• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Kali ini kami ingin kongsikan tips bagaimana anda boleh memiliki kabinet dapur dengan budjet RM1.5K sahaja. Tips ini kami kongsikan dari seorang peminat IKEA. Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh beliau.

Disebabkan kabinet dapur mahal sekitar Kedah ini jadi kami beli kabinet dapur IKEA dan pasang sendiri je lah. Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K.

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kabinet dapur di kedai dah survey haritu RM3.5k untuk design macam ni. Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki). Jimatkan? Waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD, kalau jenis FYNDIG tak ada waranti.

Cara nak buat:

1. Design dan susun dulu kedudukan kabinet dapur. Lukis pakai tangan je tapi pastikan guna skal yang betul, baru boleh padan.


2. Pergi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi. Sebab rumah yang nak pasang KC ni di KEDAH, Jadi redah muatkan dlam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.

4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur. Sebab bab ni tak hebat lagi, jadi terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe...

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Kos :
-Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + top (EKBACKEN) + kaki = RM1.4+k
-Hood + hob+ serombong = RM1.4k
-Upah pasang hood = RM200
-Hob tebuk sendiri
-Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

sumber: Wan Isnzr
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sanggup Gelapkan Kulit Untuk Jadi Bomba - Hairul Azreen

Suami kepada Hanis Zalikha, Hairul Azreen Idris mengakui terpaksa menggelapkan kulit dan membina otot demi menggalas menggalas tanggunggjawab sebagai anggota bomba. Hairul berkata, wajahnya yang ‘jambu’ merupakan cabaran buatnya dalam filem terbaru lakonannya berjudul Qhaliq.

Sanggup Gelapkan Kulit Untuk Jadi Bomba - Hairul Azreen
“Saya terpaksa hitamkan muka, kuruskan badan dan 'buat' badan untuk berlakon filem aksi ini. Malah, saya berjemur di tengah panas, berjogging untuk nampak bentuk muka 'askar' dan hilangkan muka ‘jambu’ sekejap," katanya kepada Astro Gempak.
 Tambahnya, ketika mendapat tawaran filem tersebut, dia dalam persediaan untuk memulakan penggambaran Polis Evo.

"Persediaan saya melakonan watak ini, saya perlu faham tugas sebagai anggota bomba, macamana anggota bomba bekerja dan tengok apa yang mereka buat. Apabila saya tengok mmereka bekerja dan jadi sebagai anggota bomba, saya berasa bangga kerana mereka adalah penyelamat yang dekat dengan masyarakat. Malah, saya ingat sudah cukup fit tapi mereka sebenarnya lagi kuat, boleh tahan panas, api dan memang patut kita kagum dengan anggota bomba," katanya.
Hairul ditemui ketika majlis tayangan perdana filem tersebut di Mutiara Damansara pada malam Khamis. Dalam pada itu, Hairul turut berharap agar Qhaliq dapat menarik minat orang ramai ke pawagam untuk mengetahui dengan lebih dekat tugas seorang anggota bomba.

Sumber: gempak.com
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Neelofa Jadi Lebih Tabah dan Kuat Setelah Dikecam?

Lumrah bagi seorang selebriti popular ditimpa kontroversi dan gosip. Namun, awal tahun ini sahaja Neelofa ditimpa satu demi satu kontroversi yang mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

Namun, setiap fitnah dan kritikan yang diterima sedikit pun tidak membuatkan Neelofa jatuh dan lemah. Malah, ia menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan tabah.
Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.
Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya. Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar.
Tidak dinafikan, Neelofa bukanlah calang-calang wanita kerana beliau bukan sahaja dikenali dalam bidang seni tetapi melakar kejayaan sendiri menerusi perniagaan yang diusahakannya. Tamatkan gosip mulakan sesuatu yang positif.


sumber: beautifulnara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apakah Maksud dan Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza - Siti Aafiyah?

Dunia hiburan diserikan dengan berita kelahiran anak kepada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza baru - baru ini. Setiap gambar dikongsikan dilaman sosial dan sememangnya anak Siti Nurhaliza comel sangat.

