• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Buasir Otak
  • Aksiz
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Icon belia? Hmmm...
Tabiat menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape kini sudah menjadi satu trend terutamanya kepada perokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok yang menggunakan tembakau atau sekadar suka-suka.

Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia dikatakan dapat membantu menjimatkan duit berbanding menggunakan rokok tembakau selain baunya tidak busuk jika dihidsap ditempat awam.

Namun keburukan vape ini ialah apabila ada mereka yang tidak merokok menjadikanya sebagai satu tabiat baru dan apa yang lebih tidak manis ianya digunakan oleh golongan wanita dan remaja bawah umur.

Jika dari segi masalah moral, sama juga seperti merokok, etika perundangannya sama juga seperti rokok di mana ia tidak boleh digunakan oleh remaja berumur 18 tahun kebawah.

Tapi apapun yang sebaik-baiknya ialah tidak mengamalkan kedua-dua tabiat ini iaitu tidak merokok dan juga tidak menghisap vape.

Jadi, untuk menggalakkan hal ini perlulah ada kempen atau contoh ikutan daripada mana-mana tokoh atau orang yang diangkat sebagai ikon.

Tetapi yang sedikit panas ketika ini ialah seorang yang dianggkat sebagai 'Ikon Belia' yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat sebaliknya mempromosi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini.

Kerana tindakannya menghisap dan mempromosi vape ini di dalam laman Istagramnya, seorang pengguna laman sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurul Hidayah Ahmad Hamidi yang merupakan Ikon Belia Negara.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau,
Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.

Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.

Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
All Hail Doraemonnnn!

Kerana terjejas akibat berlaku kemarau teruk di daerah Nong Muang Khai, penduduk kampung telah mengambil inisiatif mengadakan upacara memanggil hujan menggunakan seekor kucing.

Tetapi apa yang pelikknya, kucing tersebut adalah patung kucing di dalam rancangan kanak-kanak popular Jepun iaitu Doraemon.


Mereka menggunakan watak patung robot itu menggantikan kucing hitam yang selalu digunakan kerana mengelak dituduh menganiaya dan mendera haiwan.

Upacara tersebut dilakukan oleh seorang pemilik ladang jagung di Wan Luang, dia meletakkan patung Doraemon tersebut di dalam sebuah sangkar kayu sebelum diarak mengelilingi kampun untuk meminta hujan turun.

Berdasarkan kepercayaan asal mereka, seekor kucing bewarna hitam sepatutnya digunakan di dalam ritual berkenaan sebagai korban untuk meminta hujan.

Tindakan menukar dengan patung Doraemon adalah kerana bimbang jika menggunakan kucing hidup mereka akan dikecam oleh orang ramai.
“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.
Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.
“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya
HairanBlog - Apasal tak guna saja poket doraemon tu?? Kan senang!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
#TahukahAnda


Tahukah anda bahawa nyamuk adalah serangga yang paling berbahaya di dunia? Kerana serangga kecil ini dicatatkan kes maut sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.

Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

#HairanBlog - Yes, lepas dah terbang keliling kepala kita, kita pun berlari lari sambil melompat - lompat menampar nyamuk. Satu pun tak kena! Hareee tui!

Sumber: Rick Pollack


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Keliru, rosak dan tersasar...

Baru - baru ini berlangsungnya sebuah program 'I Want to Touch a Dog' di Central Park, One Utama. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai cara untuk berhadapan dengan anjing dan bagaimana mengurangkan rasa takut terhadap anjing. Bagi kami, program ini ada baik dan buruknya. Namun berikut adalah pandangan Dr. Maza mengenai program tersebut.


Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Sumber: Dr.Maza
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Seems legit...

Masihkan korang ingat akan kejadian yang menyayat hati yang mana seorang lelaki telah dibaham harimau putih setelah terjun atau terjatuh ke dalam kandang harimau tersebut di Zoo New Delhi?


Menurut laporan media, lelaki tersebut mati selepas lehernya digigit dan diheret oleh harimau putih tersebut jauh ke dalam kandang.

Namun, cerita tersebut bukan selesai di situ sahaja selepas laporan forensik dikeluarkan.

Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.


Kenyataan itu berdasarkan luka pada badan mangsa yang mana hanya terdapat pada bahagian leher yang mana ketika harimau tersebut menggonggong untuk dibawa ke tempat lain.

HairanBlog - Kami juga hairan jika harimau putih tersebut ingin membaham lelaki tersebut kerana lapar, sudah pasti jasad dan anggota badan mangsa tidak sempurna, namun mayat lelaki tersebut hanya cedera teruk dibahagian leher. Kami juga hairan, report ini boleh jadi hanya cover up bagi menutup kelemahan kawalan keselamatan di Zoo tersebut. Who Knows?

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Because using sudip is toooo mainstream!

