GOSSIP KOT - Heliza Helmi Terkejut Namanya Dikaitkan Dengan Hafiz Hamidun?


Heliza Helmi.

GOSSIP KOT - Heliza Helmi Terkejut Namanya Dikaitkan Dengan Hafiz Hamidun? | Kami di HairanBlog amat menyukai penampilan Heliza Helmi yang sejuk mata memandang. Tapi, dari dulu sampai sekarang, Heliza Helmi jarang digosipkan dengan mana-mana artis lelaki. Tup-tup baru ini, nama Hafiz Hamidun dikaitkan kembali dengannya Heliza selepas desas-desus Hafiz ingin melamar seorang penyanyi yang juga merupakan seorang penceramah bebas.



Terkejut dengan kaitan ini, Heliza Helmi hari ini menerusi Kosmo menjelaskan yang dia belum masih menerima sebarang lamaran perkahwinan daripada sesiapa pun, termasuklah Hafiz Hamidun. Kata Heliza:-
Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan.

Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.

Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).

HairanBlog - Kalau jodoh tidak kemana. Itu saja komen kami. Hehehe. Korang tak payah try ok!

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara


You May Also Like

0 Comments