Beberapa hari yang lalu, teka - teki berkenaan nama apakah yang akan diberikan oleh Datuk Seri Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza terjawap apabila nama anak perempuan mereka dimaklumkan kepada umum.

Apakah Maksud dan Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza - Siti Aafiyah?

Siti Aafiyah. Sedap dan indah nama yang diberi. Ternyata nama tersebut mempunyai makna dan keistimewaan yang baik apabila Mufti WP menerangkan apakah maksud nama Siti Aafiyah dilaman facebooknya baru - baru ini.

Apakah Maksud dan Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza - Siti Aafiyah?

Apakah Maksud dan Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza - Siti Aafiyah?

Apakah Maksud dan Keistimewaan Nama Anak Siti Nurhaliza - Siti Aafiyah?

Kami doakan semoga Siti Aafiyah akan membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang solehah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Terseksa, jiwa merana, emosi tak stabil, nampak kucing pun rasa nak sepak. Begitulah emosi dan betapa mentalnya aku untuk bermain game Cuphead ini. Terasa kejantanan aku dicabar, malah dianjing - anjingkan kerana aku rebah setiap kali diuji.

Begitulah rungutan aku ketika bermain Cuphead. Pada mulanya cuma nak try saja main game ni, tapi bila try rasa tak puas hati sebab asyik kalah saja. Makanya, membawa kepada 3 jam lamanya aku duduk sambil mulut terkumat kamit memaki hamun game nih. Hahaha

Sebelum aku terus mental, rasanya korang tengok je la aku main. Jangan lupa subscribe channel aku yeeee..

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
TMJ Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM?

Kami terkejut dengan pengumuman Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

Salah seorang exco daripada FAM, Christopher Raj turut mengesahkan perkara ini melalui laman twitter miliknya.

Presiden FAM Mejar Jeneral Tunku Ismail sah letak jawatan! Baginda akan kekal sebagai Pengerusi #MalaysianFootballLeague
— Christopher Raj (@chrisraj23) March 25, 2018

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ kepada sidang media.
Walaubagaimanapun, Tunku Ismail kekal sebagai pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan hanya akan fokus kepada pengurusan Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam turut mengesahkan Tunku Ismail secara rasminya dilantik menjadi Pengerusi FMLLP.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

Bagi anda yang membeli kereta, pastinya komponen tayar tidak akan diterang secara detail oleh penjual. Selalunya apabila tayar kereta anda mengalami masalah, barulah kita sibuk untuk mencari tips atau cara - cara membeli tayar. Jadi, kami kongsikan kepada anda cara - cara atau tips bagaimana untuk membeli tayar kereta tanpa ditipu oleh Taukey Kedai Tayar.

Jom baca:

Tips Tukar Tayar
Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak x nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yg second tayar korek pun RM80. Yg baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Tahun Bila?
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral Of Story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.

Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Ini info yang ada di tayar kenderaan.

1. Kod Tayar Kenderaan:

Contoh 205/65/R1594V

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
V = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 4 angka berkenaan ialah 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

3. Diskaun

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Imej Hotel Tercalar Kerana Telemovie Pak Ya Cong Codei

Umum mengetahui siapakan Pak Ya Cong Codei dan bagaimana watak tersebut menjadi tular selapas ditayangkan pada 20 Januari yang lepas di Astro Citra 131 dan Mustika HD 134. Telemovie ini terus mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton kerana gelagat Sabru Yunus atau dikenali sebagai Pak Ya Cong Codei yang bersahaja dengan loghat negeri kelantan berjaya mencuit hati para penonton.

Begitu juga dengan nama Hotel Concorde yang disebut oleh watak Pak Ya sebagai ‘Cong Codei’ menjadi buah mulut penonton sehingga menimbulkan isu di pihak hotel tersebut. Penerbit Telemovie Pok Ya Cong Codei, Balang Rimbun Sdn. Bhd. telah meminta maaf dalam satu kenyataan media semalam.
Imej Hotel Tercalar Kerana Telemovie Pak Ya Cong Codei

Menurut Syahid Johan selaku pengarah syarikat tersebut, pihaknya meminta maaf di atas penggunaan nama dan imej Hotel Concorde Shah Alam tersebut dalam telemovie itu. Penggunaan nama ‘Cong Codei’ bagaimanapun telah memberikan kesan negatif kepada pihak hotel tersebut.

