Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta


Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta

Pelawak dan Pelakon, Issey Fazlisham mengalami kerugian apabila dompetnya dicuri ketika dia sedang tidur dalam kereta di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Selangor pada Sabtu .

Issey, pada ketika itu berkata dia baru pulang dari lokasi penggambaran dan memilih untuk berehat sebentar di R&R tersebut.

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari set penggambaran telefilem Hantu Don, semasa itu pukul 4 pagi dan badan rasa tak larat nak teruskan pemanduan. Jadi saya pilih untuk tidur sebentar di R&R.

"Pukul 6.30 pagi, saya tersedar apabila ada seorang lelaki tegur saya di tingkap dan bertanya sesuatu. Masa itu tak perasaan lagi dompet hilang, sehinggalah semasa dalam perjalanan saya dapat tahu pintu kiri penumpang tidak tertutup rapat dan tengok dompet saya dah hilang.

"Walhal semasa tidur itu saya kunci pintu, cuma buka tingkap sedikit untuk bagi udara masuk. Tak sangka teguran lelaki itu ada sesuatu yang tak kena,"

Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta

Sementara itu, pelakon dan pengacara ini mengambil tindakan segera dengan menyekat fungsi kad debit miliknya.

"Saya terus hubungi bank dan minta mereka sekat semua kad saya. Bank maklumkan ada usaha menggunakan kad tersebut di mesin pengeluaran wang.

"Tapi usaha individu itu tak berjaya kerana nombor pin yang dimasukkan tidak tepat dan pencuri hanya dapat menggunakan kad itu untuk mengisi minyak kenderaan sahaja.

"Selain itu, kad pengenalan diri, lesen dan wang tunai ratusan ringgit turut dicuri dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, penyampai  mengakui berasa bengang dengan tindakan individu tersebut kerana telah menyusahkan urusan orang lain.

"Sejujurnya, saya tak rugi duit terlalu banyak tapi kerugian masa, saya perlu menyiapkan semula dokumen-dokumen yang hilang itu dan sebagainya.

"Saya harap individu tersebut menyedari tindakannya ini salah dan bertaubatlah," ujarnya.



You May Also Like

0 Comments