• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil

Kami difahamkan seorang anggota bomba telah patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang bergegas ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.

Kejadian ini berlaku pada hari kedua rusuhan di kuil berkenaan, yang dikatakan berpunca daripada urusan untuk memindahkan kuil.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun kini masih lemah dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Subang Jaya.

Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil

Rusuhan kuil: Bomba pun kena belasah

SEORANG anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira 1 pagi, hari ini.

Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Katanya, mangsa datang ke lokasi bersama beberapa lagi anggota BBP Subang Jaya bagi memadam kebakaran sebuah kenderaan yang dibakar perusuh di luar kuil.

“Dalam kejadian 1 pagi tadi, jentera FRT milik BBP Subang Jaya turut mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan.

“Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah di cucuk objek tajam selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera yang kemek dipercayai dipukul objek keras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Jurucakap itu lagi, susulan serangan itu, anggota tidak dapat memadamkan kenderaan yang dibakar dan anggota bomba di lokasi kejadian diselamatkan beberapa orang awam.

“Anggota berkenaan kini berada di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialami.

“Manakala jentera bomba yang dirosakkan sudah dibawa ke Balai Polis USJ8 bagi membolehkan siasatan di lakukan oleh polis,” katanya.

Sementara itu, keadaan di sekitar kuil itu dilaporkan tenang apabila kumpulan perusuh dianggarkan berjumlah kira-kira 1,000 orang bertindak bersurai dari lokasi sekitar 4.45 pagi tadi.

Malah, sehingga 8 pagi tadi, hanya terdapat beberapa individu berada di dalam kuil berkenaan dipercayai bagi menjalankan aktiviti keagamaan.


Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil

Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil


[1] https://www.facebook.com/adinda.qilla86/posts/559086987864427
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apakah Hukum Persetubuhan Menggunakan Kondom Ketika Isteri Sedang Haid?

Soalan:

Haid adalah darah yang kotor, maka diharamkan daripada melakukan persetubuhan. Oleh itu, bolehkah sekiranya saya menggunakan kondom untuk persetubuhan ketika isteri saya didatangi haid?

Jawapan:

Berdasarkan apa yang ditanyakan di atas perlu untuk kita fahami beberapa perkara.

Hukum Bersetubuh Ketika Haid

Permasalahan ini telah dinyatakan di dalam al-Quran, berdasarkan firman Allah SWT:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّـهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ 

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. [Al-Baqarah (222)]

Berdasarkan ayat di atas, beberapa perkara penting untuk kita fahami. Yang pertama, Imam al-Qurtubi menafsirkan " قُلْ هُوَ أَذًى " ialah sesuatu yang mengotorkan wanita. Lalu disambung ayat tersebut dengan فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ" "فِي الْمَحِيضِ iaitu hendaklah meninggalkan isteri ketika sedang haid. Kemudian ayat seterusnya ditekankan sekali lagi perintah untuk menjauhkan diri pada وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ

Menurut Ibn ‘Arabi, larangan mendekati membawa maksud tidak dibenarkan untuk mencampuri isteri.

Di dalam Tafsir Ibn Kathir (1/320), dinukilkan bahawa Imam Ahmad menyebutkan, daripada Anas RA, menceritakan tentang budaya kaum yahudi. Apabila wanita mereka didatangi haid, mereka mengasingkan wanita itu dari rumah. Maka para sahabat bertanya, bagaimana seharusnya dilayan wanita yang didatangi haid. Lalu turunlah ayat di atas. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

‏ اصْنَعُوا كُلَّ شَىْءٍ إِلاَّ النِّكَاحَ ‏
Buatlah apa sahaja selain persetubuhan. [Riwayat Muslim (302)]

Di dalam masalah ini Imam al-Syafie menyebutkan:

"مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَتَى كَبِيرَة"
Barang siapa yang melakukan (persetubuhan ketika haid), sesungguhnya melakukan dosa besar. [Lihat al-Majmu’ (2/389)]

Berdasarkan nas al-quran dan hadith serta kenyataan yang disebutkan oleh Imam al-Syafie, perbuatan bersetubuh walaupun menggunakan kondom adalah dilarang. Larangan tersebut membawa hukum Haram.

Islam adalah agama yang rahmah untuk sekalian alam. Larangan persetubuhan ketika haid bukan sahaja untuk menjaga kaum lelaki apabila penyoal menyatakan sudah selamat dengan memakai kondom tetapi Islam juga mengambil berat tentang kaum wanita. Pengharaman ini mempunyai hikmah yang sangat besar yang antaranya ialah, ia boleh mengakibatkan penyakit kepada suami dan juga isteri. Banyak kajian saintifik yang dilakukan, membuktikan larangan Islam ini ada kewajarannya. Baca selanjutnya di artikel kami sebelum ini yang bertajuk Irsyad Al-Fatwa Ke-20: Hikmah Larangan Persetubuhan Ketika Haid [1].