Balang Rimbun memohon agar para penonton untuk berhenti menyamakan ‘Cong Codei’ dengan nama sebenar hotel Concorde.

Mu toksah kiro lahhh..yang penting nama hotel muu tuu doh famos boh!

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Ibu Elfira Loy Jadi Kecaman Netizen

Gossip berkenaan putus tunang Sufian Suhaimi dan Elfira Loy baru - baru ini menggemparkan industri hiburan Malaysia. Ramai peminat merasakan tindakan ini diluar jangkaan mereka. Namun apabila ibu Elfira Loy iaitu Filzah Yusuf membuat kenyataan tentang isu putus tunang anaknya di laman Instgram, ramai netizen tidak berpuas hati dan beranggapan wanita ini adalah punca kepada perpisahan pasangan ini.

Walaubagaimanapun, Elfira menyifatkan tindakan ibunya itu adalah untuk mempertahankan maruahnya berkaitan kes putus tunang. Sebagai anak, Elfira tidak dapat menahan sebaknya ketika ratu hatinya itu menerima kecaman hebat.
Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan kerana tak nak orang kutuk saya. Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita kuat.
Ibu Elfira Loy Jadi Kecaman Netizen
Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap ayat buruk macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik.
Apa pun yang berlaku, Elfira tetap menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk beliau terus bangkit dan percaya apa yang dilakukan oleh Filzah merupakan perancangan yang terbaik.

Sumber: beautifulnara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Single Terbaru Sufian Suhaimi - Di Matamu (Official Music Video)

Sufian Suhaimi - Di Matamu | Akhirnya lagu terbaru Sufian Suhaimi yang dinanti - nantikan telah release sebagai sebuah single dan dimuat naik di laman youtube semalam. Video ini mendapat lebih 1 juta tontonan dan menjadi bukti betapa peminat Sufian Suhaimi tertunggu - tunggu versi penuh lagu Di Matamu. Kami sajikan musik video Sufian Suhaimi - Di Matamu untuk halwa telinga anda.


p/s: Dengarnya lagu ini direlease pada tarikh sepatutnya Sufian dan Elfira melangsungkan perkahwinan mereka. Huhuhu

tag: sufian suhaimi, dimatamu, lagu terbaru sufian suhaimi, lirik dimatamu, lagu dimatamu
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Home Sweet Home - Game Seram Dari Thailand | Siapa disini penggemar game genre horror? Aku ada satu game yang mampu memenuhi citarasa korang yang cukup sukakan game yang seram. Home Sweet Home merupakan sebuah permainan video yang direka oleh orang Thailand dan storyline game ini juga diadaptasi dari cerita - cerita mistik orang - orang Thailand.

Korang bermain sebagai seorang lelaki yang terjaga dari tidur dan berada didalam sebuah hostel yang suasananya agak menyeramkan. Aku main game nih, dan ternyata level seramnya menyakat sanubariku.

Untuk itu, aku kongsikan gameplay aku bermain game Home Sweet Home. Jangan lupa untuk subscribe channel youtube aku guys!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ▼  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ▼  March 2018 (11)
      • Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM...
      • Sanggup Gelapkan Kulit Untuk Jadi Bomba - Hairul A...
      • Neelofa Jadi Lebih Tabah dan Kuat Setelah Dikecam?
      • Apakah Maksud dan Keistimewaan Nama Anak Siti Nurh...
      • Cuphead - Game Paling Susah Abad Ini
      • TMJ Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM?
      • Cara Membeli Tayar Kereta Tanpa Ditipu
      • Imej Hotel Tercalar Kerana Telemovie Pak Ya Cong C...
      • Ibu Elfira Loy Jadi Kecaman Netizen
      • Single Terbaru Sufian Suhaimi - Di Matamu (Officia...
      • Home Sweet Home - Game Seram Dari Thailand
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!