• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Alhamdulilah...


Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.

Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.

Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut.

RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 Seliter
Diesel   - RM 2.23 seliter


HairanBlog - Sebenarnya RON97 lebih bagus dan efficient dalam penjimatan minyak. Walaupun mahal dalam lingkungan 20sen tetapi minyak RON97 lebih tahan dan mampu pergi jauh berbanding RON95. Kami sudah cuba dan memang rasa berbaloi.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Interstellar, THE MASTERPIECE!

Adakah korang sudah menonton filem terbaru karya Christopher Nolan (Inception, The Dark Knight, The Dark Knight Rises) bertajuk Interstellar? Kami sudah menonton sebanyak 3 kali (buat masa ini) dan kami rasa Interstellar adalah sebuah filem hasil gabungan fakta dan teori dari kajian sebenar ilmuan fizik. Kalu tak percaya, Interstellar siap ada dokumentary lagi. Apa lagi, jom tengok dokumentary dulu, lepas tu terus tengok wayang. Pasti Superbbbb!!



p/s: Nantikan review kami untuk filem Interstellar!


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tuuuudiaaaa..

The Avengers 2: Age of Ultron merupakan sebuah lagi filem sekuel kepada filem The Avengers pada tahun 2012. Bakal ditayangkan pada bulan May 2015. Kami terkinja - kinja keseronokkan kerana bagi kami, Ultron merupakan watak jahat yang sangat bad-ass! Jom layan trailer The Avengers 2: Age of Ultron.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Fitnah Akhir Zaman...


Kami difahamkan bahawa tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Menurut Sinar Harian semalam, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

HairanBlog - Dah belajar tinggi - tinggi, last - last jadi tahi buat fitnah sana - sini. Vangang Avavi.

Sumber: myNewsHub
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Keliru, rosak dan tersasar...

Baru - baru ini berlangsungnya sebuah program 'I Want to Touch a Dog' di Central Park, One Utama. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai cara untuk berhadapan dengan anjing dan bagaimana mengurangkan rasa takut terhadap anjing. Bagi kami, program ini ada baik dan buruknya. Namun berikut adalah pandangan Dr. Maza mengenai program tersebut.


Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Sumber: Dr.Maza
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Isk, lain macam ja...

Ratusan peserta membanjiri Central Park, One Utama, bagi acara “I Want to Touch a Dog” yang bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka pada anjing.

Menurut sebuah blog, menerusi maklumat dari Facebook I Want To Touch A Dog, acara ini merupakan satu kejayaan yang besar apabila orang ramai tidak sabar-sabar menghantar gambar mereka, komen dan pengalaman di ketika berada di acara itu.

Ramai yang menyifatkan acara itu sebagai “benar-benar indah” dan amat berterima kasih kepada pihak penganjur.

Antara yang hadir ialah panel speaker Melayu dan seorang sarjana Islam yang berperanan menjawab semua keraguan dan pertanyaan daripada orang ramai.

Acara ini juga menyediakan tutorial menerangkan bagaimana untuk membersihkan diri setelah memegang anjing.




HairanBlog - Umat Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dgn tangan yg kering adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. Bukan pegang dan bela secara sengaja.

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.

Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Allahua'lam
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Al Fatihah...


Kami difahamkan satu kemalangan tragis telah berlaku kira-kira jam 11.40 pagi tadi di kilometer 25 Lebuhraya Karak yang mana melibatkan tiga buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta.

Kemalangan ini berpunca daripada lori yang melintang di tengah jalan kerana tergelincir dari tow truck dan menyebabkan trafik menjadi perlahan dan sesak. Kemudiannya motosikal tersebut ditunggang laju bersama kumpulan Big Bike yang mana ketika turun bukit lalu melanggar sebuah kereta yang sedang berhenti. Selepas itu motosikal kedua datang dan melanggar kereta yang sama lalu terbakar. Sebuah lagi motosikal juga tidak sempat mengelak lalu terjatuh.

Kemalangan itu telah menyebabkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang terlibat terbakar dan penunggangnya rentung. Seorang lagi yang maut dipercayai kerana dilanggar manakala seorang lagi cedera parah.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyiarkan beberapa gambar kejadian itu.




Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Ini mesti kaki metal nih...

Zdzislaw Beksinski (1929 - 2005) merupakan seorang pelukis seni dari Poland. Semua hasil lukisan beliau dikatakan adalah ilham selepas beliau mendengar musik. Jadi tertanya - tanya kami, musik apa yang dia dengar sial??












Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wow..nampak cool disitu...

Dengan hanya menggunakan pen Sharpie, korang sudah boleh menghiaskan kereta korang dengan corak yang versatile ini. Save budget dan nampak agak cool. Gambar dibawah ini contoh bagaimana pen Sharpie mampu menyerikan kereta dengan corak yang fresh dan gempak.






Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Dracula Untold...

Sebelum ini kami ada kongsikan dua artikel mengenai filem Dracula Untold yang memutarbelitkan sejarah dan juga kisah sebenar bagaimana orang Islam menentang Dracula (video),

Baca sini:-

  • TERKEJUT KOT - Filem Dracula Untold Memutar-Belitkan Sejarah Islam?
  • FAKTA KOT - (Video) Kisah Bagaimana Umat Islam Menentang Dracula Sebenar

Jadi kami tertarik dengan watak Vlad lakonan Luke Evans dalam filem Dracula Untold. Namun disebalik watak Vlad ini, terdapat sejarah mengenai Vlad The Impaler yang korang pun tak pernah tahu. Untuk itu kami ceritakan sedikit siapakan Vlad The Impaler.

Vlad The Impaler merupakan gelaran bagi seorang putera raja Wallachia yang juga dikenali sebagai Vlad III. Dia juga pernah menjadi “Voivode” (komander tentera dalam bahasa Slavonic kuno) sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1456 hingga 1462, setelah menang – tewas kepada Turki yang ketika itu menguasai wilayah tersebut. Selama tiga kali Vlad III memegang tampuk pemerintahan, seluruh rakyat Wallacia hidup penuh ketakutan dan penuh kesengsaraan. Dia dikatakan merupakan tunjang utama kepada cerita Pontianak Nosferatu, Count Dracula yang digarap Bram Stoker’s dalam novelnya “Dracula” pada tahun 1897.


Kegilaan Vlad The Impaler

Vlad mula menggila setelah kerajaan Turki menyerangnya berikutan keengganan Vlad membayar ufti tahunan. Dalam beberapa perang itu, Vlad telah membunuh ramai musuhnya dengan kejam iaitu menyiat kulit mereka, menyula mereka dan ada kalanya darah musuhnya diminum. Tekanan dari perang dan dendamnya sendiri, Vlad mula menggila. Bukan setakatmusuhnya sahaja dihukum sedemikian rupa malah rakyatnya turut diseksa. Sesiapa yang dirasakannya bersalah atas apa jua tuduhan sekalipun akan disula dan disiat.

Dalam satu kejadian, seorang pencuri yang ditangkap telah diseksa Vlad II dengan menyiat kulit kaki si pencuri itu, dilumurkan garam pada tapak kakinya kemudian mengambil seekor kambing untuk menjilat garam pada kaki pencuri tersebut.

Menurut sejarah, Vlad III bukan sahaja membunuh golongan bangsawan malah keluarga bangsawan yang dibunuhnya turut dipaksa menjadi buruh sehingga mati. Kegilaan Vlad untuk membunuh memuncak apabila dia mula menghukun sesiapa saja yang melanggar peraturannya dengan menyia, memanggang, membakar atau merebus ”pesalah” tanpa mengira umur, pangkat, lelaki atau perempuan. Malah daging – daging korbannya turut diberi makan kepada keluarga dan sahabat – sahabat mereka dan Vlad III sendiri dikatakan menggemari daging mangsanya.

Dalam beberapa manuskrip dan lukisan lama, di sekitar Jalan ke istananya dipenuhi tiang – tiang yang masih terlekat mangsa penyulaan Vlad.


HairanBlog - Vlad Tepes atau dikenali sebagai Vlad The Impaler dipercayai membunuh hampir 40,000 hingga 100,000 orang sepanjang pemerintahanya. Ganas, kejam dan mimpi ngeri!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
This is new knowledge...

Kepada mereka yang sudah menonton filem Dracula Untold, pastinya korang dapat kenal pasti bahawa cerita ini cuba memutar belitkan sejarah mengenai umat Islam. Tahukah anda bahawa Dracula sebenarnya wujud? Kami bawakan video ini untuk pengetahuan anda bahawa umat Islam pernah berperang dengan Dracula.




