BODOH KOT - Selepas Disamun, Nenek Dipaksa Melakukan Seks Oral?


Kebabian apakah ini?

BODOH KOT - Selepas Disamun, Nenek Dipaksa Melakukan Seks Oral? | Kebodohan apakah ini? Pagi ini kami diganggu dengan berita yang macam haram ini. Apa yang membuatkan kami hairan dan marah tahap nak buat demostrasi apabila seorang penyamun telah menyamun seorang nenek. Tidak cukup dengan itu, panyamun itu bernafsu pula dengan nenek tersebut dan memaksa nenek tersebut melakukan seks oral. Dafuq!! sangap sangat ke sampai nenek pun kau masih bernafsu? Baca petikan penuh dari Sinar Harian dibawah.


BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

HairanBlog - Kepada penyamun itu, ini perkataan terbaik untuk anda!


Sumber: KoleksiCeritaBest melalui SinarHarian


You May Also Like

2 Comments

  1. dunia akhir zaman..bersediakah anda?

    ReplyDelete