Walau bagaimanapun di sana terdapat kelonggaran di dalam mazhab al-Syafie berkenaan hukum beristimta’ (melakukan aktiviti yang berunsur seksual) dengan isteri ketika haid. Secara asalnya, jumhur ulama’ mengharamkan istimta’ di antara pusat hingga ke lutut tanpa berlapik. Sekiranya beristimta’ secara berlapik, maka diharuskan menurut pandangan mazhab al-syafie dan mazhab Hanafi. [Lihat Mausuah Al-Fiqhiyah (18/324)]

Kesimpulan

Kami berpendapat dalam masalah ini, persetubuhan ketika haid adalah haram walaupun memakai kondom berdasarkan penghujahan di atas.

Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk untuk mengamalkan syariat Islam. Amin.

[1] http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/2059-20?highlight=WyJoYWlkIl0=

[2] http://www.ohmedia.my/2018/11/hukum-persetubuhan-guna-kondom-ketika-isteri-haid.html
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tidak Lama Lagi, Rumah dan Hartanah Boleh Dibeli Melalui Lazada

Lazada pada hari ini terkenal dengan platform e-commerce yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk membeli pelbagai jenis barangan, termasuk kereta secara atas talian. Terkini, Lazada dijangka akan turut membolehkan para pengguna untuk membuat pembelian hartanah melalui platform mereka.

Untuk tujuan berkenaan, Lazada bakal bekerjasama dengan pihak Mah Sing. Halaman kedai rasmi Mah Sing telah pun aktif, dan mereka dijangka mengumumkannya secara rasmi pada 28 November 2018 kelak.

Buat masa ini, proses pembelian dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya pada 28 November ini, dan sama-sama kita lihat bagaimana pembelian hartanah melalui platform Lazada akan memudahkan pengguna. Wow!

[1] https://amanz.my/2018186275/
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah Tangga - Zamani

Penyanyi legend, Zamani mahu memulihkan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialami terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kahwin. Zamani, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, dia ingin segalanya berjalan dengan baik tanpa menyusahkan mana-mana pihak di kemudian hari.

“Semua orang nak kahwin. Saya pun sudah 47 tahun. Insya-Allah duit kemenangan dalam Gegar Vaganza 5 saya ingin manfaatkan sebaiknya terutama dalam perubatan sakit tulang belakang saya.

“Apabila sihat baru boleh fikir soal nak berumah tangga. Kalau sekarang fikir mengenainya, takut nanti jadi apa-apa pula. Jadi, biarlah saya sihat dulu,” katanya.

Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah Tangga - Zamani

Zamani yang juga pemenang tempat ketiga pada Gegar Vaganza 5 (GV5) lalu berkongsi sudah mempunyai teman istimewa yang dikenali sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, vokalis kumpulan Slam itu tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

“Kami masih berkawan. Belum sampai fasa yang boleh diuar-uarkan. Kalau tak jadi nanti malu pula. Insya-Allah, kalau sudah serius saya akan maklumkan kepada semua.

“Kami sudah lebih lima tahun berkawan. Untuk dirinya tak ada masalah. Dia seorang yang baik dan cukup memahami saya. Cuma, apa saya bimbangkan adalah belah keluarganya sama ada mereka boleh terima, suka atau tidak.

“Apa boleh dikatakan mengenainya, dia banyak tolong dan terima setiap kelemahan diri yang saya ada. Malah, sepanjang GV dia sentiasa berikan sokongan,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan kumpulan Slam, Zamani memaklumkan mereka belum ada sebarang perancangan untuk membuat kemunculan semula.

“Dalam Slam ada enam orang. Saya tak boleh buat keputusan sendiri untuk muncul dengan lagu baru atau apa saja. Kami kena berbincang.

“Sebelum ini ada juga bercakap mengenai projek baru, tapi belum ada sebarang perbincangan lanjut,” katanya.


[1] https://www.hmetro.com.my/rap/2018/11/397681/biar-saya-sihat-dulu
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta

Pelawak dan Pelakon, Issey Fazlisham mengalami kerugian apabila dompetnya dicuri ketika dia sedang tidur dalam kereta di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Selangor pada Sabtu .

Issey, pada ketika itu berkata dia baru pulang dari lokasi penggambaran dan memilih untuk berehat sebentar di R&R tersebut.

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari set penggambaran telefilem Hantu Don, semasa itu pukul 4 pagi dan badan rasa tak larat nak teruskan pemanduan. Jadi saya pilih untuk tidur sebentar di R&R.