HairanBlog - Dracula atau dikenali sebagai Vlad The Impaler, sebenarnya merupakan kisah sebenar dan penceritaan Hollywood sengaja menanam sikap Islamophobia terhadap penonton dengan menganggap Islam sememangnya agama yang buruk dan teruk. Nampak permainan disitu?

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Hollywood dan putar alam berpisah tiada...


Kami tertarik dengan perkongsian maklumat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatihin Abshar yang telah berkongsi sedikit pandangan dan review beliau berkenaan filem Dracula Untold yang baru ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, beliau mengupas dan memberi penjelasan sebenar disebalik filem Dracula tersebut. Yang menariknya dalam filem itu didapati terdapat fakta yang telah diputarbelit oleh Hollywood, sejarah yang telah dipesongkan dan dalam filem itu seolah-olah ingin menggambarkan sisi negatif yang terdapat pada tokoh Islam pada ketika itu.

Ikuti sepenuhnya entri beliau di bawah, bagi kami penerangan ini sesuatu yang berbaloi untuk kita ketahui. Tetapi untuk mereka yang belum menonton filem Dracula Untold ini, mari layan trailer dulu sepam!


Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar. begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini.

Sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah, buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair ( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas), tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya, manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa.

Yang hairannya, mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya (dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)

Mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad. Mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad. Mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup - hidup oleh Vlad. Mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracuni sungai Danube

Tetapi dalam filem, nah!

Sekarang, Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi, pembuka Kota Constantiinople. Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini

Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota (Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)

Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi tapi kini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!

Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini

Iya,
sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli

Ya,
dalam satu sudut nampak seperti oppress, tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara ini memastikan tidak berlaku "coup-de-etat" di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan

Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara

Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!! Mana tidaknya, semua percuma

Kata sejarawan Georgiades Arnakis:-
"Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman"
Satu lagi, Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai ( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)

Kalau kita lihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh, ia lebih segak dan hensem kot
sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan, mereka tinggi, badan sasa dan tidak gemuk. Bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun.

Iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya

Saya akui, saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar. Tetapi menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan tetapi dari segi manusiawi!

*
Apapun, kelemahan kita orang islam juga ada, filem Malaysia masih di tahap memalukan. Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton.

Lihat saja mereka membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba semuanya dengan kajian dan bacaan. Moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam.

Tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem! Maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik, tetapi filem sejarah islam kita!

HairanBlog - Cerita Hollywood nih, nak tengok boleh,, percaya JANGAN!

Sumber: Fatihin Abshar
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Seeeeeramm mehhhh...


Muzium Okultus Warren ialah muzium barangan angker milik Ed dan Lorraine Warren. Dua orang pemburu hantu dan pengkaji paranormal ini ada dipaparkan di dalam filem The Conjuring.

Muzium ini merupakan koleksi barangan yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang disimpan oleh pasangan Warren sejak memulakan kareer mereka pada tahun 1952. Antara yang dipamerkan ialah patung Annabelle yang dikatakan sangat angker ia terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri.

Menurut cerita seorang lelaki mati ditikam oleh Annabelle yang dihuni makhluk halus. Barangan lain yang dipamerkan ialah keranda pontianak, papan Ouija dan barangan pemujaan setan. Muzium ini terletak diMonroe Connecticut Amerika Syarikat.


HairanBlog - Korang dah tengok ke filem Annabelle? Katanya bapak seram! Layan trailer dulu sepam


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Seems legit...

Masihkan korang ingat akan kejadian yang menyayat hati yang mana seorang lelaki telah dibaham harimau putih setelah terjun atau terjatuh ke dalam kandang harimau tersebut di Zoo New Delhi?


Menurut laporan media, lelaki tersebut mati selepas lehernya digigit dan diheret oleh harimau putih tersebut jauh ke dalam kandang.

Namun, cerita tersebut bukan selesai di situ sahaja selepas laporan forensik dikeluarkan.

Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.


Kenyataan itu berdasarkan luka pada badan mangsa yang mana hanya terdapat pada bahagian leher yang mana ketika harimau tersebut menggonggong untuk dibawa ke tempat lain.

HairanBlog - Kami juga hairan jika harimau putih tersebut ingin membaham lelaki tersebut kerana lapar, sudah pasti jasad dan anggota badan mangsa tidak sempurna, namun mayat lelaki tersebut hanya cedera teruk dibahagian leher. Kami juga hairan, report ini boleh jadi hanya cover up bagi menutup kelemahan kawalan keselamatan di Zoo tersebut. Who Knows?

