TERKINI KOT - Hairan Blog Akan Beroperasi Seperti Biasa December Ini?


Lamanya tak update!


Aku tak tahu sama ada korang menantikan artikel terbaru dari HairanBlog tetapi yang pasti aku akan mula aktif berblogging pada bulan December. Kenapa lama tak update? Ceritanya macam nie, suatu masa dahulu, aku selalu terbaca ramai blogger rekomen guna Wordpress, "ini platform blogging yang terbaik", "nak buat duit guna blog kena pakai Wordpress" dan sebagainya. Jadi dek kerana mahukan sesuatu yang baru dan fresh, aku pun menanam hasrat untuk beralih dari Blogger ke Wordpress.

Seminggu pertamaku bagaikan seronok bermain - main dengan Wordpress, ubah kod sana, ubah kod sini, install plugin, delete plugin dan bermacam lagi aktiviti seperti seorang budak baru dapat kereta mainan. Jadi bila dah tahu selok belok Wordpress, aku pun rasa best yang semacam dan mula migratekan semua post dari HairanBlog ke ObsesMedia (nama terbaru kononnya). Migration selesai dan kerja aku yang pertama adalah edit post aku yang lama - lama. Aku siap buat jadual kononnya kena siapkan pada hari sekian - sekian. Eh, itu baru produktif kan. So, aku ikut jadual yang tersedia.


Hari - hari terakhir aku edit post, tiba - tiba blog terbaru aku 500 Internal Server Error?? What! Ok, aku keep calm, hirup air kopi sejuk, cari dalam Google kenapa jadi macam nie. Tapi banyak sangat problem yang keluar, jadi aku berhubung dengan provider yang aku langgan. Explaination diorg senang, terlalu banyak plugin dalam Wordpress aku. Hmmm betul2, agak logik sebab memamg banyak aku install plugin. Ok, fine aku delete semua plugin dan install 3 jenis plugin saja. Smooth dan ok buat minggu berikutnya.

Kemudian, tiba masa aku nak edit rupa bentuk blog aku. Yang pertama, logo mesti kena bapak besar. Haha. So edit punya edit, aku dapat letakkan logo yang besar dalam blog Wordpress aku. Tapi yang tak bestnya, banyak pulak settings yang lari dari kedudukan asal. Tapi aku tekun jugak edit. Dalam keseronokkan aku edit blog, tup! 500 Internal Error datang menyapa aku dengan amat sinis sekali. What the....aku print screen dan hantar ke provider aku. Then, jawapan dier tetap sama, banyak plugin dalam Wordpress. Aku cakap yang aku cuma install 3 plugin saja. Dan jawapan menamat menyusul. "Bagi mengelakkan Internal Error ini terjadi lagi, kami cadangkan sdr upgrade pakej sdr". Bila jawapan berkait dengan unsur keduitan, maka aku tak nak fikir panjang, revert semula kepada Blogger. Dan ternyata Blogger tak pernah curang pada aku. Mungkin aku sudah terbiasa dengan Blogger, maka hati aku semakin menyukai Blogger dari Wordpress.

Itulah kejadian yang berlaku selama sebulan. Itu je yang aku nak cerita. Tak best pun kan. Jangan marah aku kalau korang baca sampai habis. Hahaha. Bagi mereka yang selalu singgah ke HairanBlog, aku ucapakan ribuan terima kasih. Dan aku akan buat yang terbaik untuk masa sekarang dan masa depan.

HairanBlog - Kadang - kadang terasa nak jadi full time blogger. Maybe belum sampai masa lagi. Hee

You May Also Like

4 Comments

  1. selamat kembali hehehee.... x pa bro... guna blogspot pun ok gak haha :D tu je la... jgn biar google delete lagi mcm tu hari haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..tula, jodoh aku dgn blogger lebih kuat rasanye..kehkehkeh

      Delete
  2. Replies
    1. yes, betul tu bro..pasnie aku mmg pakai blogger je..hee

      Delete