"Pukul 6.30 pagi, saya tersedar apabila ada seorang lelaki tegur saya di tingkap dan bertanya sesuatu. Masa itu tak perasaan lagi dompet hilang, sehinggalah semasa dalam perjalanan saya dapat tahu pintu kiri penumpang tidak tertutup rapat dan tengok dompet saya dah hilang.

"Walhal semasa tidur itu saya kunci pintu, cuma buka tingkap sedikit untuk bagi udara masuk. Tak sangka teguran lelaki itu ada sesuatu yang tak kena,"

Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta

Sementara itu, pelakon dan pengacara ini mengambil tindakan segera dengan menyekat fungsi kad debit miliknya.

"Saya terus hubungi bank dan minta mereka sekat semua kad saya. Bank maklumkan ada usaha menggunakan kad tersebut di mesin pengeluaran wang.

"Tapi usaha individu itu tak berjaya kerana nombor pin yang dimasukkan tidak tepat dan pencuri hanya dapat menggunakan kad itu untuk mengisi minyak kenderaan sahaja.

"Selain itu, kad pengenalan diri, lesen dan wang tunai ratusan ringgit turut dicuri dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, penyampai  mengakui berasa bengang dengan tindakan individu tersebut kerana telah menyusahkan urusan orang lain.

"Sejujurnya, saya tak rugi duit terlalu banyak tapi kerugian masa, saya perlu menyiapkan semula dokumen-dokumen yang hilang itu dan sebagainya.

"Saya harap individu tersebut menyedari tindakannya ini salah dan bertaubatlah," ujarnya.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Netizen Tidak Puas Hati Lagu Bagus Gagal Ke AJL 33, Ini Penjelasan Juri

Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) telah pun diumumkan pada hari Jumaat minggu lalu. Namun, kali ini ramai yang tidak puas hati dengan pemilihan yang dibuat oleh juri kerana tiada sebuah band yang berjaya mara ke pentas separuh akhir  dan banyak lagu bagus gagal ke anugerah berprestij tersebut.

Netizen Tidak Puas Hati Lagu Bagus Gagal Ke AJL 33, Ini Penjelasan Juri

Antara yang hangat diperkatakan adalah lagu Layar nyanyian Dayang Nurfaizah, karya yang bagus tetapi masih tidak dapat bersaing dengan baik. Pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail yang juga ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 33 menjelaskan lagu ciptaan Aubrey Suwito itu kurang nilai komersial.

Selain vokal dan karya itu, impak kepada pertandingan juga diambil kira. Contohnya lagu Dayang Layarlah Kembali adalah ciptaan yang bagus, namun ia sukar untuk diterima pendengar atau kurang nilai kormersil. Ia seperti lagu klasik yang mana tidak semua orang faham tapi ia karya yang bagus.

Mokhzani turut menjelaskan vokal serta penyampaian lagu berentak balada antara elemen yang diberikan perhatian.

Lagu balada terlalu banyak sebab tu juri kena buat penilaian dan pilih yang terbaik. Jadi sesebuah lagu itu dinilai secara keseluruhan daripada pelbagai sudut iaitu ciptaan melodi dan kreativiti. Lagu balada sangat sukar kerana kita dengar dari awal, klimak dan penutupnya.  Melodi adalah kunci utama pada sesebuah lagu balada.

Setiap 12 lagu yang dipilih ke AJL33  telah pun dinilai dan diberi peluang secara adil dari seluruh aspek. Keputusan telah dibuat dan kita hanya tunggu dan lihat siapa yang benar-benar menghargai peluang yang diberikan dan membuat persembahan memukau nanti.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya, tahun 2019 pula semakin hampir, apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah jadual dan kalender tahun baru supaya kita dapat merancang jadual percutian masing - masing pada tahun 2019. Disini, kami kongsikan jadual cuti 2019 Malaysia untuk anda rancang dan manfaatkan sebaik mungkin.

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Apakah Hukum Bridal Shower Dalam Islam?

Budaya baby shower, bridal shower dan parti orang bujang (bachelorette party) telah menjadi ikutan dan trend pada zaman sekarang. Namun, di Malaysia yang majoritinya beragama islam, apakah hukum serta penjelasan mengenai budaya barat ini kepada Islam?

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan isu ini melalui pertanyaan yang diusulkan dan diperjelaskan mengikut syarak.  Mari kita baca penjelasan dibawah.

Soalan                               

Adakah bridal shower yang diamalkan oleh pengantin yang berbangsa Melayu beragama Islam sebelum malam perkahwinan itu dibenarkan syarak?

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Untuk memahami persoalan yang diajukan, kita perlu memahami beberapa perkara.

Asal-Usul Bridal Shower Atau Bachelorette Party

Menurut sebuah artikel di laman web World Bride Magazine[1], ‘bridal’ ini berasal dari Holand pada kurun ke-16. Ia disambut untuk mengembirakan bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang. Ia juga untuk membantu pengantin perempuan bagi menyediakan dowry iaitu hadiah daripada pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.