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Alhamdulilah minyak naik lagi..dapat la kita rasa bersama - sama...


Kami difahamakan bahawa harga minyak RON95 dan diesel akan mula dinaikkan sebanyak 20sen bermula tengah malam ini iaitu 2 Oktober 2014.

Harga baru bagi RON95 akan menjadi RM2.30 seliter dan diesel pula akan menjadi RM 2.20 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi bahan api semasa sebanyak 20sen selaras dengan pelan rasionalisasi subsidi.

"Walaupun dengan peningkatan ini, kerajaan masih lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih daripada RM21bil subsidi bahan api RON95, diesel dan LPG tahun ini.

Harga semasa RON95 adalah RM2.58 seliter dan RM2.52 seliter bagi diesel.

HairanBlog - So, stesen minyak mana jadi pilihan anda malam ini?


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
What the hell!!...

Korang pernah main game Cat Mario? Ini adalah versi game mario yang diolah oleh peminat sendiri dimana tahap kesukaran game ini agak tak logik dan mampu membuatkan korang buasir otak. Hahaha jom layan video salah seorang gamers yang stress dengan game ini.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Alvin Tan memang pengecut...

Alvin Tan Penakut, Sampah Masyarakat! - Khairy Jamaluddin - HairanBlog

Menurut laporan Utusan Online, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap penulis blog kontroversi, Alvin Tan sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara.

Alvin Tan Penakut, Sampah Masyarakat! - Khairy Jamaluddin - HairanBlog

Khairy berkata, Alvin merupakan seorang yang penakut apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melarikan diri ke luar negara.

"Kalau berani balik ke Malaysia cakap depan-depan. Tak payah hendak lari ke Amerika Syarikat. Dia ini penakut hanya berani cakap selepas sudah lari dari Malaysia.

"Cakap depan-depan. Kami (Pemuda UMNO) menunggu. Jangan jadi bacul lari lepas itu baru hendak tunjuk berani. Orang macam ini adalah sampah masyarakat," kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, dalam status terbarunya di laman sosial, Alvin telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara serta mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya.

Alvin sebelum ini juga telah dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial.

Sebelum itu pada 12 Mei lalu mahkamah membenarkan pasport Alvin dan pasangannya, Vivian Lee disimpan sebagai syarat jaminan sebelum diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei hingga 3 Jun lalu bagi tujuan pengambaran sebuah dokumentari di Singapura.

Bagaimanapun, Alvin telah dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah serta tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan turut mengecam perbuatan itu serta berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap Alvin.

"Saya menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang tegas terhadap lelaki yang kurang ajar ini. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh memudaratkan rakyat.

"Oleh kerana tindakannya yang menghina pemimpin negara dan mengambil kira perbuatannya yang memalukan itu, malah telah melarikan diri ke luar negara, amat wajar sekiranya dia dibuang kerakyatan," katanya.

Sohaimi berkata, pihak berkuasa di negara ini juga boleh bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk menahan Alvin dan mengeks­tradisi ke Malaysia untuk dikenakan hukuman yang setimpal.

Beliau berkata, kes melibatkan Alvin ini adalah satu pengajaran bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi mengekang anasir-anasir yang boleh memecahkan perpaduan negara.

"Kita tidak mahu Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan diperlekehkan hanya kerana membiarkan lelaki seperti Alvin ini terus berleluasa tanpa diambil sebarang tindakan," katanya.

HairanBlog - Ko memang bodoh Alvin Tan, kan senang kalau selesaikan kes ini dengan cara mudah daripada duk lari macam pengecut, bacul dan takde telur!

Sumber: Utusan Online
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Filem Transformers yang gagal...

Kepada die-hard-fans filem Transformers arahan Micheal Bay, kami anggap filem ini merupakan sekuel Transformers yang gagal. Kenapa? Lebih baik korang tonton dan buat rumusan sendiri.


Sinopsis filem Transformers 4: Age of Extinction

Sudah empat tahun selepas kejadian ‘Transformers: Dark of the Moon’, di mana Bandaraya Chicago hampir musnah dalam pertarungan epik antara Optimus Prime, Megatron dan Sentinel Prime, keadaan bumi beransur pulih seperti sedia-kala.

