketika mereka bertemu di dalam Online Dating site. Sepanjang perkahwinan beliau, suaminya tidak mengetahui bahawa isterinya seorang lelaki kerana pembedahan yang dilakukan beliau amat terperinci dimana setelah membuang alat sulit lelaki, para doktor membentuk pula vagina plastik hasil dari kulit dan lemak badannya sendiri.

Kini beliau senang dengan menjadi seorang 'wanita' muslim.


Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Kalah Undertaker!

Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.
“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.
Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.

Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.

“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.

Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya.



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Business macam nih patut dibanteras sekeras - kerasnya.

Kami Di HairanBlog difahamkan, ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia namun sejak kebelakangan ini ia mula hangat diperkatakan semula selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes berprofil tinggi.


Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Hutang duit dibayar duit, hutang nyawa dibayar...


Buruh kontrak, Muidin Maidin dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Baharu hari ini setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin, 27, dituduh membunuh Dirang, 5, di ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di Johor Baharu antara pukul 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Hakim Abdul Halim menyifatkan tertuduh sebagai penjenayah yang kejam, tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan kerana melakukan perbuatan tersebut ke atas Dirang yang merupakan insan kecil yang masih belum tahu apa-apa.
“Kamu telah menekup si mati hingga lemas dan tak bernyawa, kemudian kamu cuba lupuskan dia dengan cara membakarnya.
“Kamu fikir kamu bijak, tapi berkat solat hajat, doa dan harapan daripada rakyat negara ini akhirnya Allah memberi jalan hingga jasad Dirang ditemui.
“Kematian Dirang sangat kejam dan tragis. Hanya ada satu hukuman untuk kes ini dan dengan itu mahkamah memutuskan kamu digantung di leher sampai mati,” tegas beliau.
"Bukti DNA digabungkan dengan bukti cebisan kain pelikat tertuduh yang dijumpai pada mangsa, sampel tanah yang sama pada motosikal tertuduh dengan tanah tempat kejadian dan keterangan saksi menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan tersebut.
"Profil campuran DNA yang dijumpai dalam kemaluan dan dubur mangsa hanya melibatkan mangsa dan tertuduh. Kebarangkalian DNA itu disumbangkan oleh tertuduh dan si mati adalah 700 trilion," katanya.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!