Perkataan shower pula muncul di Amerika Syarikat ketika era Victoria. Gadis-gadis daripada golongan pembesar meraikan bakal pengantin dengan sesi bersuka-ria, menukar hadiah dan makan bersama. Selepas beberapa kurun, hal ini menjadi suatu kebiasaan bagi pengantin untuk diraikan sebelum perkahwinan mereka.

Larangan Menyerupai Orang Kafir

Dalam permasalahan ini, kami telah menjawab dalam artikel yang bertajuk, Bayan Linnas Siri Ke- 152: Had Berinteraksi Dengan Agama Lain Di Dalam Rumah Ibadat Mereka Di Malaysia[2]. Dalam artikel ini, kami menghuraikan dengan panjang tentang larangan menyerupai orang kafir.

Islam merupakan agama yang amat mementingkan identiti. Sedangkan manusia amat menitikberatkan identiti bangsa yang dianuti dan negara yang diduduki, apatah lagi Allah SWT, Tuhan yang menurunkan agama ini. Oleh itu, sebagai hamba-Nya yang taat, kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain.

Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.”

Riwayat Abu Daud (4031)

Imam al-San’ani (w.1182H) Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barangsiapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. Lihat Subul al-Salam (2/647).

Kesimpulan

Setelah meneliti asal-usul bridal shower, kami melihat ia bukanlah suatu syiar mana-mana agama, ia hanyalah amalan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu. Oleh itu, kami mencadangkan dan memutuskan seperti berikut:

Sekiranya hendaklah melakukan acara ini, hendaklah menjauhi segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak
Hendaklah memastikan tiada hidangan arak atau minuman yang memabukkan ketika acara ini berlangsung
Hendaklah menjaga batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuanketika majlis ini berlangsung
Hendaklah acara ini hanya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pengantin dan sahabat-sahabatnya, dan bukan bertujuan untuk mengikuti budaya barat
Dicadangkan agar menukar nama acara ini, kepada malam silaturahim, atau nama yang dirasakan bersesuaian agar dapat keluar daripada fitnah
Hendaklah mengelakkan sebarang pembaziran ketika berlangsung acara ini dan mengelakkan daripada bermegah-megah
Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk untuk mengamalkan syariat Islam. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Elfira Loy Bengang Dituduh Tayang Tunang Baru

Saya Ada Hak Muat Naik Apa Pun Di IG Saya – Elfira Loy | Semenjak kontroversi mengenai kisah percintaan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, Elfira Loy semakin jarang berkongsi gambar peribadinya di akaun instagram kepada umum.

Baru - baru ini, Elfira telah memuat naik fotonya bersama tunang baru iaitu Faris K Anuar di akaun instagramnya dan telah membuatkan netizen - netizen mula mempertikaikan tindakannya dengan menayang kebahagian bersama tunangnya yang baru.


Elfira Loy Bengang Dituduh Tayang Tunang Baru

Sejurus selepas itu, Elfira memuat naik gambar berserta caption yang menegaskan beliau berhak untuk post segala bentuk gambar peribadi dan ianya tiada kaitan dengan netizen.

Elfira Loy Bengang Dituduh Tayang Tunang Baru

My instagram is my digital album, so i guess i have 100 rights to post whatever i want as memories. Memories ye bukan saja nak tayang. And never relate whatever i said or post dengan diri you because whatever the caption is sometimes it is just for me

Jangan hiraukan komen negatif. Teruskan hidup anda dengan penuh bahagia.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pengasas Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia

Bagi peminat - peminat Superhero terbitan Marvel-Comic malahan yang mengikuti siri franchise Marve Avengers pastinya mengenali siapakah Stan Lee. Beliau merupakan penulis legand, editor dan penerbit bagi komik - komik Superhero Marvel seperti Spider-Man, Thor, X-Men dan banyak lagi title superhero yang terkenal.

Dukacitanya Stan Lee telah meninggal dunia pada Isnin lalu diusia 95 tahun. Berita ini disebarkan oleh media - media Barat selepas Stan Lee dimasukan ke hospital Cedars Sinai di Los Angeles dan menghembus nafas terakhir sejurus dimasukkan ke wad kecemasan.

Lee memulakan dunia adiwira Marvel bersama Jack Kirby pada tahun 1961 dengan  ‘The Fantastic Four’.

Mendiang kemudiannya mencipta watak-watak seperti ‘Spider-Man’, ‘Black Panther’, ‘The Incredible Hulk’, ‘X-Men’, Iron Man dan ‘The Avengers’.