Namun manusia tidak lagi mempercayai Transformers. Di bawah arahan seorang pegawai kerajaan, Harold Attinger, pihak tentera ditugaskan untuk memusnahkan semua Transformers, baik Autobots mahupun Deceptions.

Ekoran itu, Autobots termasuk Optimus Prime dan Bumblebee telah mengambil langkah menyembunyikan diri.

Selamat Menonton!

p/s: Sila login ke gmail  account untuk menonton filem online.

[ C L O S E ]
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Soundtrack M83 memang buat movie ini 'hidup' dan berseri...

Oblivion..kalau korang suka filem - filem yang ada twisted ending, atau plot - plot yang perlukan akal korang untuk berfikir, kami rekomen Oblivion kepada korang. Jalan cerita yang disusun dengan baik, satu persatu sehinggalah sampai satu plot yang membuatkan korang tertanya - tanya apa yang sebenarnya berlaku. Memang sure terbaik!

Sinopsis filem Oblivion (2013)

Oblivion mengisahkan tentang sebuah militan tentera yang memberi tugas kepada seorang askar veteran iaitu Jack Harper ( Tom Cruise ) ke sebuah planet di angkasa lepas. Disana dia ditugaskan untuk menghancurkan sisa-sisa makhluk asing yang masih tertinggal.

Secara tiba-tiba, segalanya berubah. Jack Harper telah ditangkap oleh sekumpulan penjelajah angkasa yang kemudiannya mempersoalkan apa yang dia tahu tentang planet tersebut serta misinya disana.

Selamat menonton!

p/s: Sila login ke gmail account untuk menonton filem online

[ C L O S E ]
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Robot dan Raksasa berpisah tiada...

Mula - mula kami sangka filem ini biasa - biasa saja, sebab kalau robot bergaduh dengan raksasa, memang sinonim macam cerita Ultraman tu tetapi filem ini dari segi visual dan efek, memang bagi kami sangat WOW! Tak rugi kalau anda menonton filem ini.


Sinopsis filem Pacific Rim (2013)

Apabila raksasa dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, satu perang yang meragut jutaan nyawa manusia bermula. Senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaeger. Jaeger dikawal bersama oleh dua orang pemandu yang mana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaeger ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju. Dalam menghadapi kekalahan tersebut, pihak tentera tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu trak tentera dan seorang pelatih baharu. Mereka akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan merupakan harapan terakhir manusia dalam menghadapi malapetaka itu.

Selamat menonton!

p/s: Sila login ke gmail account untuk menonton filem online.

[ C L O S E ]
Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ▼  2014 (80)
    • ▼  November 2014 (2)
      • TERKINI KOT - Harga Minyak RON95 dan RON97 Turun D...
      • COOL KOT - Interstellar, Sebuah Filem atau Kajian ...
    • ►  October 2014 (15)
      • COOL KOT - The Avengers 2: Age of Ultron (Trailer)
      • TERKINI KOT - Ustaz Azhar Idrus Tidak Akan Buat La...
      • SERIUS KOT - Pandangan Dr. Maza Mengenai Program '...
      • WTF KOT - Program 'I Want to Touch a Dog' Undang P...
      • SADIS KOT - Dua Maut, Satu Rentung Dalam Kemalanga...
      • WTF KOT - Hasil Lukisan Ilham Dari Mendengar Musik...
      • COOL KOT - Paint Job Menggunakan Pen Sharpie Sahaj...
      • DASAT KOT - Vlad The Impaler, Sejarah Seorang Drac...
      • FAKTA KOT - (Video) Kisah Bagaimana Umat Islam Men...
      • TERKEJUT KOT - Filem Dracula Untold Memutar-Belitk...
      • SERAM KOT - Annabelle, Rupa Sebenar Patung Yang Me...
      • HAIRAN KOT - Sebenarnya Harimau Putih Cuba Selamat...
      • TERKINI KOT - Harga Petrol RON95 dan Diesel Naik 2...
      • WTF KOT - (Video) Game Cat Mario Yang Paling Stress!
      • TERKINI KOT - Alvin Tan Penakut, Sampah Masyarakat...
    • ►  September 2014 (36)
      • TONTON ONLINE KOT - Transformers 4: Age of Extinct...
      • TONTON ONLINE KOT - Oblivion (2013)
      • TONTON ONLINE KOT - Pacific Rim (2013)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!