WTF KOT - Chef Restorant Goreng Lauk Dalam Minyak Panas Guna Tangan? | Apa yang membuatkan restoran ini menarik dan istimewa sehinggiakan ramai orang datang bertandang? Chef Prem Singh dari Restorant Ganesh tidak menggunakan ilmu pelaris seperti masyarakat Meleis yang tidak lekang dari menggunakan ilmu sihir pelaris bagi menarik pelanggan mereka. Keistimewaan restorant ini adalah, Chef Prem ini menggunakan tangannya untuk menggoreng lauk di dalam kuali berisi minyak panas dengan ketinggian suhu lebih 200 darjah celcius. Gila! tetapi bagi beliau, itu adalah anugerah kerana sedikit pun beliau tidak merasa kepanasan dek minyak panas tersebut. Selama 25 tahun beliau menggunakan method ini sebagai pelaris restorannya.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wow!

HAIRAN KOT - Krishna's Butter Ball, Batu Mitos Yang Pandai Mengimbang Diri | Krishna's "Butter Ball" merupakan satu tarikan pelancong yang wajib dilawati di Mahabalipuram, sebuah bandar kira - kira 60 km di selatan Chennai yang terkenal dengan ukiran batunya. Apa yang menariknya, batu "Butter Ball" ini berada 5 meter dari garis pusat dan terletak di lereng yang licin. Hal ini seolah - olah melanggar semua hukum fizik.

Kami difahamkan, batu ini mempunyai kaitan dengan mitologi Hindu, diman Tuhan Krishna mempunyai selera makan yang tinggi dan mentega merupakan makanan kegemarannya sehinggakan beliau sanggup mencuri mentega dari balang ibunya.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
RARE!

FAKTA KOT - Ayam Dengan Organ Dalaman Berwarna Hitam | Pernahkah korang melihat isi dan organ dalaman ayam berwarna hitam? Bukan bulu atau kulitnya sahaja, tetapi keseluruhannya. Namun, hakikatnya, semamangnya terdapat ayam yang berwarna hitam dan ia popular di asia terutamanya di China. Ayam tersebut dinamakan Silkie. Ayam Silkie merupakan kategori ayam yang cantik dari segi bulu dan kulitnya. Tiada beza dengan ayam biasa, namun, masyarakat tempatan merasakan isi ayam Silkie lebih manis dan sedap dari ayam biasa.


Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
What?

HAIRAN KOT - Pusat Urut Guna Ubat Perangsang Nafsu Kepada Pelanggan | Kami difahamkan melalui Sinar Harian, sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sekitar Dataran Mentari diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu. Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sebelum ini pihaknya mendapati premis berkenaan turut menyediakan pakej seks kepada pelanggan.

Menurut Fauzi, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.
"Operasi kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.

"Kesemua wanita berkenaan didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut,” katanya.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apakah?

HAIRAN KOT - Arca Berbentuk Alien Di Bangunan Lama Scotland? | Bagi mereka yang pernah menonton siri filem Aliens pastinya kenal dengan rupa bentuk Aliens dalam filem tersebut. Terkini, seorang jurugambar terbang ke Scotland untuk melawat sebuah bangunan tertua di sana. Namun, beliau terkejut dengan penemunan ini.


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Wallah huallam..

HAIRAN KOT - Adakah Ini Batu Yang Dilontarkan Oleh Burung Ababil? | Adakah kita ingat lagi mengenai kisah tentera bergajah yang menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill. Namun kami di HairanBlog tidak menyentuh mengenai sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pelik tapi Benar.

HAIRAN KOT - Batu Yang Mempunyai Darah Dan Organ Dalaman? | Kami hairan apabila melihat batu ini mempunyai darah dan organ dalaman. Namun, makhluk yang menyerupai "batu" ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, dan masyarakat tempatan menggelarnya sebagai "Gnarly". Ia merupakan sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.

Selain daripada rupanya yang seakan-akan batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile, hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana rasanya yang sedap.

Cara pembiakan makhluk ini ada lah secara aseksual iaitu pembiakan sendiri atau tunggal tanpa memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau betina mengikut kemahuannya sendiri.


Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Lagi ajaran sesat. Lagi sesat dari Ayah Pin!

WTF KOT - Googlism, Mempercayai Bahawa Google Adalah Tuhan? | Pernah tak korang dengar tentang Googlism? Ia adalah ajaran lagi bangang dari ajaran Sains Fiction. Ajaran bangang ini cuba membuktikan bahawa Google adalah Tuhan, sebagaimana kenyataan-kenyataan berikut ini: (Mohon baca ayat penerang hati dengan mengucap dua kalimah syahadah)

1. Google adalah sesuatu yang paling mendekati pada Maha Tahu.

2. Google ada dimana-mana dalam satu waktu.

3. Google menjawab penyembahnya (yang melakukan googling).

4. Google tidak akan pernah mati.

5. Google tidak terbatas dan terus tumbuh selamanya.

6. Google mengingat segalanya.

7. Google tidak melakukan kejahatan.

8. Google dicari lebih banyak daripada seluruh nama-nama Tuhan digabungkan.

9. Bukti kewujudan Google sangat banyak.


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Kalau Dragon Ball memang ada la naga.