Beliau juga banyak kali mencuri perhatian penonton dengan kemunculan cameo dalam kesemua filem-filem Marvel tersebut.

Hubungan Lee dengan Marvel pernah mengalami masalah apabila syarikat itu memperoleh kejayaan di Hollywood.

Beliau telah memfailkan saman pada 2002 atas isu royalti, yang tidak dibayar sewaktu kemunculan filem pertama ‘Spider-Man’.

Tiga tahun kemudian, kes itu selesai dengan membabitkan wang sejumlah AS$10 juta.

Isteri Lee, Joan, meninggal dunia pada tahun 2017 pada usia 69 tahun.

Para peminat komik, khususnya fanatik dunia adiwira terkejut dan bersedih dengan berita kematiannya.

Antara kata-kata Lee yang paling diingati oleh peminatnya adalah: “Saya pernah berasa rendah diri kerana ketika rakan-rakan yang lain membina bangunan, saya hanya membuat komik.

“Namun, saya akhirnya sedar bahawa hiburan adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan.

“Apabila saya dapat menghiburkan orang, saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang betul.”
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tun Mahathir Saran Penjawat Awam Bersenam 15 Minit Semasa Bekerja

Kami semua menyambut baik saranan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat sedemikian dengan berehat seketika sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.

“Saya syorkan semua pejabat kerajaan mahupun swasta pukul 11 pagi berhenti kerja (seketika) dan membuat senaman…kalau boleh di luar bilik penghawa dingin.

“Saya syorkan semua (kakitangan) keluar selama 15 minit buat senaman dan selepas itu balik kerja semula,” katanya ketika berucap melancarkan Kempen Promosi Hidup Aktif atau WALK (When Active Living Kicks) peringkat kebangsaan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Disamping itu, Dr Mahathir juga turut menasihatkan rakyat agar mengamalkan tiga petua untuk kekal sihat iaitu mengelakkan pengambilan makanan berlebihan, tidak merokok dan menghindarkan pengambilan minuman beralkohol. Beliau berkata tiada rahsia yang diamalkannya untuk kekal sihat pada usia 93 tahun kecuali sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Cara hidup kita mestilah selesa dan sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita,” katanya.

Dr Mahathir turut berkongsi petua iaitu berhenti sewaktu sedang enak menjamah makanan kerana kecenderungan makan dan minum terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang itu gemuk serta perut buncit.

“Jangan makan terlalu banyak…kalau makanan itu sedap berhenti makan,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah penting untuk mengawal berat badan sebab apabila badan bersaiz kecil, jantung mudah mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan mudah. Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk banyakkan berjalan bagi mengelak penyusutan otot ketika sudah berusia.

“Otot kita kalau tak guna lama-kelamaan menjadi kecut dan lemah. Rumah saya ada lif tapi saya pilih naik tangga,” katanya dan menambah dahulu terdapat banyak pekerjaan yang membuatkan badan menjadi sihat tetapi kini banyak masa dihabiskan di pejabat dengan duduk sahaja dari pagi hingga petang.

Sementara itu, Dr Dzulkefly ketika berucap pada majlis itu berkata menurut hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, satu daripada tiga orang dewasa adalah tidak aktif.

“Secara perbandingan, golongan wanita adalah kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki. Di samping itu, rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas juga didapati tidak aktif,” katanya.

Sumber - BERNAMA
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Pembentangan bajet penuh sejarah ini sekali lagi dipimpin Perdana Menteri, Tun Mahathir bersama barisan menteri kabinet selepas memenangi Pilihan Raya yang lalu.

BERIKUT ialah intipati Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bajet 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'.

  • Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.

  • Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

  • Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.

  • Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.

  • Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion

  • Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019

  • Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021

  • Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan

  • Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021

  • Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu

  • Kerajaan komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021

  • Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3



  • Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang serta liabiliti kerajaan

  • Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender terbuka

  • 1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar

  • Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017

  • Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019

  • Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018

  • Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik

  • Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus

  • Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan

  • Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia



  • Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Jan, 2019

  • Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Jan, 2019

  • Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Jan, 2019

  • Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Jan, 2020

  • Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan

  • Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan

  • Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan

  • Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas

  • Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus

  • CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000



  • Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus

  • Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai 

  • Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan

  • Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun

  • Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar

  • Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun

  • Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar

  • Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion

  • Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti

  • Dana-dana modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja

  • Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka

  • Kerajaan bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif



  • Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019

  • Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion

  • Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0

  • Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0

  • Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan

  • Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus

  • Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun

  • Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd


  • Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus

  • Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion

  • Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal

  • Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus

  • Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa

  • Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’

  • Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api

  • Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah

  • Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang

  • Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019

  • Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)

  • Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat

  • Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil

  • Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani

  • Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimer

  • Dana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama

  • Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018

  • Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

  • Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.

  • Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Mari Lihat Pendapatan Menteri dan Ahli Parlimen Malaysia Tahun 2018

Heboh baru - baru ini disiarkan mengenai angka pendapatan bagi Menteri - Menteri serta Ahli Parlimen Malaysia yang baharu. Difahamkan Kerajaan PH sebelum ini mewajibkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen mewakili setiap parti dalam pakatan berkenaan, mengisytihar dan memperincikan harta masing-masing untuk membolehkan ia disiarkan melalui portal Perisytiharan Harta.

Melalui portal terbabit, orang ramai boleh memeriksa senarai aset dimiliki mereka seperti rumah, kereta, tanah, bangunan, perniagaan serta akaun bank.

Kerajaan PH mengikut standard antarabangsa seperti dilakukan Kerajaan India dan Georgia, bukan sahaja menteri dan Ahli Parlimen, termasuk dari parti pembangkang diwajib mengisytihar harta, malah isteri, anak dan anggota keluarga mereka juga dikehendaki berbuat demikian.

Berikut adalah senarai pendapatan Menteri dan Ahli Parlimen (*tidak mengikut ranking):

1. Menteri Kerja Raya, Baru Bian - RM108,056

2. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng - RM86,464.92

3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dna Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - RM77,629.68

4. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad - RM75,861.57

5. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow - RM73,576.15

6. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin - RM72,276.37

7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - RM69,186.48

8. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail - RM59,048.33

Selain itu, antara individu lain yang sudah mengisytiharkan harta mereka adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Manakala Ahli Parlimen yang masih belum berbuat demikian berdasarkan carian di portal berkenaan pada jam 6.30 petang tadi antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Wilayah, Khalid Samad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, ketika dihubungi berkata, jumlah yang dipaparkan itu adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh Ahli Parlimen sahaja, dan tidak termasuk ahli keluarga.

Katanya, jumlah itu termasuk gaji, elaun tetap, pendapatan diterima daripada sewaan seperti bangunan dan tanah dan lain-lain pendapatan yang diterima secara bulanan seperti gaji ahli lembaga pengarah.

“SPRM hanya menyediakan platform untuk Ahli Parlimen, apa sahaja maklumat yang diterima daripada mereka kami siarkan di portal berkenaan.

“Maklumat mengenai aset pula tidak didedahkan sehingga SPRM menerima keputusan mengenai perkara itu daripada kerajaan, SPRM hanya melaksanakan, apa yang boleh atau tidak boleh ditunjukkan adalah diputuskan oleh kerajaan,” katanya.

Setakat jam 6.30 petang hari ini, seramai 81 Ahli Parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 44 masih belum berbuat demikian.

SPRM sebelum ini menunda dua kali pelancaran portal memaparkan aset diisytihar anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen PH yang boleh diakses umum itu, dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian semalam.

sumber - BH
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Akhirnya trailer rasmi Polis Evo 2 yang dinanti - nantikan telah pun dikeluarkan oleh Astro Show baru - baru ini. Trailer yang penuh aksi mendebarkan ini menyaksikan cabaran Inspektor Khai dan Inspekstor Sani dalam melaksanakan misi kali ini semakin sukar dan sengit. Pastinya filem ini bakal memecahkan panggung Malaysia. Polis Evo 2 bakal ditayangkan pada 22 November 2018. Tetapi silalah Tonton trailer rasmi Polis Evo 2 dan korang boleh bayangkan apakah kontent yang bakal disajikan kepada kita. Keep it up Industri Filem Malaysia!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum Hairangers! Yes. Permainan video game God of War 2018 sememangnya sangat terbaik dari segi pertarungan, jalan cerita yang menarik, pembangunan karakter yang berkesan dan yang paling best adalah watak Kratos!

Gameplay Part 1 God of War ini aku kongsikan kepada korang. Bagi korang yang pernah mengikuti siri God of War yang terdahulu, pastinya siri terbaru ini jauh lebih baik dari yang dahulu. Main dulu baru korang tahu hahaha

RINGKASAN VIDEO

Part 1 ini bermulanya perjalanan Kratos bersama anak lelakinya Atreus selepas kematian isteri Kratos iaitu Flea. Disini aku perlu explore banyak tempat - tempat baru disamping mengajar Atreus cara memburu. Ikuti video gameplay ini untuk mengetahui lebih lanjut.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Kuala Lumpur: Masih ada individu yang taasub kononnya sup daging labi-labi boleh membesarkan saiz alat kelamin selain organ haiwan liar dilindungi itu boleh mengubati lemah syahwat.

Malah wujud kepercayaan lain daging haiwan ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta melambatkan proses penuaan. Ia antara faktor haiwan liar itu terus diburu secara haram bagi memenuhi permintaan penggemar makanan eksotik tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, terbaru pihaknya menyerbu sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang pada jam 12 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, sepasukan anggota Unit Penguatkuasa PERHILITAN Negeri Pulau Pinang menyoal siasat seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an.

“Hasil pemeriksaan dijalankan menemui seekor labi-labi muncung babi Pig-nosed turtle yang diletakkan di dalam akuarium kaca di bahagian dalam premis itu.

“Labi-labi muncung babi itu dirampas dan dibawa ke pejabat PERHILITAN untuk tindakan lanjut,” katanya.


Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Menurutnya, pihaknya kerap kali membongkar kegiatan pihak tertentu yang memburu haiwan itu untuk dijadikan hidangan makanan eksotik.

“Mereka percaya kononnya daging haiwan ini memiliki pelbagai khasiat menyebabkan hidupan liar yang dilindungi itu menjadi buruan dan dibunuh.

“Ia dibuktikan apabila PERHILITAN pernah membongkar tindakan pengusaha restoran di Cheras di sini, yang menjual pelbagai hidangan daging hidupan liar eksotik kepada pelanggan termasuk labi-labi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pegawai PERHILITAN merampas tiga ekor labi-labi selain kaki beruang, hidung tapir, 20 keluang dan daging babi hutan,” katanya.

Serbuan di dua premis penyembelihan babi di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pernah dilakukan dan PERHILITAN merampas 40 labi-labi dan 20 katak.

“Labi-labi dan katak yang disimpan ini dipercayai untuk dijual di restoran berhampiran,” katanya.

Kadir berkata, aktiviti menangkap haiwan ini perlu dibendung bagi mengelakkan spesis reptilia itu pupus akibat pemburuan haram.

Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.


Sumber : K! Online


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments


Pembantu tadbir wanita suka menyindir kena bunuh

KUALA LANGAT – Hanya kerana tidak tahan kerap disindir menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, Suspek nekad untuk membunuh pembantu tadbir wanita dengan mencekik dan menikam mangsa sebelum mayatnya dimasukkan ke stor dalam kejadian di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang, mayat Zaimah Mahmod, 57, ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, polis menemui mayat Zaimah selepas menerima panggilan suspek yang berusia 28 tahun, memaklumkan dia baru membunuh seorang wani­ta kerana sakit hati de­ngan sikap mangsa yang kerap menyindirnya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja.

“Ketika polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di pejabat pentadbiran Kolej Vokasional tersebut. Polis juga menemui pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa di lokasi sama,” katanya di sini semalam.

Pembantu tadbir wanita suka menyindir kena bunuh

Sumber: K! ONLINE
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ziana Zain sah bercerai talak satu

Kemelut kes penceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz talak tersebut dilafazkan oleh Armin Zaharin pukul 2.48 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar. Mohd. Nizar dalam penghakimannya memberitahu, talak tersebut adalah menerusi talak rajie' dengan Ziana Zain sebagai plantif perlu idah selama tiga bulan.

"Kamu berdua juga perlu mendaftarkan penceraian di Pejabat Agama Daerah Petaling.

"Berhubung isu penjagaan dan lawatan anak-anak, boleh memfailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Penceraian kedua-dua mereka mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Terdahulu, Armin Zaharin memohon supaya untuk berjumpa dengan empat orang anaknya sebelum melafazkan cerai tersebut.

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, hadir memakai jubah serba hitam dengan diwakili peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff.

Ziana Zain sah bercerai talak satu

Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain. Sementara itu, Armin Zaharin hadir dengan memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Putus Terpaksa dan Berpisah Jua menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Sepanjang perkahwinan Armin dan Ziana sejak 9 Mei 1998, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9

Ziana Zain sah bercerai talak satu


Ziana Zain sah bercerai talak satu


Sumber : - K! ONLINE

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments


Untungnya jadi Cik B, Dapat Hadiah Hari Jadi Mercedes-Benz CLS Daripada Datuk Seri Vida


Untungnyalah dapat emak orang kaya, nak minta hadiah hari jadi kereta terus dapat. Aku kalau minta hadiah mase umur 13 tahun hadiah kereta maunya kene penampor dengann bapak aku. belikan kereta mainan jela mampu pun. Jom tengok apa kata Datuk seri Vida mengenai isu hadiah buat anaknya.

Datuk Seri Vida tidak melihat hadiah berupa sebuah kereta Mercedes-Benz CLS yang diberikan kepada anak perempuannya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, sempena hari jadi yang ke-13 sebagai satu yang keterlaluan.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 46, berkata, beliau memang berniat memberikan hadiah kereta untuk Cik B selepas anaknya itu meminta kereta jenis Mustang beberapa bulan lalu.


“Sebenarnya, Cik B mahukan sebuah kereta Mustang sempena hari jadinya yang jatuh pada 19 Mei lalu. Namun, saya hanya belikan dia Mercedes-Benz sahaja.