MISTERI KOT - Adakah Naga Sebenarnya Wujud? | Setahu kami, Naga merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah fantasi. Namun begitu naga juga dikatakan sejenis haiwan legenda dan didakwa pernah wujud suatu masa dahulu di muka bumi ini. Bagaimanapun setakat ini masih belum terdapat bukti akan kewujuduan naga ini.

Ahli-ahli paleontologi dan kaji sejarah masih belum menemui sebarang bukti bahawa naga pernah mendiami muka bumi ini. Setakat ini yang sering ditemui adalah fosil-fosil dinosaur yang memang pernah wujud di zaman purba.

Mungkinkah naga itu sebenarnya dinosaur yang masih belum pupus sewaktu tamadun manusia mula berkembang? Mungkin dinosaur tersebut disalah anggap sebagai naga oleh manusia pada waktu itu. Cerita mengenai naga pula kemudian ditokok tambah seperti mempunyai sayap dan boleh mengeluarkan api dari mulutnya.


Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Ini adalah kacukan, Hybrid Theory!

Disebabkan tiada maklumat mengenai binatang aneh ini, ia disebut sebagai Monster Manhattan, makhluk binatang misteri mengerikan dengan wajah yang cacat, mempunyai muncung dan lima jari pada setiap kaki,terdampar di bawah Jambatan Brooklyn, New York.

Seorang jurugambar amatur, Denise Ginley terkejut melihat bangkai menjijikkan berwarna merah muda ketika ia sedang berjalan di East River, pelbagai teori konspirasi apakah itu adalah tikus air raksasa atau seekor babi atau mungkin seekor anjing. Kami pun hairan.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Thanks BANKami Blog!

Kami di Hairan Blog sentiasa mengikuti perkembangan artis Malaysia dari semasa ke semasa, namun sejak kebelakangan ini macam - macam isu timbul seperti isu khalwat Shah Laszle (klik untuk ke artikel ini), isu baju sendat Shila Amzah (klik untuk ke artikel ini) dan juga isu artis - artis perempuan post video seksi mereka di laman sosial. Alasan yang paling best dan super ridiculoushit, "video ini khas untuk peminat dan itu hak kami!" Memang anda buat untuk peminat tetapi adakah anda desperate rating sehingga muka baru bangun tidur, warna seluar dalam, gambar nude pun nak dikongsikan dengan peminat?

Seperti yang diperkatakan dalam blog BANKami,
Mana perkasa, mana NGO pembela Islam, mana Syria Care, Palestin Care, Pemboikot Kurma Iran, Pemboikot Barangan Israel. Kenapa tak hantar memorandum sebab buat video half nude ni. Aku syak mereka busy dengan isu syiah sunni. Tengah prepare nak pembentangan OIC kot.

Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Replika ke tiruan korang nih!

Di daerah Chengdu, China, terdapat sebuah Tembok Besar China yang dikatakan replika. Ia lebih dikenali sebagai Shanzhai Great Wall. Replika ini dibina pada tahun 2002 dan bentuk dan ciri - cirinya seakan - akan Great Wall of China. Pergh skipping Omputih siot!

Jadi lepas ini, nak pegi melancong ke China konon - konon nak tangkap gambar dekat Tembok Besar jangan terkandas dekat sini pula. Pastu upload gambar and orang ramai komen itu bukan Tembok Besar China. Maunya malu dua tiga pam. Hahaha!

Dua gambar ini adalah Tembok Besar China yang sebenar

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Whaaaaaat??

Vampire atau bahasa Melayunya Pontianak adalah makhluk penghisap darah yang menjadi kepercayaan turun - temurun bagi setiap masyarakat di dunia. Walaupun nama makhluk itu berlainan tetapi yang pastinya ia adalah Jin yang sering mengganggu manusia bagi meruntuhkan akidah mereka.

Namun kami hairan ada juga perkakas untuk membunuh makhluk ini. Hahaha. Di dalam kotak ini terdapat, sebilah kapak kecil, satu botol sulfur, pistol, air suci, paku kayu, Kitab Suci dan picagari. Terdapat juga gambar mangsa serangan pontianak pada ketika itu. Kotak ini menjadi perbahasan akan kesahihannya kerana pisau di dalam kotak itu bukan datang dari zaman 1800, surat itu juga ditaip pada tarikh 1849 tapi pada tahun 1849 mesin taip masih belum dicipta. Betul ke Bohong?


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Sangat Hairan dengan fenomena ini.

Di sekitar kawasan hutan Poland, berdekatan Gryfino, terdapat hutan yang bagi kami sangat unik dan aneh kerana pokok - pokok yang berada di hutan tersebut tumbuh membengkok. Hutan ini diberi nama 'The Crooked Forest' atas alasan batang pokoknya yang membengkok. Lagi menghairankan adalah pokok - pokok lain juga membengkok mengikut arah yang sama. Pelik kan?


Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Model Mee Segera mahal tu...

Macam mana nak makan nie kalau 50% je yang halal?


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!