“Pada pendapat saya, tidak salah untuk saya belikan dia kereta memandangkan saya ibunya dan berkemampuan,”

Biarpun Cik B masih belum mencapai usia 18 tahun dan tidak mempunyai lesen, Vida hanya membenarkan anaknya itu memandu di perkarangan rumah sahaja.

“Dia belum mempunyai lesen dan saya hanya membenarkan Cik B memandu di perkarangan rumah sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu, Vida berkata, dia akan membelikan kereta baharu buat Cik B setiap kali tiba hari lahirnya pada masa depan.

Sebelum ini, Vida pernah menghadiahkan kereta Mini Cooper Countryman kepada Cik B sempena hari jadinya yang ke-12.

CiK B..Cik B.. Mana Fanz Ciik B.. Nak ajak naik kereta ni.. Cik B bawa
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Jul 10, 2018 at 10:46pm PDT
Sumber : K! ONLINE
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Datuk Merogol dan Mencabul 2 Orang Cucu


IPOH - Seorang datuk bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 50 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul dua cucunya yang berusia enam dan lima tahun pada bulan lalu.

Tertuduh yang merupakan bekas tukang kebun berusia 71 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap cucunya yang berusia enam tahun itu di sebuah rumah di Desa Chemor Permai di sini antara pukul 7 malam 3 Jun hingga 7 pagi 6 Jun lalu. 

Tertuduh didakwa melalukan sumbang mahram tersebut di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan kika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan seksual fizikal ke atas adik mangsa berusia lima tahun dengan cara memasukkan jari ke dalam lubang dubur mangsa di lokasi dan waktu sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Sukhdev Singh. Naidatul Athirah memohon mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh dijamin. 

Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 atas alasan kesihatan tertuduh serta kemampuan kewangannya selain menyatakan kedua-dua mangsa tidak tinggal bersama tertuduh. 

Julie Lack membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Tertuduh masih belum membayar jaminan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh agar tidak menghubungi mangsa dalam apa cara sekalipun serta dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes. 


Sumber : K! ONLINE
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Tahniah buat  Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida atas kelahiran bayi lelaki pada 25 Jun 2018 yang lalu. Bayi mereka diberi nama Yusoff Al-Qardawi sempena nama alim ulama Islam.



Majlis cukur jambul Yusoff Al- Qardawi  telah berlangsung pada 8 Julai 2018 yang lalu dengan dihadiri oleh kumpulan berzanji, rakan - rakan  artis dan rakan perniagaan Dato Aliff Syukri.

Apa yang menarik perhatian netizen dengan majlis cukur jambul anak Dato Aliff Syukri ialah rekaan pelamin dengan katil mewah yang direka khas oleh pereka terkenal tanah air,  Rizalman. Pelamin yang diilhamkan oleh Rizalman adalah berkonsep ala-ala Perancis. Katil ala Perancis ini direka khas hanya untuk Yusoff Al-Qardawi, sampaikan  Dato Aliff sanggup menabung selama 8 bulan untuk mendapatkan sentuhan pelamin dari Rizalman ini.



Fasha sanda turut hadir di majlis Dato Aliff

















Sumber: Instagram @aliffsyukri, @yusoffalqardawi
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ▼  2018 (44)
    • ▼  November 2018 (14)
      • Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk D...
      • Apakah Hukum Persetubuhan Menggunakan Kondom Ketik...
      • Tidak Lama Lagi, Rumah dan Hartanah Boleh Dibeli M...
      • Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah T...
      • Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta
      • Netizen Tidak Puas Hati Banyak Lagu Bagus Gagal Ke...
      • Rancang Percutian Anda Pada Tahun 2019
      • Apakah Hukum Bridal Shower Dalam Islam?
      • Elfira Loy Bengang Dituduh Tayang Tunang Baru
      • Lagenda Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia
      • Tun Mahathir Saran Penjawat Awam dan Swasta Bersen...
      • Intipati Bajet 2019 Yang Dibentangkan Jumaat Lalu
      • Mari Lihat Pendapatan Menteri dan Ahli Parlimen Ma...
      • Trailer Rasmi Polis Evo 2 Yang Gempak
    • ►  October 2018 (1)
      • God Of War PS4 Malaysia | Part 1 - Game Paling Bes...
    • ►  July 2018 (9)
      • Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penya...
      • Pembantu tadbir wanita suka menyindir kena bunuh
      • Ziana Zain sah bercerai talak satu
      • Untungnya jadi Cik B, Dapat Hadiah Hari Jadi Merce...
      • Datuk Merogol dan Mencabul 2 Orang Cucu
      • Pelamin Mewah Majlis Cukur Jambul Yusuf Al-Qardawi...
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!